Isnin minggu lepas saya telah membuat artikel bertajuk HIKMAH Beruas ditunda - Pasir Salak jadi ganti sementara lalu menyebut HIKMAH akan terlibat dengan satu acara yang dipanggil WB River Fest. Alhamdulillah acara itu sudah selamat dilangsungkan di Pasir Salak Resort 29-31 Mei baru ini. Biar dikongsikan cerita ringkas.
Acara bermula sejak pagi Jumaat 29 Mei tetapi dirasmikan oleh mantan ketua polis negara, Tun Hanif Omar pada malam hari.
Penglibatan HIKMAH pula mula kelihatan Sabtu 30 Mei.
Petang itu saya menjadi salah seorang ahli panel bercerita tentang sejarah Perak. Turut bersama adalah saudara Megat Terawis yang sudah beberapa kali menjadi moderator Keluarga dan Salasilah pada sesi berkumpulan acara HIKMAH. Kami membentang bersama Tun Hanif.
Hari ketiga dan terakhir, Ahad 30 Mei menjadi kenangan manis buat kami para aktivis kebudayaan dan kedaulatan Melayu apabila Raja Muda Perak, Raja Jaafar ibni almarhum Raja Muda Musa yang menjadi tetamu VVIP sudi meluangkan masa di gerai tempat HIKMAH bertapak sepanjang acara...
Begitu juga Tun Hanif...
Turut bersama adalah mantan Menteri Besar Perak, Tan Sri Ngah Talib. Beliau malah sempat mengajak kami bertandang ke rumah warisan keluarganya yang terletak berdekatan resort. Untuk pengetahuan Ngah Talib adalah pemegang jawatan turun temurun Dato' Sri Agar Diraja. Inilah jawatan bangsawan istana yang dikenali dengan panggilan popular Tok Sagor...
Kami pun memenuhi undangan bertandang ke rumah beliau. Kelihatan Raja Muda turut ada apabila kami sampai...
Selepas baginda meninggalkan majlis baru kami masuk ke dalam rumah. Apa yang berlaku telah diperincikan dalam blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Lihat artikel-artikel berikut :-
No comments:
Post a Comment