Pada artikel HIKMAH Beruas ditunda ke 6 Jun menjadi acara ke-15 dan terakhir, HIKMAH Seri Menanti ganti menjadi acara ke-13 yang dibuat sejak hampir sebulan lalu telah diumumkan bahawa Ladang Alam Warisan di Seri Menanti, Negeri Sembilan menjadi lokasi acara HIKMAH seterusnya, selepas Lembah Bujang 17-18 Jan. Turut diberitahu tariknya telah ditetapkan ke 4 April 2015. Selepas itu tiada lagi apa-apa berita baru di blogspot ini.
Sebetulnya saya telah disibukkan dengan banyak perkara melibatkan penulisan sejarah Melayu dan Islam. Namun saya tetap tidak lupa berusaha untuk menjayakan setiap acara HIKMAH akan datang terutama di Seri Menanti yang paling dekat, kurang sebulan daripada sekarang. Kalau ikutkan tiada begitu banyak berita untuk dikumpul mengisi satu artikel baru di sini. Tetapi memandangkan sudah hampir sebulan blogspot ini sepi biar disi dengan berita yang telah diumumkan di Facebook 5 hari lalu. Biar diulang siar senarai pembentangan untuk HIKMAH Seri Menanti...
1. Dinar Dirham vs Wang Kertas dan Penipuan Perbankan – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama Qiblah Consulting, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI
2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail
3. Tipu Daya Dajjal dan Illuminati untuk Menakluki Dunia - Mohd Khalid Yahya @ Muhammad Nurani Maarif, penulis buku “Membongkar Misteri Dajjal”, pengerusi AKAR (Akademi Kajian Rumpun Nusantara)
4. Teknologi Melayu lama : Bukti Bangsa yang Berkebolehan - Hasan Yusof, pegawai penyelidik Mahkamah Syariah Melaka
5. Negeri Sembilan sepintas lalu : Dari Melaka ke Seri Menanti - Aziz Hj Mohd Gorip, Kurator, Lembaga Muzium Negeri Sembilan
6. Jalan Penarikan : Membuka Laluan Lama – Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH, penulis siri buku “Berpetualang ke Aceh”
Pembentangan akan dibahagikan kepada dua sesi sepanjang 2 jam setiap satu, pagi/tengah hari dan petang. Setiap pembentang diberi masa 30 minit. Selebihnya adalah untuk soal jawab. Aturan pembentangan yang diletakkan 1-6 itu adalah tentatif, boleh berubah mengikut keadaan. Buat masa ini boleh dikatakan 1-3 mengisi sesi pagi/tengah hari yang dijadualkan bermula paling lewat pun jam 11 pagi. Sesi petang harus bermula jam 2.30 tetapi semuanya cuma akan dipastikan apabila atur cara penuh dibentuk berdasarkan siapakah atau kumpulan manakah lagi akan terlibat memeriahkan acara nanti. Dengan ini cukuplah pengumuman. Untuk makluman ini adalah artikel ke-181 di blogspot ini
Alhamdulilah. Tajuk-tajuk pembentangan memang A+. Terbaik...
ReplyDelete