Tuesday, November 20, 2018

Kesantunan Malaiu Seni Nusantara dan hal-hal di sekitar Dataran Merdeka

Salam hari Selasa 12 Rabiulawal 1440 Hijriah. Selamat menyambut hari ulangtahun kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, hari Maulidur Rasul. Ada pun pada ketika ramai orang membuat sambutan di merata Malaysia malah ada yang menyambutnya seiring dengan apa yang baru sejak 3 tahun lalu diisytiharkan sebagai Hari Melayu saya pula menghabiskan masa di rumah dan sekitar Rawang bersama ahli keluarga. Kami ada banyak urusan perlu diselesaikan sebelum membuat satu pengembaraan baru jauh di luar negara dalam masa terdekat. Malam semalam pun kami memandu 160 km meliputi Kuala Lumpur, Puchong dan Shah Alam kerana hendak mendapat beberapa barangan yang mahu dibawa keluar mengembara.

Kalau ikutkan hajat sekurang-kurangnya saya mahu menyertai satu majlis Maulud dan sambutan Hari Melayu di Shah Alam siang tadi. Tapi memang tak berkelapangan selain kepenatan, perlu juga menyimpan tenaga untuk perjalanan lasak akan datang. Dalam tempoh setahun ini kami kurang aktif menyertai majlis-majlis kedaulatan Melayu. Apapun ini ada sedikit perkongsian daripada hujung minggu lalu.


Sabtu malam Ahad kami bergegas ke Dataran Merdeka di Kuala Lumpur untuk menyertai satu majlis melibatkan kawan-kawan aktivis busana tradisional dan persilatan Melayu. Kami datang dari arah parlimen tetapi mendapati jalan utama di hadapan Taman Tasik Perdana ditutup lalu dibuat lencongan entah ke mana. Kami membuat keputusan untuk meletakkan kereta di Padang Merbok lalu berjalan kaki ke arah dataran.


Sambil itu juga kami ada urusan dengan satu pihak yang datang dari Cheras. Disebabkan jalan-jalan di sekitar Dataran Merdeka ditutup kami bertemu di hadapan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kebetulan ada suatu majlis melibatkan keMelayuan di auditorium sana. Kami pun singgah naik ke atas...





Kelihatan nama majlis dipaparkan sebagai "Malam Gagaharika". Ada pertunjukan kebudayaan pelbagai ragam.


Menurut jadual ia harus bermula jam 8.30 malam. Melihatkan tiada tanda majlis akan bermula lagi setelah masuk jam 8.45 kami membuat keputusan masuk ke Dataran Merdeka...





Tengok-tengok ada majlis Maulidur Rasul melibatkan tokoh-tokoh daripada kerajaan Malaysia baru sekarang.


Ia diwar-warkan sebagai acara yang "grand". Melihat pada kehadiran dan apa yang sempat kedengaran dibincangkan nampaknya majlis ini memang hebat. Sangat hebat sehingga memerlukan mata yang kasyaf untuk melihat begitu ramai makhluk ghaib sedang memenuhi semua ruang demi mendengarkan kehebatan yang diwar-warkan dalam majlis.


Seterusnya kami menuju ke bahagian selatan dataran dekat bendera besar. Jam 10.20 barangan sedang disiapkan untuk memulakan majlis anjuran kawan-kawan yang menjadi sebab utama keluar ke dataran walaupun kami sekeluarga sebenarnya sedang kepenatan dan kurang mood nak jumpa orang.





Disebabkan ada masalah teknikal selepas jam 11 baru majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku.


Kemudian ada nyanyian qasidah sempena sambutan Maulidur Rasul.


Acara yang diberikan nama Kesantunan Malaiu Seni Nusantara ini dibuat secara santai ala-ala orang busking atau membuat persembahan jalanan.


Ada sketsa tentang semangat patriotik dan perjuangan orang Melayu melawan segala kesan buruk yang tercipta akibat penjajahan Barat.

Ada persembahan tarian tradisional gaya Negeri Sembilan...


Paling utama adalah persembahan silat...


Dianjurkan oleh kawan-kawan seperjuangan daripada Armada Malaiu Malaysia acara Kesantunan Malaiu Seni Nusantara ini diadakan pada hujung minggu ketiga setiap bulan...














Sedikit gambar-gambar sekitar majlis yang diambil oleh pihak lain...