Salam. Adapun sepanjang HIKMAH VII berlangsung 30 Nov pihak saya ada mengambil rakaman video. Malangnya hampir semuanya rosak akibat masalah memory card. Dari 3.12 GB rakaman HD (High Definition) yang dapat dibuat (ada ketika video tersangkut ketika rakaman) cuma 1 minit sahaja satu pembentangan dapat dibaca. Nasib baik ada peserta membuat rakaman menggunakan kamera lalu sudi menghantarnya kepada saya. Walaupun sebahagian acara sahaja dirakamnya ia sudah cukup untuk menunjukkan bahagian-bahagian penting majlis. Kita kongsikan apa yang dapat.
Tiada rakaman sesi pembukaan dikongsikan kerana masalah yang melanda. Namun feel atau rasanya boleh didapati dari video ini yang menggunakan montaj gambar-gambar dari artikel HIKMAH VII di Melaka - Satu pembukaan.
Sesi pembentangan pula memakan jumlah masa lebih 2 jam. Tetapi gabungan rakaman yang dapat dikongsikan cuma 7 minit lebih. Harap ia dapat memberi kefahaman. Sila rujuk silang dengan artikel HIKMAH VII di Melaka - Dari DNA Melayu ke Ahlul Bait dan hukum-hakam.
Nasib baik rakaman hampir penuh taklimat sesi berkumpulan diterima dari peserta. Memakan masa 35 minit ia menunjukkan sutradara Mamat Khalid bercerita tentang harapannya mahu mengarah filem epik "Darah Melayu" disusuli penerangan tambahan. Kemudian bermulalah sesi berkumpulan atau bengkel yang mahu digunakan untuk mencari pengisian filem. Sesi itu sendiri tidak dirakam namun boleh dirujuk melalui penceritaan pada artikel HIKMAH VII di Melaka - Darah Melayu pun mula menggelegak
.
Sedikit dari banyak persembahan kebudayaan yang berlaku boleh dilihat pada klip video ini. Selamat menonton... :]
Oh. Baru teringat. Untuk HIKMAH VII saya ada menyediakan ruang sepanjang 3 jam untuk seorang pengkaji, Puan Zaharah Sulaiman dari Ikatan Arkeologi Malaysia bercerita panjang lebar tentang kajian beliau mengenai asal-usul Melayu berdasarkan DNA. Namun malam sebelum acara saya dapat berita beliau masuk hospital lalu tidak dapat datang. Sebagai ganti diri saya disarankan menayangkan video menunjukkan satu pembentangan penuh yang pernah dibuat beliau.Video itu diletakkan di Youtube oleh seorang rakan tapi saya tahu semasa acara nanti saya tiada akses ke Internet.
Kawan itupun meletakkan ia ke dalam e-mail agar saya boleh memuat-turun dari mana-mana tempat yang ada Internet lalu disimpan ke dalam komputer. Tapi saiz fail pula agar besar sedangkan saya sedang sibuk bersiap untuk acara lalu tiada masa untuk menunggu muat-turun lama. Acara pun diteruskan dengan rombakan giliran pembentangan, setelah saya memberi sedikit kata-kata tentang pembentangan Zaharah. Sekarang di blogspot harus tidak ada sekatan untuk menonton video tersebut sepanjang 2 setengah jam...
No comments:
Post a Comment