Salam semua. Hari ini, tarikh yang cantik, 5 Mei 2015 atau 5/5/15 biarlah dikongsikan perkembangan terbaru tentang acara ke-14 HIKMAH di Chenor, Pahang yang akan berlangsung tinggal 4 hari sahaja daripada sekarang. Mula-mula biar ditunjukkan lokasi dengan terang...
Tak semua orang tahu di manakah letaknya Chenor di Pahang. Saya sendiri pun baru tahu penghujung tahun lepas, ketika menerima cadangan untuk mengadakan satu acara HIKMAH di sana. Dua minggu lalu pula baru pertama kali bertandang melihat tempat dan keadaan. Maka itu biar lokasi ditanda dengan jelas untuk kemudahan orang ramai. Lihat kotak oren dalam peta atas.
Zoom in. Ia terletak kira-kira 25 km daripada bandar Temerloh di baratnya dan 17 km daripada tol exit Jengka/Kampung Awah/Chenor Lebuh Raya Pantai Timur (berwarna oren) di barat laut.
Zoom in lagi. Lokasi acara iaitu Masjid Warisan Kampung Chenor adalah 5 km sahaja daripada jalan lama KL-Kuantan. Koordinat satelit atau GPS adalah 3°28'44.82"N 102°35'32.03"E. Cuma saya diberitahu jangan berharap sangat pada GPS bila dah dekat kawasan. Ini kerana liputan telefon kebanyakan line kurang bagus maka ditakuti signal akan terputus-putus. Sekarang sedikit perkembangan terkini tentang acara...
Pada artikel Mesyuarat di Chenor : Sedikit hasil muzakarah... yang dibuat hampir 2 minggu lalu, saya ada menyebut senarai pembentangan adalah begini :-
1. Mengenal Allah Melalui Agama Purba - Pelita Di Dalam Kaca (nama pena), bekas pensyarah Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis yang telah menulis beberapa buah buku
2. Lembah Bama Pusat Tamadun Melayu Silam - Dr Aminuddin Abdul Karim, seorang pakar ICT yang turut minat mengkaji sejarah
3. Dinar, Dirham dan Pertanian Fitrah - Ahmad Afifi Sulaiman, aktivis dan pengamal dinar dan dirham
4. Amalan Pejuang Pahang : Antara Silat dan Tasawuf – Pendita Azlan Ghanie, Presiden Persatuan Guru-guru Seni Beladiri Malaysia (MAGMA) dan pengasas Silat Lok 9
5. Sejarah Chenor Menurut Kaca Mata Istana Pahang - Dato Seri Wan Wahid, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang juga Orang Kaya Indera Pahlawan
6. Gendang Pahang : Semangat dan Gerak - seorang anak Pahang
Adapun pembentangan 1-4 itu sudah dipersetujui oleh mereka yang terlibat seawal sebulan lalu. 5-6 adalah cadangan yang muncul selepas mesyuarat di Chenor. Makluman terkini diperolehi daripada sana, perkara 6 sedia ada pembentang, cuma tak disebut siapa kerana ada beberapa orang nampaknya mampu memenuhi slot dan ini akan diatur oleh persatuan Warisan Chenor sebagai pihak penganjur tempatan. Cuma perkara 5 sahaja tak tentu kerana Dato Seri Wan Wahid memberitahu penglibatan beliau bergantung pada apa yang berlaku selepas Pilihan Raya Kecil Rompin 6 Mei iaitu esok.
Sambil itu saya diberitahu budayawan terkenal Pahang, Dato' Aripin Said yang sebelum ini pernah memberitahu tidak dapat ke Chenor kerana ada komitmen lain di Kuala Lumpur pada tarikh sama insyaallah dapat datang pula. Nampaknya komitmen lain itu dibatalkan dan beliau bercadang untuk balik ke kampungnya yang terletak tidak jauh daripada Chenor hari Jumaat. Maka itu kalau tiada aral lain melintang, beliau akan bersama kita untuk bercerita tentang sejarah berkaitan sepanjang aliran Sungai Pahang. Saya pula siap sedia untuk mengisi apa-apa kekosongan jika perlu. Kemungkinan besar tajuk yang dibawa adalah "Alam Melayu dan benua Atlantis Yang Hilang", tajuk yang pertama kali dipersembahkan di Pagoh setengah tahun lalu lalu turut dibentangkan dalam beberapa acara (bukan HIKMAH) kemudian. Lihat artikel-artikel lama berikut :-
p/s : Baru teringat nak sebut. Pihak penganjur tempatan juga akan mengusahakan agar ada gerai-gerai makanan dan minuman untuk menampung keperluan jika orang datang ramai terlebih jangkaan. Cuma kena bayar sendiri aje le ya...

Cuma kali ini ada perubahan berdasarkan satu penemuan yang dibuat 12 hari lalu. Lihat artikel Memperhalusi kira-kira masa sebenar berdasarkan beberapa maklumat baru di blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Penemuan ini memberikan implikasi yang besar tentang kerajaan apakah sebenarnya yang tenggelam akibat di Alam Melayu antara 14,500 tahun hingga 8,000 tahun lalu. Cukuplah disebut, pada pandangan dan pemahaman terbaru saya ia melibatkan Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis, bukan zaman Nabi Nuh,
Seterusnya tentang makan saya dimaklumkan bahawa pihak penganjur tempatan sudah sedia untuk menanggung sarapan, makan tengah hari dan minum petang untuk 100 orang dengan keutamaan diberikan kepada peserta dari luar. Dua buah homestay juga telah disediakan untuk kegunaan urusetia dan pembentang, letaknya tidak jauh dari Masjid Warisan Chenor. Seperti biasa sesiapa pun boleh datang menyertai majlis tanpa perlu membayar apa-apa waima mendaftar sekali pun asalkan ada rasa cinta terhadap Melayu dan Islam. Ruang perniagaan percuma pun disediakan dengan sesiapa sahaja boleh datang terus bukak gerai. Cuma saya tak pasti apakah akan cukup meja nanti, jadi lebih elok standby kerusi meja sendiri.
Saya rasa cukuplah dikongsikan sedikit perkembangan ini. Lain-lain perkara berfaedah insyaallah akan muncul dengan izin dan aturan Allah SWT seperti halnya pada setiap acara HIKMAH apa lagi majlis kali akan diadakan seminggu sebelum jatuh tarikh 27 Rejab, malam Israq dan Mikhraj. Amin... :]
Saya rasa cukuplah dikongsikan sedikit perkembangan ini. Lain-lain perkara berfaedah insyaallah akan muncul dengan izin dan aturan Allah SWT seperti halnya pada setiap acara HIKMAH apa lagi majlis kali akan diadakan seminggu sebelum jatuh tarikh 27 Rejab, malam Israq dan Mikhraj. Amin... :]
p/s : Baru teringat nak sebut. Pihak penganjur tempatan juga akan mengusahakan agar ada gerai-gerai makanan dan minuman untuk menampung keperluan jika orang datang ramai terlebih jangkaan. Cuma kena bayar sendiri aje le ya...
No comments:
Post a Comment