Wednesday, November 7, 2012

Dari keris sebagai lambang penyatuan membawa ke panji-panji hitam dari Timur



Sesi petang dibuka dengan pembentangan oleh saudara seketurunan saya dari belah Perak, Khairul Azhar, Yang Di-Pertua Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur (PUSAKA KL).



Untuk artikel ini biar dikongsikan dahulu slaid-slaid...
































Apabila diminta memberikan summary ataupun rumusan saudara Khairul Azhar ada menulis di Facebook dan saya ada membacanya. Tetapi ketika mahu meletakkannya pada artikel ini saya tidak dapat menemuinya. Begitu juga halnya isi pembentangan seterusnya yang dibuat oleh saudara Zahamri Nizar, kertas kerja bertajuk "Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara". Beliau ada memberikan alamat website satu badan di Indonesia di mana isi kertas kerja pernah dikongsikan katanya. Tetapi saya tidak juga menemuinya setelah cuba mencari berkali-kali.

Pembentang seterusnya saudara Syukri Embong pula belum memberikan maklum balas untuk tindakan saya di blogspot juga tidak berkongsi apa-apa slaid kecuali semasa acara. Sudah dimaklumkan dalam artikel HIKMAH 4 Nov - Lepas Zuhur hampir ke Maghrib masih tak balik-balik! sesi pembentangan ditutup dengan 'kertas kerja' (sebenarnya lebih pada spontan) yang bertajuk "Panji-panji Hitam dari Timur : Peranan Bangsa Melayu Akhir Zaman". Maka biar artikel ini diakhiri dengan grafik panji-panji hitam di bawah... :]







No comments:

Post a Comment