Wednesday, February 11, 2015

HIKMAH Beruas ditunda ke 6 Jun menjadi acara ke-15 dan terakhir, HIKMAH Seri Menanti ganti menjadi acara ke-13



Gunung Tunggal di selatan Pantai Remis. Entah kenapa sejak dahulu saya merasakan di situlah letaknya pusat kerajaan Gangga Negara semasa Raja Suran menyerang, Ada pula memberitahu Sultan Malikul Mansur yang membuka kerajaan Beruas pernah bersemayam di atas sana...



Salam semua. Pada artikel Bersedia untuk acara ke-13 HIKMAH di Beruas - Jejak Batu Bersurat Piramid seminggu lalu, saya menyebut akan menghadiri satu mesyuarat berkenaan penganjuran HIKMAH di Beruas. Alhamdulillah, saya telah pergi ke Perak hujung minggu lepas lalu mesyuarat selamat diadakan. Lihat artikel Misi HIKMAH Beruas - Faktor Tok Sego Aceh dan Misi HIKMAH Beruas - Jejak Malikul Mansur di blogspot CATATAN SI MERAH SILU.

Cuma harus diberitahu, atas permintaan penganjur tempatan, acara yang asalnya mahu diadakan pada 21 Februari, 10 hari sahaja daripada sekarang, 2 minggu selepas mesyuarat ditunda ke 6 Jun iaitu 4 bulan lagi. Di sini biar dicopy and paste apa yang dikongsikan di Facebook 4 hari lalu...


----------------------------
.

HIKMAH BERUAS DITUNDA KE 6 JUN LALU DIJADIKAN PENUTUP KALENDAR 2015, BUKAN LAGI PAHANG...

Salam. Siang tadi saya telah bermesyuarat dengan beberapa orang penting di Beruas tentang penganjuran acara ke-13 HIKMAH di sana yang dijadualkan mahu diadakan Sabtu 21 Februari. Setelah meneliti keperluan logistik terutama hasrat orang Beruas untuk menjadikan ia acara yang jauh lebih meriah daripada apa yang saya sendiri fikirkan, kami membuat keputusan untuk menganjakkan acara ke 6 Jun 2015. Sebetulnya pihak Beruas meminta saya menganjakkan ke bulan April sedangkan HIKMAH Seri Menanti di Negeri Sembilan telah pun mengisi jadual bulan itu. Pada bulan Mei pula telah ditetapkan HIKMAH akan bertandang ke Chenor, Pahang. Maka satu tarikh selepas itu, sebelum masuk bulan puasa harus difikirkan.

Setelah diteliti kalendar, didapati Sabtu 6 Jun adalah paling sesuai kerana ketika itu cuti Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong. Selain itu sekolah2 sedang bercuti sedangkan hari Nisfu Syaaban jatuh sekitar itu, jadi boleh dibuat sambutan Nisfu Syaaban sekali. Pihak Beruas juga meminta agar acara diadakan selama 4 hari, Khamis 4 Jun hingga Ahad 7 Jun. Jawab saya mereka boleh meneruskan tetapi saya sendiri akan menumpukan pada 6 Jun sebagai tarikh acara utama yang mana ada pelancaran dan pembentangan ilmu seperti kebiasaan pada setiap acara HIKMAH diikuti lawatan lapangan ke tempat2 bersejarah di Beruas terutama untuk mencari batu bersurat 7 Jun.

Dengan ini diumumkan bahawa HIKMAH Seri Menanti menjadi acara ke-13 HIKMAH, bukan lagi ke-14. HIKMAH Chenor di Pahang pula mengantikannya menjadi acara ke-14. Sebelum ini saya pernah menyebut HIKMAH di Pahang adalah acara ke-15 dan ia akan menutup kalendar aktiviti HIKMAH, sekurang2nya untuk tahun 2015. Sebaliknya HIKMAH Beruas yang kini telah menggantikannya menjadi acara ke-15 bertukar menjadi penutup.

Saya kira sesuailah ini kerana ia mahu diadakan kurang 2 minggu sebelum bulan puasa Ramadhan. Dengan ini saya pun tidak perlu terkejar2 mahu menjayakan acara di Beruas mengikut jadual asal 21 Februari iaitu 2 minggu lagi daripada sekarang. Selain itu ada lebih masa untuk berehat sebelum acara HIKMAH selepas ini iaitu di Seri Menanti dijadualkan berlangsung 4 April. Harap maklum. Minta ampun dan maaf jika perubahan ini ada menganggu rancangan perjalanan kawan2. Wassalam






Perubahan tarikh dan aturan acara ini telah diperbaharui pada FB page HIKMAH. Sila masuk sini untuk melihat paparan seperti di atas. Walaupun penumpuan kini harus diberikan kepada acara di Seri Menanti sebagai acara HIKMAH seterusnya, saya cuma akan bercakap lagi tentangnya seminggu dua kemudian. Ada panggilan leluhur daripada tanah seberang yang perlu disahut dalam masa terdekat.

Oh, lupa pula hendak beritahu, HIKMAH Seri Menanti yang dahulu dijadualkan mahu diadakan 28 Mac telah ditunda ke 4 April. Biar dikongsikan pengumuman berkenaan di FB, setelah mendapat kepastian tentang tarikh baru semalam...


-------------------


ACARA KE-13 HIKMAH DI SERI MENANTI SET 4 APRIL 2015

Salam semua. Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh 4 April untuk HIKMAH di Seri Menanti, Negeri Sembilan telah dapat ditetapkan hari ini. Rasanya ramai sudah sedia maklum ia kini menjadi acara ke-13 HIKMAH, setelah HIKMAH Beruas yang asalnya mahu dibuat 21 Februari dianjakkan ke 6 Jun. Maka itu penumpuan bolehlah dibuat sepenuhnya untuk Seri Menanti, setelah acara ke-12 HIKMAH selamat diadakan di Lembah Bujang 17-18 Januari lalu. Sesiapa yang mahu mengatur rancangan perjalanan, mengambil cuti, membeli tiket kapal terbang dan sebagainya bolehlah berbuat begitu sekarang.

Sempena kepastian tarikh ini saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengumumkan bahawa lokasi tepat HIKMAH Seri Menanti ini adalah di Ladang Alam Warisan yang terletak di Kampung Tengah, 3.5 km ke timur-laut bandar diraja Seri Menanti. Dimaklumkan bahawa semua peserta boleh menginap di ladang kerana ia memiliki kawasan yang cukup luas untuk berkhemah, atau tidur beramai2 dalam beberapa rumah tradisional juga pondok yang terdapat di sana. Seeloknya bawa toto, selimut dan sleeping bag sendiri. Dimaklumkan juga bahawa acara dicadangkan mahu diadakan daripada Jumaat 3 April hingga Ahad 5 April di mana dijangka lebih 100 orang pelajar universiti akan turut serta untuk meningkatkan jati diri Melayu mereka.

Pihak saya sendiri lebih menumpukan pada pengisian ilmu pada siang Sabtu 4 April. Pengisian hari Jumaat dan Ahad terpulanglah pada pemilik Ladang Alam Warisan dan pihak penganjur tempatan, kalau diberi ilham nanti insyaallah saya akan bantu mengisi mana yang patut. Sekian, harap maklum.



Wednesday, February 4, 2015

Bersedia untuk acara ke-13 HIKMAH di Beruas - Jejak Batu Bersurat Piramid


Salam semua. Ketika ini tinggal tak sampai 17 hari sahaja lagi sebelum acara ke-13 HIKMAH dijadualkan berlangsung di Beruas, Perak Sabtu 21 Februari 2015. Hujung minggu ini insyaallah saya akan bermesyuarat bersama sejumlah warga tempatan sana untuk membincangkan cara terbaik perlaksanaan acara. Selepas itu akan dikongsikan perkembangan dan butiran lanjut, pengisian tepat dan sebagainya.

Buat masa ini saya mahu mengingatkan kembali tujuan asal acara mahu dibuat di Beruas adalah untuk menjejak batu bersurat yang katanya boleh membuktikan Islam sudah sampai ke sana seawal 1,000 tahun lalu. Lihat artikel Mencari Batu Bersurat Beruas - Misi untuk acara ke-13 HIKMAH nanti? yang ditulis lebih 2 bulan lalu. Usaha ini adalah untuk menyambung kembali pencarian yang pernah dibuat beberapa pihak 24 tahun lalu. Sila rujuk artikel-artikel berikut untuk memahami turutan peristiwa dan apa yang telah berlaku...