Tuesday, March 31, 2015

HIKMAH Seri Menanti - Bersedia untuk membuka laluan lama

Cantik tarikh hari ini - 31 Mac 2015 = 31/3. Sekarang tinggal 4 hari sahaja sebelum acara ke-13 HIKMAH berlangsung di Seri Menanti. Biar saya berceloteh sedikit...



Dua hari lalu saya telah membuat reka bentuk latar belakang atau backdrop untuk acara. Gambar yang digunakan adalah satu peta lama menunjukkan Semenanjung Tanah Melayu seperti terpotong pada satu bahagian di selatan. Untuk pengetahuan inilah Laluan Lama yang dimaksudkan pada tajuk besar acara. Untuk huraian lanjut sila rujuk artikel lama Kembara terbaru ke Pantai Timur... Sesi dibuka dengan menyusuri Jalan Penarikan di Negeri Sembilan! dan Sambungan cerita "Menyusuri Jalan Penarikan di Negeri Sembilan!"... Menyusuri juga makna sebuah mimpi lebih 10 tahun lalu dan kehadiran hantu Siam? di blogspot CATATAN SI MERAH SILU.




Adapun acara mahu diadakan di satu tempat bernama Ladang Alam Warisan di Kampung Tengah, 3 km ke timur bandar diraja Seri Menanti.



Baru sehari dua ini saya tersedar bahawa peta yang diletakkan dalam Facebook Ladang Alam Warisan, peta yang dipautkan pada event page HIKMAH Seri Menanti di FB itu salah kerana merujuk pada satu tempat di Perlis sedangkan ia sepatutnya di Negeri Sembilan.



Apapun saya dah buat satu peta yang rasanya cukup tepat di atas. Bandar diraja Seri Menanti agak senang mahu dicari, tapi kalau tak tahu juga letaknya, boleh lihat 2 peta lebiha awal di atas. Untuk ke Ladang Alam Warisan ini lebih mudah masuk daripada simpang di Kampung Tanjung Ipoh...




ATUR CARA HIKMAH SERI MENANTI 4 APRIL SABTU INI


8.00 – 9.00 am : Kedatangan peserta dan sarapan pagi

9..00 - 10.00 : Pembukaan, ucapan alu-aluan dan sebagainya

10.00am - 12.30 pm : Pembentangan pagi :-

1. “Dinar Dirham vs Wang Kertas dan Penipuan Perbankan” oleh Amirul Haji Mohamad, jururunding utama Qiblah Consulting, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI

2.  “Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu” oleh Shamsul Yunos ,bekas wartawan Malay Mail

3. “Tipu Daya Dajjal dan Illuminati untuk Menakluki Dunia” oleh Mohd Khalid Yahya @ Muhammad Nurani Maarif, penulis buku “Membongkar Misteri Dajjal”, pengerusi AKAR (Akademi Kajian Rumpun Nusantara)

12.30 – 2.00 pm : Rehat, solat dan makan tengah hari

2.00 – 4.30 pm : Pembentang petang :-

1. “Teknologi Melayu lama : Bukti Bangsa yang Berkebolehan” oleh Hasan Yusof, pegawai penyelidik Mahkamah Syariah Melaka

2.  “Negeri Sembilan sepintas lalu : Dari Melaka ke Seri Menanti” oleh Aziz Hj Mohd Gorip, Kurator, Lembaga Muzium Negeri Sembilan

3. “Jalan Penarikan : Membuka Laluan Lama” oleh Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH, penulis siri buku “Berpetualang ke Aceh”

4.30 - 5.15pm : Rehat Asar dan minum petang

5.15 - 6pm : Sesi berkumpulan - Mengisi "Daulah Melayu". Sesi akan dimulakan dengan sedikit pengenalan oleh pihak penerbit dokumentari.



Di atas pula adalah atur cara majlis. Untuk pengetahuan HIKMAH kali ini diadakan secara bertindan dengan satu acara belia yang berlangsung Jumaat hingga Ahad. Lihat atur cara mereka di sini - Mengangkat Daulah Melayu pada HIKMAH Seri Menanti 4 April ini. Dengan itu peserta HIKMAH juga boleh datang menghadiri acara tersebut. Seperti biasa tapak perniagaan percuma disediakan untuk sesiapa pun datang berniaga. Lebih istimewa semua boleh datang bermalam tapi bawalah khemah atau sleeping bag sendiri ya.


No comments:

Post a Comment