Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.
HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.
Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.
Nota (ditulis 2 Jun 2013) : Adapun penulisan di atas dibuat ketika HIKMAH sedang bersedia untuk mengadakan acara keduanya iaitu di Melaka 25 Nov 2012. Selepas itu acara ketiga telah diadakan di Lumut, Perak 27 Jan 2013, acara keempat pula di Kandis, Bachok, Kelantan 16 Mac. Kini kami sedang bersiap-sedia untuk mengadakan acara kelima di Kuala Terengganu 5-8 Jun, kali pertama acara HIKMAH diadakan melebihi 1 hari.
Biar diberitahu kemungkinan besar ia adalah acara terakhir HIKMAH sebelum hujung tahun. Selain penat mengatur acara, pengasas HIKMAH iaitu Radzi Sapiee perlu berehat menanti penyembuhan kecederaan agak serius kaki yang dialami mula sebulan lalu. Beliau juga ingin kembali pada satu usaha penulisan buku yang tergendala setahun lalu, usaha tergendala yang tanpa diduga boleh membawa pada penubuhan HIKMAH 12 Okt 2012. Harap maklum...
Wednesday, October 31, 2012
Dari Pulau Besar ke Akademi Pengajian Melayu - Semuanya ada HIKMAH!
Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) - Cukup seminggu mendapat nama...
Artikel ketiga HIKMAH. Ditulis di CATATAN SI MERAH SILU 19/10/12.
1. Dinar dan dirham sebagai pemangkin ekonomi Islam
2. Perlembagaan negara dan cabaran terhadap hak Melayu dan institusi beraja
3. Tujuh wasiat Raja-raja Melayu
4. Faktor sultan kepada bangsa Melayu - Mesej untuk umat Melayu di akhir zaman
5. Keris dan penyatuan Melayu Nusantara
6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu pengalaman mencari jati diri Melayu
7. Motif pedang Zulfiqar di Alam Melayu
8. Identiti Melayu Islam pada mihrab dan mimbar
9. Busana tradisional Melayu sebagai lambang jiwa merdeka
10. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu merentas zaman menggamit peranan.
11. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu akhir zaman
Melihat pada senarai nampaknya saya tidak boleh menerima lagi kertas kerja. Mereka yang berminat doakanlah kejayaan HIKMAH agar ada acara seterusnya di mana boleh sampai giliran mereka pula. Setiap kertas kerja harus dihadkan ke 30 minit. Para pembentang sila ambil perhatian.
Acara yang kiranya mahu mengangkat format perbincangan groups dalam Facebook ke dunia nyata ini akan diadakan selepas tamat sesi pembentangan petang kertas kerja. Untuk makluman selain memperjuangkan kedaulatan Melayu dan Islam, matlamat HIKMAH adalah untuk menterjemahkan rangkaian perhubungan/perbincangan/
1. Perkerisan – Ini khas untuk peminat keris juga senjata-senjata lain Melayu seperti pedang. Saya sudah mendapat pengesahan penyertaan daripada dua kumpulan besar iaitu Persatuan Pusaka Senipurba Nusantara Selangor (PURBA) dan Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur.
2. Perubatan – Tentunya ada orang yang berminat pada ilmu perubatan terutama yang berbentuk tradisional Melayu. Saya tidak pasti penyertaan tetapi saya tahu ada sejumlah yang menyatakan komitmen akan datang memang terlibat dengan dunia perubatan.
3. Persilatan – Walaupun belum ada persatuan menyatakan penyertaan ramai yang bakal datang ke HIKMAH dan menyokong majlis adalah pesilat dan aktivis persilatan daripada pelbagai aliran, baik lincah, mahupun gayung, cekak sehingga ke penjurit kepetangan. Lagipun persatuan-persatuan yang disebut di bawah tajuk perkerisan itu sendiri terdiri daripada ahli-ahli silat. Saya rasa bolehlah dimaklumkan bahawa di belakang saya ada orang-orang kuat daripada aliran selempang merah.
4. Busana tradisional Melayu – Penyertaan juga mungkin bercampur-baur dengan tajuk perkerisan dan persilatan. Bezanya tajuk busana insyaallah turut mengandungi penyertaan kaum Hawa yang berpakaian tradisional.
5. Kebudayaan/tarian – Sejumlah artis terutama dalam bidang lakonan telah memberikan komitmen mahu menyerikan acara. Peminat subjek berkenaan boleh berkumpul di bawah ‘panji-panji’ ini, chewah… :]
6. Seni ukiran/khat – Ini juga satu cabang seni yang diminati orang Melayu khususnya, Islam umumnya. Saya diberitahu akan ada peserta mempamerkan kerja-kerja khat dan sebagainya. Semoga manusia yang bertanggungjawab memahat Batu Bersurat Terengganu juga datang, hehe.
7. Kitab/buku/sastera – Difahamkan antara penggiat khat ada yang mungkin membawa mushaf Al-Quran lama. Selain itu kumpulan ini boleh dijadikan tempat perkongsian hasil pembacaan kitab-kitab dari pelbagai aliran fahaman termasuk Tasawuf.
8. Keagamaan – Tasawuf, feqah dan sebagainya. Ada perkara yang mungkin bertindih dengan tajuk kitab/buku/sastera. Di sini kumpulan-kumpulan Tariqat boleh bersatu untuk memeriahkan acara.
9. Keluarga dan salasilah – Kita sedia maklum antara topik paling hangat di dunia Internet terutama di forum-forum dan Facebook adalah perbincangan keluarga dan salasilah. Di HIKMAH anda digalakkan membawa salasilah dan lain-lain bukti kaitan keluarga. Mana tahu mereka yang selama ini tidak tahu asal usul sebenarnya rupa-rupanya bersaudara?
Untuk ini saya boleh memaklumkan ada peserta HIKMAH yang merupakan wakil-wakil berpengaruh daripada keturunan Megat Terawis, Daeng Selili, Nakhoda Hitam, keluarga Temenggung Muar, keturunan Daeng Berlima (Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Menambon, Daeng Chelak dan Daeng Kemasi) juga keturunan Sultan Hussein Singapura. Saya rasa mereka yang katanya daripada keturunan Hang Tuah pun akan ada selain keturunan kerabat diraja dan bangsawan lain.
Saya juga mengalu-alukan kedatangan kaum keluarga Empayar Siam-Kedah. Walaupun saya secara peribadi tidak bersetuju dengan beberapa dakwaan mereka, keluarga ini juga adalah ahli komponen besar bangsa Melayu Islam kita. Ada kajian mereka yang harus difikirkan.
10. Ketamadunan dan kerajaan – Yang ini mungkin bertindih dengan tajuk keluarga dan salasilah. Bezanya ia tidak ditumpukan kepada keluarga sahaja tetapi melibatkan hal kerajaan. Dalam FB juga di wadah Internet yang lain ada yang sedang sibuk berbincang tentang Srivijaya, ada Siam-Kedah ada juga bab Terengganu lama, Muar, Samudera-Pasai, Melaka, Aceh dan sebagainya. Maka di sini bolehlah perbincangan dilanjutkan ke dunia nyata secara bersemuka empat mata.
Berdasarkan pembahagian ini ruang dan penyertaan pameran akan diatur. Mereka yang mahu berniaga pun akan diatur menurutnya demi mewujudkan persepaduan acara. Kalau anda rasa pameran/produk anda tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana tajuk telitilah lagi. Busana Muslimah misalnya tentu kena di bawah tajuk busanan tradisional. Saya sendiri akan membuka gerai menjual buku tulisan saya terutama siri “Berpetualang ke Aceh” dan itu tentunya masuk di bawah tajuk kitab/buku/sastera.
Acara ini akan diatur untuk membentuk satu macam suasana pasar bercampur wadah perbincangan ilmu bersifat cosmopolitan. Peserta HIKMAH juga pengunjung lain termasuk VVIP/VIP boleh melihat dan melawat dari kumpulan ke kumpulan. Ahli kumpulan boleh boleh ‘mengintai’ aktiviti yang lain. Selain itu setiap kumpulan dan sub-kumpulan (misalnya dua persatuan besar di bawah tajuk perkerisan) akan diberikan kertas dan pen/pensil. Di situ mereka boleh memberikan :-
1. Maklum balas tentang acara, keberkesanan, kelemahan
2. Cadangan untuk penambahbaikan
3. Cadangan/buah fikiran/penyelesaian sesuatu masalah kepada pemerintah tertinggi negara untuk mendaulatkan agama, bangsa dan negara
Maklum balas dan cadangan akan diambil kira bersama isi terpilih pembentangan untuk dijadikan rumusan HIKMAH edisi sulung ini dan membentuk resolusi majlis. Insyaallah ia juga akan diangkat untuk pemerhatian orang atasan oleh pihak kami yang berkebolehan. Selain itu maklum balas dan cadangan akan diwar-warkan sekurang-kurangnya melalui blogspot saya sendiri, merahsilu.blogspot.com dan FB page HIKMAH.
OK. Cukuplah ini ya. Selepas solat Jumaat nanti, mungkin petang sikit saya akan meletakkan setiap tajuk/kumpulan sebagai satu update di page HIKMAH. Sesiapa yang mahu membuat pameran atau/dan berniaga sila tinggalkan nama, jenis perniagaan dan contact number di bawah tajuk pilihan. Sila berikan maklum balas.
MC – Dr Hapiza Muhammad
Penyambut VIP – Nor Afidah Yusof
Urus setia meja hadapan/pendaftaran @ front desk – 3 orang selain saudari Rozein dan Shikin yang akan menjaga 313 buku ke-3 saya “Berpetualang ke Aceh : Siri
Usherer – 10 orang. Ni yang tolong menunjukkan tetamu ke dalam dengan muka manis gitu.
Security/Bouncer/keselamatan - 15 orang anak jantan. Bukan nak pukul orang. Yang datang pun ramai orang persilatan yang telah menyatakan kesudian bersama saya jika ada yang cuba membuat kacau. Cuma kita sentiasa perlu bersiap-siaga menjaga keselamatan ya tak?
Teknikal – 2 orang. Memastikan misalnya projektor berjalan, pembentangan tiada masalah dan sebagainya pastikan mikrofon cukup dan berfungsi. Tahu sedikit tentang set-up computer, audio-visual.
Runner – 3 orang. Bermacam-macam tugas untuk melicinkan acara.
Moderator kertas kerja – 3 orang untuk 3 sesi pembentangan, pagi, tengah, hari petang. Harus orang yang boleh mengawal masa dan keadaan, mampu mengulas isi kertas kerja di hadapan orang ramai.
Moderator acara berkumpulan – 10 orang. Perlukan orang yang bijaksana boleh mengawal kumpulan orang, sebaiknya ada pengetahuan tentang bidang atau subject matter.
Jawatankuasa makan – 3 orang yang amanah. Bukan harapkan pagar, pagar makan nasi briyani… :]
Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) - Permission to proceed
Assalamualaikum semua. Ingatkan siang tadi nak sambung cerita siri "Explorasi bermotosikal besar Pantai Timur bersama rakan". Rupa-rupanya tak dapat lagi. Sebaliknya saya harus menyambung cerita daripada artikel Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
4. Menaikkan jati diri anak-anak Melayu agar dapat menjadi manusia yang lebih berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)
Isteri pun mencadangkan agar berhubung dengan satu badan sejarah yang katanya selalu membuat program perkongsian ilmu di mana orang luar yang ada bahan boleh menjalankan seminar di premis mereka. Dia sendiri sering berhubung dengan seorang kakitangan badan tersebut. Kakitangan itu meminta kami agar memanjangkan cadangan kepada pegawai atasannya. Beberapa hari lepas saya pun menghantar e-mail kepada pegawai itu.
Esoknya saya menelefon untuk memperkenalkan diri, menceritakan sedikit tentang cadangan kemudian meminta dia memeriksa e-mail. Kedengaran pegawai itu agak ramah dan berfikiran terbuka. Dua hari lepas baru saya mendapat balasan. Selain menyebut "Minta maaf takwim badan tahun ini amat padat" saya terasa jawaban keseluruhan pada e-mailnya seperti acuh tak acuh. Nampaknya cadangan saya seperti langsung tidak dipandangnya.
Saya terus berkata kepada isteri : "Kalau begini tak mahu Abang berhubung dengan badan ini lagi. Macamlah kita ni nak minta sedekah". Kemudian baru saya menambah : "Kalau Abang nak berhubung dengan mereka pun rasanya terus cakap dengan pengerusilah." Bila difikirkan kembali tak eloklah kalau memutuskan hubungan hanya kerana merasa terkilan. Lagipun ada juga orang-orang kuat badan ini yang merupakan kenalan baik saya. Dan mereka juga mahu memperjuangkan kebenaran sejarah Melayu dan Islam.
Selepas Zuhur saya pun menghubunginya. Kali terakhir kami berjumpa adalah tahun 2008. VVIP ini amat teruja apabila mendapat tahu tajuk majlis/badan adalah "Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)". Katanya ada beberapa pihak/badan di bawah pengawasannya juga pihak istana memang sudah lama tercari satu program yang sesuai tentang Melayu dan Islam. Katanya lagi tajuk dan aktiviti ini boleh dipanjangkan kepada pihak istana. "Kita boleh buat perhimpunan secara besar-besaran di Istana Melawati dengan sokongan sultan. Dan ini boleh diteruskan menjadi aktiviti mingguan tak pun bulanan terus-menerus di tempat-tempat lain".
Dengan ini saya ingin mewar-warkan premis yang ditawarkan adalah Pusat Belia di Seksyen 7, Shah Alam. Tarikh yang dicadangkan adalah hari Ahad 4 November 2012 iaitu hujung minggu selepas Hari Raya Haji. Program mungkin dijalankan 9 pagi hingga 1 tengah hari, mungkin juga dipanjangkan sehingga ke petang kalau cukup bahan yang sesuai untuk dikongsikan. Semua pengkaji/peminat sejarah Melayu dan Islam dijemput datang. Sesiapa yang ada bahan kajian/ kertas kerja dialu-alukan.
Nak pamer koleksi keris dan baju tradisional pun boleh malah apa-apa asalkan kena-mengena dengan sejarah Melayu dan Islam. Penyertaan adalah percuma. Ingat ini adalah aktiviti sukarela demi memartabatkan kedaulatan bangsa dan agama tanpa mengira latar belakang politik kita. Dalam hal ini biarlah kita mengambil contoh bangsa Cina. Tidak kira siapa pun yang memerintah, siapa pun yang mengaku berjuang bagi pihak mereka, kaum Cina tetap dapat 'menjolok' mana-mana pihak agar menyokong mereka mempertahankan budaya, bahasa juga sistem sekolah mereka. Sila klik pada badge di bawah....





















