Friday, July 20, 2018

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Warisan Melayu di Kampung Nakhoda

Salam Jumaat. Sudah lebih 3 bulan blogspot HIKMAH tidak dikemaskinikan. Hari ini biarlah dikongsi sesuatu untuk memecahkan kesunyian...



Adapun bulan raya Syawal Aidilfitri mula menutup tirai Jumaat minggu lepas 29 Syawal. Esoknya Sabtu sudah masuk bulan Zulkaedah. Namun masih lagi berlaku majlis-majlis rumah terbuka Sabtu dan Ahad itu atas nama sambutan Aidilfitri. Salah satunya adalah majlis seperti tertera dalam poster undangan di atas.


Majlis dijadualkan bermula jam 11 pagi. Saya, isteri dan anak-anak bergerak ke lokasi di Kampung Nakhoda, Batu Caves sana selepas solat Zohor.














Alhamdulillah, ramai kawan-kawan aktivis busana dan persilatan turut memeriahkan. Agak lama juga tak jumpa ramai daripada mereka...




Saya dan isteri memilih baju biru untuk hari itu...


Seperti biasa diadakan persembahan-persembahan silat daripada beberapa perguruan...














Berlaku sedikit drama apabila seorang hadirin kesurupan diresapi makhluk halus, mungkin orang bunian. Seorang guru silat mengajaknya berpulut sebagai usaha pemulihan selain memberi kesempatan makhluk halus tersebut melepaskan hajat...





Pada penghujung majlis diadakan suatu sesi yang setakat saya tahu belum pernah dibuat dalam mana-mana majlis kumpulan persilatan.


Hadirin diajak berjoget lambat diiring irama-irama lagu tradisional Melayu dipandu gesekan indah juga rancak biola...


Sehingga saya pun terjebak sama walau bertari sumbang di hadapan...





Akhir sekali bergambar beramai-ramai. Alhamdulillah silaturrahim antara kami para aktvisi tetap termetri kuat insyaallah sepanjang zaman...