Tuesday, August 6, 2013

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

Salam para pembaca yang dimuliakan. Ketika menulis ini sudah masuk malam 28 Ramadhan, tinggal 2-3 hari lagi sebelum masuk bulan Syawal. Dengan itu saya Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH ingin mewakili semua warga kerja kami mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada para pembaca dan kawan-kawan HIKMAH. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberkati setiap perbuatan, nafas dan langkah lalu dapat kita bertemu lagi tidak lama nanti. Jangan lupa, insyaallah 7 September ini kita akan mengadakan acara ke-6 HIKMAH merangkap sambutan hari raya. Sila rujuk  Bersedia untuk acara keenam HIKMAH di Galeri Shah Alam 7 Sept. Di bawah adalah sedikit gambar kenang-kenangan dari acara-acara terdahulu...



Dari HIKMAH I



Dari HIKMAH II




Dari HIKMAH III



Dari HIKMAH IV



Dari HIKMAH V