OK. Ada kawan meminta saya agar membuat kertas kerja untuk HIKMAH IV yang akan diadakan di Akademi Nik Rashiddin kurang 2 minggu lagi, agar dapat menyenangkan kawan beliau mendapatkan pertolongan yang patut untuk menjayakan acara. Saya sendiri tidak perlu lagi kertas kerja apabila berurusan dengan pemilik premis iaitu Puan Rosnawati. Ini kerana sudah ada kepercayaan kukuh terjalin walaupun perkenalan kami masih begitu singkat. Lagipun beliau boleh merujuk pada perkembangan di blogspot ini juga di Facebook.
Begitu juga saya tidak perlu sangat kertas kerja untuk menerangkan persiapan kepada beberapa orang kawan di Kelantan yang sedang berusaha sama menjayakan acara. Namun apa salahnya membuat satu? Agar ia juga boleh digunakan oleh mana-mana pihak yang berniat ikhlas dan jujur mahu menolong kami biar saya kongsikan di sini dalam bentuk fail gambar jpg. Setiap gambar yang ada boleh dibuka pada saiz sebenar iaitu A4 untuk dicetak oleh mana-mana pihak. Silalah baca untuk menekuni kembali asal-usul, visi, misi dan objektif HIKMAH...
Saya juga sudah menyediakan surat terbuka yang boleh digunakan mana-mana pihak. Ini boleh dipanjangkan kepada jabatan kerajaan, universiti, sekolah, persatuan dan pelbagai jenis badan. Mereka yang mahu menolong boleh mencetak surat lalu memanjangkannya kepada mana-mana pihak yang mahu dijemput. Pihak yang mahu hadir tetapi memerlukan bukti untuk rekod di pejabat dan sebagainya juga boleh menggunakan surat yang sama...
Merujuk pula pada artikel Antara
HIKMAH di kaca televisyen, buku untuk Melaka dan persiapan di Kelantan yang dibuat seminggu lalu, sukacita dimaklumkan HIKMAH sudah pun muncul di kaca televisyen Ahad malam Isnin baru ini. Berserta fakta bahawa kami sudah berjaya mengadakan tiga acara boleh tahan besar yang dihadiri juga peserta dari luar negara dengan satu daripada acara sudah dijadikan program tahun negeri Melaka, ini menunjukkan HIKMAH adalah satu badan yang diiktiraf antarabangsa, bukan calang-calang, bukan picisan. Maka kertas kerja dan surat yang diletakkan di sini ada nilainya. Sila lihat klip video di bawah yang diambil seorang rakan...
No comments:
Post a Comment