Monday, October 2, 2023

Program Semangat Besi - BerMaulud bersama pendekar dan ulamak

Merujuk pada artikel  Program Semangat Besi - Membangkit semangat leluhur warisan pusaka bangsa yang dipersembahkan pada pagi Sabtu 30 September 2023. Pada penghujung artikel ada disebut bahawa pada malam itu insyaallah saya akan hadir lagi bagi sesi Maulidur Rasul.



Sebagai salah seorang tetamu kehormat program terutama bagi sambutan Maulidur Rasul malam 30 September saya mesti berusaha untuk hadir pada majlis.



Cuma harus ke satu majlis zikir tertutup di Petaling Jaya terlebih dahulu lalu sampai ke lokasi program di Taman Ehsan, Kepong jam 10 malam.




Ketika itu sambutan Maulud sudah masuk ke bahagian yang dipanggil Mahalul Qiyam iaitu bahagian terakhir yang mana semua orang harus berdiri sambil bersama mengalunkan bait-bait yang menggambarkan kegembiraan warga Madinah menyambut kedatangan Nabi Muhammad SAW ketika berhijrah lalu sampai dari Mekah.




Gambar ini dan seterusnya diambil dari atas pentas selepas sesi Maulud berakhir lalu semua kembali duduk...












Sesi Maulud diikuti persembahan silat yang dibuka oleh para pendekar daripada gelanggang tuan rumah iaitu Tok Cindai.







Selepas itu persembahan silat daripada 7 perguruan...













Yang ingat nama (kalau salah sila betulkan) adalah Silat Bangau Putih, Silat Cekak Lama (Sungkai), Silat Gayung (lupa nama gelanggang), Silat Lintau, Silat Gerak Cepat (perkataan "cepat" memang ada, lagi satu perkataan tak berapa ingat) dan Silat Harimau Patani. Ada satu nampaknya terlupa langsung nama.




























Selepas itu diadakan upacara simbolik para pendekar menyerahkan panji putih perjuangan tertera kalimah Laila Ha Illallahu Muhammadun Rasulullah kepada para ulama sementara mereka sendiri mengibarkan panji sama tetapi berwarna hitam.




Akhir sekali diadakan zikir munajat. Semoga semua mendapat kekuatan dan keberkatan demi perjuangan menghadapi segala mehnah akhir zaman bagi mendaulatkan Islam yang syumul di muka bumi ini. Allahu Akbar!