Thursday, November 21, 2013

Hang Tuah dan para sahabat bakal menjadi saksi




Salam wahai para pembaca yang dimuliakan. Pada artikel Acara ke-7 HIKMAH dan "To The Point" yang dibuat sebulan lalu telah dinyatakan HIKMAH akan mengadakan acara ke-7 di Mini Malaysia, Ayer Keroh, Melaka Sabtu 30 Nov. Pada artikel HIKMAH VII sebagai wadah pengisi filem epik Melayu yang dibuat seminggu kemudian pula dinyatakan acara tersebut akan digunakan untuk mengisi filem "Darah Melayu" yang mahu diarah sutradara terkenal Mamat Khalid. Sekarang biar diberitahu acara telah ditukar tempat ke Hang Tuah Center yang terletak di Kampung Duyung, Melaka, berdekatan Perigi Hang Tuah. Tentang pengisian filem, saudara Mamat sudah memberikan komitmen kuat mahu hadir bersama beberapa orang filem sehingga sudah menempah beberapa bilik hotel lebih awal dan menyatakan kesanggupan bertolak awal ke Melaka pagi Jumaat lalu tidak hadir ke Anugerah Skrin di Shah Alam malam itu di mana filem beliau ada dicalonkan.

Hal mengubah lokasi ke Hang Tuah Center (HTC) sebenarnya telah diusahakan sejak awal bulan tetapi baru dibincangkan secara formal dalam mesyuarat bersama pengurus besar PERZIM (Perbadanan Muzium Melaka), Datuk Khamis dan para pegawainya Jumaat lepas. Pada hari Isnin baru kertas kerja menurut format diminta dikemukakan dan semalam pagi alhamdulillah, kami mendapat jawaban positif acara boleh diadakan di sana pada tarikh yang diminta iaitu 30 Nov, Sabtu minggu hadapan. Untuk pengetahuan lokasi acara diubah kerana kami merasakan ia lebih sesuai setelah berlaku beberapa perkembangan yang kurang memberangsangkan melibatkan Mini Malaysia. Tempatnya pun terasa cukup cantik malah ada aura yang melibatkan pejuang besar Melayu zaman kegemilangan kesultanan Melaka iaitu Hang Tuah dan para sahabatnya.

Lihat artikel Hang Tuah Center di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Untuk pengetahuan lokasi di Kampung Duyung dikatakan tempat Hang Tuah pernah menetap lebih 600 tahun lalu, siap ada Perigi Hang Tuah masih wujud di situ. Perigi itu dikatakan digali sendiri oleh pahlawan tersohor tersebut. Di kampung itu juga terdapat masjid lama di mana terdapat sebuah lagi perigi, dipercayai sesetengah orang sebagai tempat Hang Tuah mengambil wudhuk untuk bersolat. Lihat Perigi (well of) Hang Tuah, Masjid (mosque of) Duyung serta (and) Kampung Hulu.





Sebenarnya sejak pertama kali melihat HTC 2 bulan lalu saya ada menyimpan hasrat agar dapat mengadakan satu acara HIKMAH di situ. Lihat artikel First Melaka city centre walk in 5 months... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Alhamdulillah nampaknya Allah SWT telah memperkenankannya. Dengan ini biar dikongsikan atur cara penuh tentatif yang telah dikongsikan di Facebook 4 hari lalu. Turut dikongsikan, cadangan moderator sesi berkumpulan yang diletakkan di FB sehari kemudian...


ATUR CARA TENTATIF


8.00am                        :           Kedatangan Pengunjung/Peserta

8.30am            :           Ketibaan YBhg Datuk Haji Khamis bin Haji Abas,  Pengurus Besar
                                    PERZIM (Perbadanan Muzium Melaka) diiringi paluan kompang dan
                                    diikuti pertunjukan silat

9.00am            :           Bacaan Doa Dan Selawat / Persembahan Qasidah

9.20am            :           Deklamasi Sajak / Pantun / Puisi

9.40am            :           Ucapan aluan dan Perasmian oleh Pengurus Besar PERZIM

10.00am          :          Jamuan ringan

10.15am          :           Pembentangan kertas kerja “: Mengenali & Menjejaki
                                    Perjalanan Bangsa Melayu & Asal Usulnya”
                                    oleh Puan Zaharah Sulaiman dari Ikatan Arkeologi Malaysia

1.15pm            :           Rehat / Solat

2.15pm            :          Pembentangan kertas kerja “Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara :
                                   Sejarah, Hijrah dan Hikmah”   oleh Tun Suzana Othman,
                                   penulis buku “Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan
                                   Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI
                                             
3.30pm             :          Pembentangan kertas kerja "Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat
                                    Raja-raja Melayu" oleh Farha Muhammad, Nur Shazwani Sadzali dan
                                    Yusri Yusoff dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan

4.15pm            :           Pertunjukan Seni Silat

4.30pm            :           Taklimat sesi berkumpulan –
                                    Mengisi filem epik “Darah  Melayu” arahan Mamat Khalid

4.45pm            :           Rehat / Solat disambung terus dengan sesi berkumpulan

Peserta boleh memilih satu dari 10 kumpulan menurut minat – Persilatan, Perkerisan dan sebagainya – lalu memberi maklum balas mengikut topik, kali ini untuk mengisi filem.

5.45pm            :           Penggulungan sesi berkumpulan diikuti penutup / bersurai


*Aktiviti sepanjang acara dijalankan : Pameran Keris dan Senjata Warisan Melayu serta Barangan antik oleh Warisan Hikmah Nusantara. Persembahan Kuda Kepang / Pertandingan Memanah


Moderator kumpulan



1. Perkerisan dan Persenjataan - Untuk peminat keris juga senjata-senjata lain Melayu seperti pedang – Huzaifah dari MAGMA Melaka


 2. Perubatan dan Pemakanan – Untuk mereka yang meminati dunia perubatan tradisional, diselitkan juga dengan ilmu pemakanan - Ustaz Mahyudin dari Anjung Hikmah

 3. Persilatan dan Siasah Perang – Untuk peminat silat, ilmu bela diri dan ilmu peperangan – Pak Hitam dari Hulubalang Melayu, Kuala Langat

4. Busana Tradisional  - Untuk peminat pakaian tradisional, sampan, tanjak – Peniup Serunai, aktivitis kumpulan Keris Warisan

 5. Kebudayaan/Tarian/Seni Wayang – Untuk penggemar seni tarian, lakonan dan sebagainya – Datin Seri Sharifah Norazleenda @ Lynn, pelakon, pengacara

 6. Seni ukiran/Tulisan/Khat – Untuk penggemar seni ukiran, penulisan dan sepertinya – calon dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor atau dari Persatuan Pengukir Malaysia

 7. Kitab/Buku/Sastera – Untuk penggemar kitab dan sebagainya - Tun Suzana Othman, penulis buku “Ahlul Bait dan Raja-raja Melayu”

 8. Keagamaan  - Untuk mereka yang berkecimpung dalam bidang agama baik feqah mahupun tasawuf dan lain-lain - Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari Pertubuhan Kesedaran Melayu dan Islam (KEMUDI)

 9. Keluarga dan Salasilah – Untuk mereka yang meminati kajian salasilah - Megat Iskandat at-Terawis dari Persatuan Keturunan Megat Terawis

10. Ketamadunan dan Kerajaan  - Untuk mereka yang meminati hal-hal melibatkan kerajaan-kerajaan terutama di Alam Melayu dari zaman purba hingga sekarang – Puan Zaharah Sulaiman dari Ikatan Arkeologi Malaysia


No comments:

Post a Comment