Sebuah gambar yang ditemui setelah membuat Google Image Search "HIKMAH"...
Assalamualaikum. Dengan nama Allah dan gerak rasa yang baru dimunculkanNya hari ini, Rabu 31 Oktober 2012 Masihi bersamaan 15 Zulhijjah 1433 Hijriah saya dengan ini membuka blogspot baru bertajuk "Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)" yang beralamat di www.hikmahmelayu.blogspot.com. Tujuannya adalah untuk menyokong aktiviti dan perkongsian ilmu yang akan dibuat badan bertajuk sama (HIKMAH) dari semasa ke semasa. Untuk makluman sebuah page bernama sama telah diwujudkan di Facebook sejak 19 hari lalu untuk mengumpul peserta demi menjayakan satu acara yang asalnya diberi nama serupa, acara yang dijadualkan mahu dilangsungkan Ahad 4 Nov.
Tentang acara biarlah diletakkan links berikut ya. Selepas ini saya akan memasukkan ke blogspot ini artikel-artikel berkaitan yang pernah dikongsikan di dalam blogspot peribadi saya, CATATAN SI MERAH SILU.
No comments:
Post a Comment