Friday, March 25, 2016

Video-video sekitar HIKMAH Janda Baik

Allah! Saya baru sahaja selesai menyiapkan Bab 9 merangkap penutup bagi buku baru. Selepas ini bolehlah disemak keseluruhan buku sebelum diserahkan kepada penerbit. Atas kegembiraan ini biar dikongsikan video-video sekitar HIKMAH Janda Baik. Untuk pengetahuan ini adalah kali pertama video suatu majlis HIKMAH dapat dikongsikan dalam tempoh hampir 2 tahun. Selepas acara ke-10 HIKMAH berlangsung di Aceh 29 Mac 2014 saya tidak lagi meletakakn video di Youtube.

Ini disebabkan komputer riba yang digunakan selepas itu ada masalah untuk memproses video. Kalau dah begitu buat apa susah-susah lagi? Selama ini pun saya penat-penat sengkang mata berhari-hari proses video. Nak muat naik ke Youtube pun makan beberapa hari setiap kali selesai suatu majlis HIKMAH. Bukan ramai pun orang tahu menghargai. Buat rugi aje segala macam ilmu yang dikongsikan. Cuma kali ini alhamdulillah saya mendapat bantuan orang-orang yang sanggup mengambil sendiri video  kemudian memproses seterusnya muat naik ke dalam akaun mereka. Terima kasih diucapkan kepada saudara Syed Fuaad Al-Attas juga Johan Lela Perkasa atas bantuan ini...

















No comments:

Post a Comment