Friday, January 18, 2013

Hizb Bahr untuk membatalkan kesan negatif Perjanjian Pangkor

Salam malam Jumaat. Adapun dalam tempoh seminggu dua lepas saya telah diilhamkan bahawa pada akhir acara HIKMAH III di Lumut iaitu pada petang 27 Januari 2013 peserta hendaklah dibawa ke jeti ataupun pantai menghadap perairan Pulau Pangkor dengan niat mahu berdoa agar segala kesan negatif akibat Perjanjian Pangkor 20 Januari 1874 dapat dirungkai dan dibatalkan. Saya diilhamkan bahawa ada sihir mengiringi perjanjian tersebut membawa kesan dan rentetan peristiwa yang semakin mengancam keberadaan orang Melayu dan Islam di Tanah Melayu. Tentang kesan yang dimaksudkan sila rujuk artikel-artikel dari blogspot CATATAN SI MERAH SILU :-







Kebetulan HIKMAH III akan berlangsung 3 hari selepas sambutan Maulidur Rasul 24 Januari bersamaan  12 Rabiulawal. Maka memang ada rancangan untuk membawa peserta berselawat dari dewan sampai ke pantai. Namun tidak pasti bagaimanakah caranya untuk merungkai sihit tersebut, apakah dengan berselawat sahaja? Kalau berdoa, apa yang perlu dibaca.

Isnin baru ini atas petunjuk tertentu saya telah berehat satu hari di Janda Baik, setelah beberapa bulan tidak ke sana. Ketika itulah saya diilhamkan agar peserta semua membaca Hizb Bahr sebagai senjata merungkai sihir tersebut. Untuk mengetahui apa itu Hizb Bahr sila rujuk artikel-artikel ini :-





Adapun hal mahu merungkai sihir Perjanjian Pangkor dengan menggunakan Hizb Bahr ini sudah saya war-warkan di Facebook. Maka ada yang bertanya jika saya boleh memberi salinan kepada peserta semasa HIKMAH III. Memang itu yang terbit dalam fikiran. Sebelum itu biar dikongsikan bacaan helaian demi helaian berserta terjemahan seperti yang terdapat dalam sebuah kitab milik saya. Saya tangkap gambar sahaja ya, nak scan, printer yang berserta scanner milik saya sudah rosak...

















OK. Saya juga sudah mengambil sedikit masa untuk memuatkan semua helaian itu dalam kertas bersaiz A4. Fikir saya ini akan dijadikan salinan untuk diberi kepada peserta. Namun pembaca boleh lebih awal membuat salinan untuk kegunaan sendiri. Buka dalam windows baru dan anda boleh mendapat file di bawah pada saiz A4.

Kepada sesiapa yang mahu mendapatkan sedikit pahala amar jariah saya cadangkan anda cetak satu  muka surat kemudian buat sebanyak mungkin salinan photostat untuk dihadiahkan kepada keluarga dan sahabat handai. Anda juga boleh menolong urusetia HIKMAH III dengan menghadiahkan salinan kepada peserta lain. Semoga misi kita merungkai dan membatalkan sihir Perjanjian Pangkor tercapai, dalam rangka kerja besar untuk membina tapak daulah Islamiyah sebenar di Timur membawa kepada kebangkitan pasukan pejuang Panji-panji Hitam insyaallah! Amin...






2 comments:

  1. salam, saudara.. nak tanya.. siapa yg akan memberikan ijazah kepada peserta yag belum mengambil ijazahan hizib ni

    ReplyDelete
  2. Wassalam. Saya pun tak pasti. Ada beberapa orang Sheikh yang memimpin jemaah akan datang ke HIKMAH III. Harap ada yang berkelayakan untuk mengijazahkannya.

    ReplyDelete