Artikel istimewa untuk malam ini. Nanti akan diceritakan sebabnya...
Assalamualaikum semua. Hari ini kita melihat HIKMAH semakin membesar dan perjuangannya mendaulatkan Melayu dan Islam diiktiraf bukan sahaja di peringkat nasional malah sudah sampai ke peringkat antarabangsa. Apabila kawan-kawan dari luar Malaysia, dari Singapura, dari Indonesia, dari tempat-tempat seperti Aceh dan Riau telah dapat menghayati perjuangan HIKMAH lalu turut serta bergerak sama mewar-warkan dan mengembangkannya itu satu tanda bahawa gerakan ini mendapat restu bukan sahaja manusia Melayu Islam yang nyata tetapi pihak-pihak di luar penglihatan dan pancaindera biasa kita. Namun seringkali apabila sesuatu organisasi yang membawa perjuangan syumul menjadi besar, syaitan iblis dan musuh lain malah nafsu sendiri mula bergerak menggagalkannya. Pada ketika ada pihak dicuit bisikan busuk menganggap HIKMAH diterbitkan untuk mendapat nama atau ada agenda lain dari perjuangan mulia saya rasa elok kita melihat ke belakang dan menghayati kembali bagaimana HIKMAH bermula.
HIKMAH secara rasminya bermula pada hari Jumaat malam Sabtu 12 Oktober 2012 apabila saya tergerak untuk membuka page di Facebook lalu mewar-warkannya. Ketika itu hampir jam 11 malam. Baru sahaja diletakkan sudah ada sambutan.
Penerangan pun diberi bagaimana nama HIKMAH boleh timbul...
Boleh tahan ramai yang tertarik sehingga logo topi pada page pun menarik minat. Rujuk artikel Mahkota
Sultan Malikus Salih dan dua Nur dalam hidupku...
Untuk mencantikkan page, gambar lingkungan kekuasaan kekhalifahan Islam di sekitar Timur Tengah pun dipilih.
Beberapa prinsip asas dalam HIKMAH diterangkan agar agenda penyatuan dapat dilaksanakan.
Esoknya Sabtu 13 Oktober penerangan mula dibuat tentang acara yang mahu dibuat HIKMAH.
Penerangan lanjut boleh dilihat dalam artikel Himpunan
Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) di blogspot CATATAN SI MERAH SILU.
Tidak lama kemudian tempat dan masa pun dicadangkan dan terus mendapat maklum balas positif.
Saya pun membuka event page istimewa untuk acara. Oh, semasa itu acara tersebut cuma dipanggil Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Tapi bila saya copy and paste balik dari fail lama di FB terkeluar nama pertukaran yang dibuat lebih 2 minggu kemudian.
Sambil isi acara diwar-warkan sambil itu ia dirancang berdasarkan maklum balas kenalan dan kawan-kawan. Memang HIKMAH asalnya terbit supaya suara-suara yang selama ini cuma dapat berkumandang melalui penulisan di Internet dapat diangkat naik ke dunia nyata. Tetapi itu tidak bermakna tidak ada orang berkedudukan yang suaranya sudah sedia diikuti ramai berada di kalangan kami. Cuma wadah ini memberikan mereka lebih peluang untuk menyatakan sesuatu tanpa perlu risau dengan protokol dan batas-batas tertentu seperti biasa wujud dalam kebanyakan acara rasmi.
Perincian majlis mula dibuat.
Ahad 14 Oktober, 2 hari setelah HIKMAH diterbitkan baru saya berkongsi lebih lanjut tentang visi.
Isteri kesayangan banyak membantu memberi erti...
Minat yang nyata mula ditunjukkan ramai orang.
Sambil itu saya teringat janji peribadi untuk menolong satu kumpulan di Aceh menyelamatkan sebuah tapak bersejarah. Saya rasa boleh menolong melalui HIKMAH dan memang pun ia kemudian menjadi kenyataan. Tetapi itu adalah cerita yang terlalu ke hadapan.
Semakin lama acara semakin terisi.
Hal ini menyebabkan rancangan asal membuat acara setengah hari dipanjangkan ke petang.
Lihat sahaja apa yang dinyatakan dalam artikel Himpunan
Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) - Permission to proceed.
Isnin 16 Oktober bantuan lain untuk menjayakan acara mula datang secara sukarela tanpa dipinta.
Acara yang semakin membesar menyebabkan perlu dilakukan pertukaran tempat selain mewar-warkan keperluan mendapatkan pertolongan.
Artikel mengenang ini cukuplah ditamatkan dengan melihat aktiviti 5 hari terawal sahaja. Kini segalanya telah menjadi sejarah dan terbukti HIKMAH bukan acara mahupun kumpulan picisan. Sekarang kita harus bertafakur dan ingat bagaimana semuanya bermula. Kita harus ingat perjuangan untuk mendaulatkan Melayu dan Islam ini milik orang ramai.
Diakui kita harus mengangkat raja dan para pembesar sebagai tempat tumpuan payung melaksanakan kerja. Tapi jangan lupa ini dilakukan untuk orang ramai jua. Jangan sampai orang ingat mentang-mentang HIKMAH dah diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa, maka kita asyik nak layan VIP/VVIP aje. Jangan lupa, ketika kita memulakan acara sudah ada ramai juga VIP/VVIP di kalangan kita sendiri, orang yang ada kedudukan, pangkat, para kerabat diraja dan sebagainya tetapi tidak canggung duduk bersama bersila di atas lantai cuba meresapkan aura perjuangan di sebalik kata-kata yang diungkapkan agak lembut dan bersahaja tetapi penuh makna. Jangan kerana hendak mengangkat sangat HIKMAH kita jadi terlalu terikat dengan protokol sehingga tanpa sedar menyekat langkah dan luahan jujur orang ramai yang telah bersama menjunjung perjuangan kita sejak dari mula.
Oh. Apakah istimewanya malam ini? Malam ini Sabtu malam Jumaat juga seperti halnya ketika HIKMAH bermula. Dari malam ini yang bertarikh 4 Januari 2013 membawa ke acara ketiga HIKMAH di Lumut 27 Januari ada 23 hari lagi. Ini sama keadaannya ketika acara pertama HIKMAH mahu berlangsung. Acara diwar-warkan pada Sabtu malam Jumaat 12 Oktober 2012 dan 23 hari kemudian iaitu pada 4 Oktober ia pun dapat diadakan dengan jayanya di Shah Alam, Selangor. Untuk acara kedua HIKMAH di Melaka yang berlangsung 25 Oktober, countdownnya tak sama kerana ia berlangsung 21 hari selepas acara pertama.
Untuk acara ketiga kita ada jarak yang boleh tahan lama untuk merancang kejayaannya. Tidak seperti HIKMAH pertama yang bermula dengan kosong sebelum disokong ramai secara sukarela, HIKMAH ketiga bergerak ketika HIKMAH kedua sudah pun diiktiraf sehingga dijadikan acara tahunan negeri Melaka. Acara di Lumut, Perak harus dapat dilaksanakan lebih berjaya apalagi ketika ayat ini ditulis pada jam 11.30 malam 328 orang sudah menyatakan di FB tentang kedatangan mereka. Ramai lagi pula akan menyusul kerana sudah menyatakan komitmen tanpa memasukkan nama. Jaga nawaitu, hayatilah misi asal perjuangan. Insyaallah pelbagai bantuan berserta kedatangan manusia nyata dan ghaib dari arah tidak disangka akan muncul seperti berlaku pada HIKMAH I dan HIKMAH II. Untuk makluman ini adalah artikel ke-33 di blogspot ini.
Assalammu'alaikum...wrt. Tahniah.
ReplyDeleteSemoga HIKMAH 3 dirahmati Allah Ta'ala....Aminnn.
Saya akan berusaha untuk hadir kali ini, insyaAllah. Doakan....
Wassalam. Datang, datang. Sila datang. Bawak kawan2...
ReplyDelete