Tuesday, March 31, 2015

HIKMAH Seri Menanti - Bersedia untuk membuka laluan lama

Cantik tarikh hari ini - 31 Mac 2015 = 31/3. Sekarang tinggal 4 hari sahaja sebelum acara ke-13 HIKMAH berlangsung di Seri Menanti. Biar saya berceloteh sedikit...



Dua hari lalu saya telah membuat reka bentuk latar belakang atau backdrop untuk acara. Gambar yang digunakan adalah satu peta lama menunjukkan Semenanjung Tanah Melayu seperti terpotong pada satu bahagian di selatan. Untuk pengetahuan inilah Laluan Lama yang dimaksudkan pada tajuk besar acara. Untuk huraian lanjut sila rujuk artikel lama Kembara terbaru ke Pantai Timur... Sesi dibuka dengan menyusuri Jalan Penarikan di Negeri Sembilan! dan Sambungan cerita "Menyusuri Jalan Penarikan di Negeri Sembilan!"... Menyusuri juga makna sebuah mimpi lebih 10 tahun lalu dan kehadiran hantu Siam? di blogspot CATATAN SI MERAH SILU.




Adapun acara mahu diadakan di satu tempat bernama Ladang Alam Warisan di Kampung Tengah, 3 km ke timur bandar diraja Seri Menanti.



Baru sehari dua ini saya tersedar bahawa peta yang diletakkan dalam Facebook Ladang Alam Warisan, peta yang dipautkan pada event page HIKMAH Seri Menanti di FB itu salah kerana merujuk pada satu tempat di Perlis sedangkan ia sepatutnya di Negeri Sembilan.



Apapun saya dah buat satu peta yang rasanya cukup tepat di atas. Bandar diraja Seri Menanti agak senang mahu dicari, tapi kalau tak tahu juga letaknya, boleh lihat 2 peta lebiha awal di atas. Untuk ke Ladang Alam Warisan ini lebih mudah masuk daripada simpang di Kampung Tanjung Ipoh...




ATUR CARA HIKMAH SERI MENANTI 4 APRIL SABTU INI


8.00 – 9.00 am : Kedatangan peserta dan sarapan pagi

9..00 - 10.00 : Pembukaan, ucapan alu-aluan dan sebagainya

10.00am - 12.30 pm : Pembentangan pagi :-

1. “Dinar Dirham vs Wang Kertas dan Penipuan Perbankan” oleh Amirul Haji Mohamad, jururunding utama Qiblah Consulting, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI

2.  “Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu” oleh Shamsul Yunos ,bekas wartawan Malay Mail

3. “Tipu Daya Dajjal dan Illuminati untuk Menakluki Dunia” oleh Mohd Khalid Yahya @ Muhammad Nurani Maarif, penulis buku “Membongkar Misteri Dajjal”, pengerusi AKAR (Akademi Kajian Rumpun Nusantara)

12.30 – 2.00 pm : Rehat, solat dan makan tengah hari

2.00 – 4.30 pm : Pembentang petang :-

1. “Teknologi Melayu lama : Bukti Bangsa yang Berkebolehan” oleh Hasan Yusof, pegawai penyelidik Mahkamah Syariah Melaka

2.  “Negeri Sembilan sepintas lalu : Dari Melaka ke Seri Menanti” oleh Aziz Hj Mohd Gorip, Kurator, Lembaga Muzium Negeri Sembilan

3. “Jalan Penarikan : Membuka Laluan Lama” oleh Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH, penulis siri buku “Berpetualang ke Aceh”

4.30 - 5.15pm : Rehat Asar dan minum petang

5.15 - 6pm : Sesi berkumpulan - Mengisi "Daulah Melayu". Sesi akan dimulakan dengan sedikit pengenalan oleh pihak penerbit dokumentari.



Di atas pula adalah atur cara majlis. Untuk pengetahuan HIKMAH kali ini diadakan secara bertindan dengan satu acara belia yang berlangsung Jumaat hingga Ahad. Lihat atur cara mereka di sini - Mengangkat Daulah Melayu pada HIKMAH Seri Menanti 4 April ini. Dengan itu peserta HIKMAH juga boleh datang menghadiri acara tersebut. Seperti biasa tapak perniagaan percuma disediakan untuk sesiapa pun datang berniaga. Lebih istimewa semua boleh datang bermalam tapi bawalah khemah atau sleeping bag sendiri ya.


Sunday, March 22, 2015

Mengangkat Daulah Melayu pada HIKMAH Seri Menanti 4 April ini


Sesi berkumpulan semasa acara ke-7 HIKMAH di Perkampungan Hang Tuah, Melaka 27 November2013. Ketika itu peserta diminta memberikan maklum balas untuk mengisi cadangan sebuah filem yang diharapkan dapat mengangkat kedaulatan Melayu dan Islam.


Salam semua wahai para pembaca sekalian, sahabat-sahabat HIKMAH yang dimuliakan. Setelah beberapa lama baru saya dapat membuat satu artikel baru yang terasa cukup mantap di blogspot ini. Dan setelah beberapa lama baru ada perkembangan cukup signifikan tentang acara ke-13 HIKMAH yang akan berlangsung di Ladang Alam Warisan, Seri Menanti, Negeri Sembilan 4 April 2015 iaitu 2 minggu lagi. Perkembangan ini muncul baru petang tadi...

Saya telah menghadiri satu forum tentang kedaulatan Melayu dan Islam di Shah Alam lalu mengambil peluang untuk mengadakan 2 mesyuarat sekali. Ternyata ini satu gerak yang penuh hikmah. Beberapa perkara dapat diselesaikan sambil memberikan nafas baru pada rancangan akan datang. Sebelum itu biar diberitahu bahawa selama ini saya jarang menceritakan perkembangan terbaru kerana sibuk dengan beberapa perkara. Antaranya ialah saya telah ditarik untuk terlibat dalam satu projek dokumentari. Sambil itu saya dipelawa satu syarikat penerbitan untuk menulis buku dengan mereka dan mereka berminat untuk memulakan kerjasama dengan menerbitkan kembali siri trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" yang saya terbitkan 2006-2007 tetapi diberi rupa dan nafas baru.

Sambil itu saya juga harus mengatur 3 acara HIKMAH akan datang iaitu acara ke-13 di Seri Menanti, acara ke-14 di Chenor, Pahang (2 Mei) dan acara ke-15 Beruas, Perak (6 Jun). Sambil itu juga ada pihak menunggu saya menulis 2 buah artikel yang agak intelektual untuk satu majalah sastera. Agak sesak juga rasa kebelakangan ini bagaimana mahu menangani segala komitmen tersebut sambil membahagikan masa untuk keluarga, rehat dan perkara lain. Tak sangka cara penyelesaiannya dapat petang tadi.

Adapun forum yang berlangsung di Shah Alam itu menyaksikan seorang rakan yang terlibat sama dalam projek dokumentari membentang,  Alang-alang beliau berada di situ maka selepas forum tamat diadakanlah mesyuarat mingguan bersama penerbit, diwakili pengarah dan penulis skrip. Ketika itulah baru saya dapa tahu aturan terbaru perjalanan yang perlu dibuat untuk dokumentari. Sebelum ini saya harus bersedia untuk berada di London, Leiden dan Lisbon pertengahan April kemudian mengelilingi Semenanjung sehingga masuk Thailand ke Songkhla menaiki kereta pertengahan Mei, 

Kalau ikut rancangan lama saya harus bersedia untuk berkelana 2 minggu di Eropah sebaik sahaja tamat HIKMAH Seri Menanti, entah bagaimana dan bila pula dapat bersiap untuk HIKMAH Chenor. Begitu juga halnya, selepas Chenor kena buat perjalanan 2 minggu lagi pusing Semenanjung dan sedikit Thailand, entah bagaimana hendak bersiap untuk HIKMAH Beruas. Bagaimana pula hendak menyiapkan penulisan buku, bukan satu tapi 8 tajuk yang diharapkan dapat disiapkan teks dalam tempoh beberapa bulan ini...

Tengok-tengok perjalanan London, Leiden dan Lisbon ditunda ke bulan September, perjalanan pusing Semenanjung-Thailand ke hujung Jun. Alangkah leganya saya kerana perjalanan ditunda hingga selepas selesai 3 acara HIKMAH akan datang (saya sudah mengumumkan selepas itu mahu berehat lama untuk menumpukan pada penulisan buku). Dan saya juga lega kerana perjalanan untuk dokumentari itu tak clash atau bertindan dengan rancangan untuk melawat Pontianak, Mempawah dan Sambas bersama beberapa orang rakan sebaik sahaja tamat HIKMAH Beruas. Malah nampaknya ada ruang masa rehat yang cukup sebelum berlepas ke Eropah.

Disebabkan forum di Shah Alam ini jugalah saya dapat mengadakan mesyuarat dengan wakil kumpulan yang akan bersama menjayakan HIKMAH Seri Menanti. Mereka adalah 2 orang anak muda ahli GPMS (Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung) UiTM (Universiti Teknologi Shah Alam) yang memang menetap di sekitar bandar itu. Mereka sampai ketika saya sedang makan tengah hari bersama pengarah, penulis skrip dokumentari, isteri saya dan seorang rakan. Saya terus mengajak mereka duduk sama lalu membincangkan perkembangan persediaan untuk majlis di Seri Menanti tanpa menyembunyikannya daripada orang lain.

Mereka menyuakan program tentatif lalu saya dapati ada 'terlajak' masa kerana menyebut saya akan membentang kertas kerja bertajuk  “Jalan Penarikan : Membuka Laluan Lama”  jam 4.30 hingga 6.30 petang. Sedangkan dalam rancangan saya kertas kerja itu bersama dua lagi kertas kerja sesi pembentangan petang harus berjaya diselesaikan paling lewat 4.30 petang. Nampaknya salah faham ini muncul kerana saya terlupa untuk mengumumkan waktu pembentangan ketika mengumumkan senarai tajuk pembentang seperti dikongsikan pada artikel Pembentangan untuk HIKMAH Seri Menanti 2 minggu lalu.

Saya pun memberitahu itu kemudian menambah bahawa selepas rehat Asar iaitu jam 5 petang saya mahu membuat sesi kumpulan seperti kebiasaan pada majlis kami. Ini adalah sesi di mana peserta HIKMAH boleh memilih satu antara 10 kumpulan menurut minat, Persilatan, Perkerisan dan sebagainya. Satu tajuk akan dipilih untuk dibincangkan dan setiap kumpulan diminta untuk memberikan maklum balas berguna, dipandu seorang moderator yang cukup ahli dalam bidang.



MAKA MASUKLAH DAULAH MELAYU KE DALAM HIKMAH SERI MENANTI...


Ketika menerangkan tentang sesi berkumpulan saya belum ada ilham apa tajuk yang hendak dibincangkan. Kebetulan sebelum 2 anak muda GPMS UiTM itu sampai saya ada mengajak pengarah datang ke HIKMAH Seri Menanti. Beliau menjawab sudah lama merancang mahu datang. Saya pun menambah kalau begitu elok dibawa sekali kamera profesyional produksi untuk merakamkan apa yang patut. Bukan selalu ada peluang untuk merakamkan acara di mana ramai akan datang berbusana penuh tradisional Melayu apalagi kami memang memerlukan footage sebegini untuk mengisi dokumentari.

Selain itu saya mencadangkan agar pengarah datang ke satu majlis lain yang turut mengenengahkan pakaian sebegitu selain ramai orang bersilat iaitu di Melaka 17-18 April. Ini diikuti satu majlis serupa di Kuantan 2-3 Mei, kedua-duanya dilaksanakan oleh rakan-rakan aktivis saya. Selepas menerangkan tentang sesi berkumpulan kepada 2 anak muda GPMS baru timbul ilham - apa kata sesi digunakan untuk mendapatkan maklum balas berguna untuk memantapkan lagi  dokumentari? Walaupun kami sudah ada rangka kerja apa yang mahu diisi, apa salahnya melihat maklum balas orang ramai, apa yang mereka harap atau mahu lihat dalam dokumentari yang bertujuan mahu mendaulatkan Melayu dan Islam itu?

Ini sedikit sebanyak mengulangi apa yang pernah berlaku pada acara ke-7 HIKMAH lebih setahun lalu. Lihat HIKMAH VII di Melaka - Darah Melayu pun mula menggelegak. Bezanya kali ini kami sudah ada sokongan dana yang cukup besar untuk melaksanakan perkara. Dengan ini bolehlah diberitahu bahawa dokumentari kami itu bernama "Daulah Melayu". Ia akan mengandungi 13 episode sepanjang 1 jam setiap satu meliputi segala macam hal daripada asal usul Melayu zaman Sundaland (ketika Asia Tenggara masih sebuah tanah besar, Laut Cina Selatan masih daratan lebih 8,000 tahun lalu) membawa kepada apa yang perlu untuk membangkitkan Melayu dan Islam akhir zaman.

Di bawah biar dikongsikan update yang dibuat di Facebook 2 jam lalu. Selepas itu baru diletakkan atur cara yang sepatutnya untuk HIKMAH Seri Menanti hari Sabtu..


--------------------


MENJALANKAN HIKMAH SERI MENANTI BERSAMA GPMS UITM

Salam semua. Ada banyak perkembangan baru mahu dikongsikan tentang HIKMAH Seri Menanti yang akan berlangsung di Ladang Alam Warisan 4 April 2015 iaitu 2 minggu sahaja lagi. Sebelum ini saya tidak banyak bercakap tentangnya kerana sibuk dengan komitmen lain terutama satu projek dokumentari. Tetapi sebaik sahaja mendapat tahu perkembangan terbaru tentang jadual perjalanan projek, perkembangan yang sangat melegakan daripada segi aturan masa, saya mendapat nafas baru untuk menangani acara ke-13 HIKMAH itu.

Sebaiknya perkembangan-perkembangan ini dikongsikan dalam blogspot HIKMAH. Namun untuk membuka aliran penulisan yang baik bagi saya biar dikongsikan terdahulu atur cara tentatif yang disediakan pihak GPMS UiTM. Biar diberitahu program HIKMAH di Seri Menanti ini sebenarnya terbit atas jemputan mereka juga tuan punya ladang iaitu saudara Akmal @ Bendahara Alam Warisan. Ini kerana mereka meminta HIKMAH untuk mengisi satu program belia mereka.

Jadilah HIKMAH Seri Menanti bertindan dengan program yang mereka panggil "Konvensyen Anak Melayu 2015". Untuk itu sekitar 130 orang pelajar UiTM akan hadir bermula Jumaat malam Sabtu membawa ke hari Ahad. Ramai lagi iaitu hadirin bukan daripada UiTM dijangka hadir untuk program utama hari Sabtu. Saya bagi pihak HIKMAH sendiri memilih untuk menumpukan pengaturan pada hari itu sahaja. Tetapi kami juga secara tidak langsung terlibat untuk atur cara hari Jumaat juga hari Ahad.

Dengan itu kawan2 atau hadirin HIKMAH boleh turut bersama Jumaat hingga Ahad jika mahu. Anda boleh membawa khemah sendiri untuk bermalam di ladang yang cukup segala keperluan asas atau basic amenities untuk penginapan yang cukup selesa. Atur cara tentatif yang mereka tunjukkan kepada saya petang tadi sudah cukup elok buat masa ini. Cuma ada aturan masa hari Sabtu yang perlu diperbetulkan juga kemunculan satu faktor baru yang akan saya umumkan kemudian. Di sini saya kongsikan apa yang mereka telah suakan tanpa apa2 perubahan ya. Oh, gambar yang digunakan diambil daripada FB wakil GPMS UiTM...

Ringkasan Tentatif Program

Jumaat ( 3 April 2015 )

Masa

4.00 – 6.00 pm : Pendaftaran urusetia dan peserta di Kolej Seroja

6.00 – 8.30 pm : Peserta dan Urusetia bertolak dari Shah Alam ke Ladang Alam Warisan

8.30 – 9.00 pm : Tiba di Ladang Alam Warisan dan persiapan diri

9.00 – 11.00 pm : Slot 1: Tayangan Perdana “Queen Of Langkasuka”

11.00 pm : Minum malam dan berehat


Sabtu ( 4 April 2015)

Masa

8.00 – 8.30 am : Sarapan pagi

8.30 – 9.30 am : Slot 2: “Dinar Dirham vs Wang Kertas dan Penipuan Perbankan” oleh Amirul Haji Mohamad, jururunding utama Qiblah Consulting, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI

9.30 – 11.00 am : Slot 3: “Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu” oleh Shamsul Yunos ,bekas wartawan Malay Mail

11.00 – 12.00 pm : Slot 4: “Tipu Daya Dajjal dan Illuminati untuk Menakluki Dunia” oleh Mohd Khalid Yahya @ Muhammad Nurani Maarif, penulis buku “Membongkar Misteri Dajjal”, pengerusi AKAR (Akademi Kajian Rumpun Nusantara)

1.00 – 2.00 pm : Rehat, solat dan makan tengah hari

2.00 – 3.00 pm : Slot 5: “Teknologi Melayu lama : Bukti Bangsa yang Berkebolehan” oleh Hasan Yusof, pegawai penyelidik Mahkamah Syariah Melaka

3.00 – 4.30 pm : Slot 6: “Negeri Sembilan sepintas lalu : Dari Melaka ke Seri Menanti” oleh Aziz Hj Mohd Gorip, Kurator, Lembaga Muzium Negeri Sembilan

4.30 – 6.30 pm : Slot 7: “Jalan Penarikan : Membuka Laluan Lama” oleh Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH, penulis siri buku “Berpetualang ke Aceh”

6.30 – 8.30 pm : Rehat, persiapan diri, solat dan makan malam

8.30 – 10.00 pm : Slot 8: ”Benua Sunda yang Hilang dan Tanah Melayu yang Diberkati” oleh Radzi Sapiee penulis trilogi novel ”Bertualang ke Aceh”

10.00 – 11.30 am : Tayangan Perdana ”Selempang Kuning”

11.30 am : Minum malam dan berehat

Ahad ( 5 April 2015 )

Masa

8.00 – 8.30 am : Sarapan pagi

8.30 – 10.30 am : Slot 9: “ Latihan Memanah Tradisional dan Berkuda ”

10.30 – 11.00 am : Rehat dan minum pagi

11.00 – 1.00 pm : Slot 10: “ Kelebihan sunnah Memanah dan Berkuda” oleh Tuan Muhamad Akmal bin Mohamad Dahalan ( Pemilik Ladang Alam Warisan )

1.00 pm : Makan tengah hari dan pulang ke Shah Alam



-------------------


ATUR CARA HIKMAH SERI MENANTI YANG SEPATUTNYA


Atur cara di atas dibuat untuk mengutamakan peserta daripada UiTM. Sebab itu slot-slot pengisian dimulakan daripada Jumaat malam Sabtu hingga tengah hari Ahad sedangkan HIKMAH sendiri menumpukan pada pengisian hari Sabtu 4 April. Oleh itu atur cara tentatif hari tesebut haruslah begini :-


8.00 – 9.00 am : Kedatangan peserta dan sarapan pagi

9..00 - 10.00 : Pembukaan, ucapan alu-aluan dan sebagainya

10.00am - 12.30 pm : Pembentangan pagi :-

1. “Dinar Dirham vs Wang Kertas dan Penipuan Perbankan” oleh Amirul Haji Mohamad, jururunding utama Qiblah Consulting, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI

2.  “Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu” oleh Shamsul Yunos ,bekas wartawan Malay Mail

3. “Tipu Daya Dajjal dan Illuminati untuk Menakluki Dunia” oleh Mohd Khalid Yahya @ Muhammad Nurani Maarif, penulis buku “Membongkar Misteri Dajjal”, pengerusi AKAR (Akademi Kajian Rumpun Nusantara)

12.30 – 2.00 pm : Rehat, solat dan makan tengah hari

2.00 – 4.30 pm : Pembentang petang :-

1. “Teknologi Melayu lama : Bukti Bangsa yang Berkebolehan” oleh Hasan Yusof, pegawai penyelidik Mahkamah Syariah Melaka

2.  “Negeri Sembilan sepintas lalu : Dari Melaka ke Seri Menanti” oleh Aziz Hj Mohd Gorip, Kurator, Lembaga Muzium Negeri Sembilan

3. “Jalan Penarikan : Membuka Laluan Lama” oleh Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH, penulis siri buku “Berpetualang ke Aceh”

4.30 - 5.15pm : Rehat Asar dan minum petang

5.15 - 6pm : Sesi berkumpulan - Mengisi "Daulah Melayu". Sesi akan dimulakan dengan sedikit pengenalan oleh pihak penerbit dokumentari.


Dengan ini diumumkan bahawa setiap pembentang diberi masa 40 minit untuk berkongsi ilmu, bukan 30 seperti disebut sebelum ini. Setiap sesi telah dipanjangkan daripada 2 jam ke 2 jam setengah. Baki masa selepas pembentangan adalah untuk soal jawab. Selamat malam.




Sunday, March 8, 2015

Pembentangan untuk HIKMAH Seri Menanti



Pada artikel HIKMAH Beruas ditunda ke 6 Jun menjadi acara ke-15 dan terakhir, HIKMAH Seri Menanti ganti menjadi acara ke-13 yang dibuat sejak hampir sebulan lalu telah diumumkan bahawa Ladang Alam Warisan di Seri Menanti, Negeri Sembilan menjadi lokasi acara HIKMAH seterusnya, selepas Lembah Bujang 17-18 Jan. Turut diberitahu tariknya telah ditetapkan ke 4 April 2015. Selepas itu tiada lagi apa-apa berita baru di blogspot ini.

Sebetulnya saya telah disibukkan dengan banyak perkara melibatkan penulisan sejarah Melayu dan Islam. Namun saya tetap tidak lupa berusaha untuk menjayakan setiap acara HIKMAH akan datang terutama di Seri Menanti yang paling dekat, kurang sebulan daripada sekarang. Kalau ikutkan tiada begitu banyak berita untuk dikumpul mengisi satu artikel baru di sini. Tetapi memandangkan sudah hampir sebulan blogspot ini sepi biar disi dengan berita yang telah diumumkan di Facebook 5 hari lalu. Biar diulang siar senarai pembentangan untuk HIKMAH Seri Menanti... 



1.    Dinar Dirham vs Wang Kertas dan Penipuan Perbankan – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama Qiblah Consulting, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI

2.     Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail

3.    Tipu Daya Dajjal dan Illuminati untuk Menakluki Dunia - Mohd Khalid Yahya @ Muhammad Nurani Maarif, penulis buku “Membongkar Misteri Dajjal”, pengerusi AKAR (Akademi Kajian Rumpun Nusantara)

4.    Teknologi Melayu lama : Bukti Bangsa yang Berkebolehan - Hasan Yusof, pegawai penyelidik Mahkamah Syariah Melaka

5.    Negeri Sembilan sepintas lalu : Dari Melaka ke Seri Menanti - Aziz Hj Mohd Gorip, Kurator, Lembaga Muzium Negeri Sembilan

6.    Jalan Penarikan : Membuka Laluan Lama – Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH, penulis siri buku “Berpetualang ke Aceh”



Pembentangan akan dibahagikan kepada dua sesi sepanjang 2 jam setiap satu, pagi/tengah hari dan petang. Setiap pembentang diberi masa 30 minit. Selebihnya adalah untuk soal jawab. Aturan pembentangan yang diletakkan 1-6 itu adalah tentatif, boleh berubah mengikut keadaan. Buat masa ini boleh dikatakan 1-3 mengisi sesi pagi/tengah hari yang dijadualkan bermula paling lewat pun jam 11 pagi. Sesi petang harus bermula jam 2.30 tetapi semuanya cuma akan dipastikan apabila atur cara penuh dibentuk berdasarkan siapakah atau kumpulan manakah lagi akan terlibat memeriahkan acara nanti.  Dengan ini cukuplah pengumuman. Untuk makluman ini adalah artikel ke-181 di blogspot ini