Salam semua. Selamat tahun baru 2015. Merujuk pada artikel Dari Lembah Bujang ke Beruas ke Seri Menanti - 3 acara terawal HIKMAH untuk tahun 2015 yang ditulis sebulan lalu. Sebetulnya saya belum bersedia untuk berkongsi perkembangan terbaru tentang apa-apa acara HIKMAH yang mahu dijalankan tahun baru. Ini kerana ada beberapa hal mahu dilepaskan dahulu daripada dada sebelum terasa cukup lapang untuk berkongsi. Tetapi disebabkan pihak di Kedah telah mengambil inisiatif memaparkan jemputan ke acara ke-12 HIKMAH di Lembah Bujang saya rasa biar dibuat perkongsian kecil ini.
Ini adalah gambar luar rumah persendirian di Lembah Bujang yang akan dijadikan tempat acara pada hari Sabtu 17 Januari nanti.
Di dalamnya ada dewan yang boleh menampung 100 orang hadirin untuk sesi pembentangan. Ditambah ruangan lain termasuk di halaman rumah, lebih 300 orang boleh menghadiri majlis.
Gambar-gambar ini telah saya terima sebulan lalu, apabila pihak yang menawarkan tempat mahu menunjukkan mereka memiliki ruangan yang cukup luas dan sesuai untuk mengadakan acara. Saya sendiri telah datang melihatnya beberapa hari lalu. Tetapi saya fikir cuma akan berkongsi tentangnya apabila siap siri penceritaan berkaitan di blogspot CATATAN SI MERAH SILU, siri yang baru dibuka sejam lebih tadi. Lihat Ke utara menutup kalendar 2014 - Ke Kedah setelah 4 tahun....
.
Cuma kemudian saya menyedari sejak 11 jam lepas pihak tuan rumah sudah mewar-warkan poster jemputan yang mereka nukilkan sendiri di Facebook. Itu yang terasa harus membuat artikel ini. Lain-lain butiran termasuk acara susulan turun padang Ahad 18 Januari akan dikongsikan nanti ya. Cukuplah ini mengambil keberkatan bermulanya tahun baru 2015 hari ini.
No comments:
Post a Comment