Salam semua. Pada ketika ini sudah masuk tarikh 31 Ogos 2024, hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia atau lebih tepat, Persekutuan Tanah Melayu yang ke-67. Ini ada satu cerita berkenaan yang relevan dengan pejuangan HIKMAH.
Tadi Jumaat malam Sabtu, selepas jam 9.30 saya sampai ke bangunan Majlis Perundingan Melayu (MPM) bersebelahan Parlimen untuk mengikuti satu majlis.
Ia sebenarnya dijadualkan bermula jam 7 malam lalu ada solat Magrib, bacaan yassin dan tahlil berjemaah.
Pada jam 8.30 dimulakan bacaan puisi, pantun dan sajak juga persembahan nyanyian santai sempena malam Merdeka...
Saya sampai lambat kerana perlu menyelesaikan beberapa urusan termasuk menghantar seorang kawan dari ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku ke Sentul.
Kali terakhir menghadiri majlis di MPM adalah pada lebih 2 tahun lalu. Lihat Dari majlis perkahwinan ke masuk tahfiz ke perbincangan tentang keadaan negara.
Secara rata apa yang dizahirkan atau diekspresikan adalah tentang makna merdeka bagi orang Melayu.
Ya. Secara rasminya kita memang sudah lama merdeka daripada cengkaman kekuasaan penjajah British.
Namun apakah kita telah betul-betul merdeka dengan sebetul-betulnya erti merdeka?
Atau seperti pernyataan seorang veteran tentera, apa yang para pejuang Melayu dapat? Sedangkan kini puak yang terkait dengan parti komunis yang dahulu susah payah ditentang tentera kerana kekejaman dan niat jahat mereka kini mendapat lebih banyak ruang untuk menentukan hala tuju negara lalu boleh merugikan anak bangsa?