Saturday, August 31, 2024

Malam Ekpresi Malaya Merdeka di bangunan Majlis Perundingan Melayu

Salam semua. Pada ketika ini sudah masuk tarikh 31 Ogos 2024, hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia atau lebih tepat, Persekutuan Tanah Melayu yang ke-67. Ini ada satu cerita berkenaan yang relevan dengan pejuangan HIKMAH.



Tadi Jumaat malam Sabtu, selepas jam 9.30 saya sampai ke bangunan Majlis Perundingan Melayu (MPM) bersebelahan Parlimen untuk mengikuti satu majlis.




Ia sebenarnya dijadualkan bermula jam 7 malam lalu ada solat Magrib, bacaan yassin dan tahlil berjemaah.




Pada jam 8.30 dimulakan bacaan puisi, pantun dan sajak juga persembahan nyanyian santai sempena malam Merdeka...




Saya sampai lambat kerana perlu menyelesaikan beberapa urusan termasuk menghantar seorang kawan dari ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku ke Sentul.




Kali terakhir menghadiri majlis di MPM adalah pada lebih 2 tahun lalu. Lihat Dari majlis perkahwinan ke masuk tahfiz ke perbincangan tentang keadaan negara.




Secara rata apa yang dizahirkan atau diekspresikan adalah tentang makna merdeka bagi orang Melayu.




Ya. Secara rasminya kita memang sudah lama merdeka daripada cengkaman kekuasaan penjajah British.




Namun apakah kita telah betul-betul merdeka dengan sebetul-betulnya erti merdeka?




Atau seperti pernyataan seorang veteran tentera, apa yang para pejuang Melayu dapat? Sedangkan kini puak yang terkait dengan parti komunis yang dahulu susah payah ditentang tentera kerana kekejaman dan niat jahat mereka kini mendapat lebih banyak ruang untuk menentukan hala tuju negara lalu boleh merugikan anak bangsa?






Monday, August 12, 2024

Sekitar program Hari Tanjak

Bersambung daripada artikel Perasmian Hari Tanjak di Pavilion Damansara Heights.



Program Hari Tanjak ini berlangsung sehingga Ahad 11 Ogos malam Isnin jam 10 lalu meliputi pelbagai aktiviti seperti demonstrasi pemakaian tengkolok wanita, demonstrasi ikatan samping dan pertandingan menakuk destar.




Aktiviti dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad 10-11 seperti tertera dalam poster.




Sambil itu, dan sejak Isnin 5 Ogos, berjalan pameran untuk barangan yang terkait dengan dunia tradisional Melayu...














































Perasmian Hari Tanjak di Pavilion Damansara Heights

Salam. Sudah dekat 9 bulan blogspot HIKMAH tidak dikemaskinikan. Sekarang bolehlah dimasukkan satu cerita yang sesuai.



Petang Sabtu 10 Ogos 2024 buat pertama kali saya pergi ke kompleks membelah Pavillion Damansara Heights.



Sebelum ini cuma pernah ke Pavillion di Bukit Bintang, pusat membeli belah pertama atas nama itu. Kali ini pergi ke yang Damansara Heights kerana ada majlis melibatkan dunia busana tradisional Melayu dan persilatan.




Sejak pagi Isnin 5 Ogos ruang legar utama kompleks untuk program Hari Tanjak.



Ia adalah yang kedua anjuran PERNILAM, Persatuan Penggiat Seni Alam Melayu.




Petang itu bermula jam 2.45 ada perasmian program...













Gimik perasmian meliputi bacaan puisi, nyanyian dan persembahan silat.