Pada artikel Acara ketujuh belas HIKMAH di Seremban 17 Sept 2016 yang dipersembahkan Jumaat lalu saya ada menyebut begini : "Kalau tiada aral melintang insyaallah acara ke-18 HIKMAH akan diadakan di Muzium Negara, Kuala Lumpur pada 22 Oktober, cuma 3 minggu 1 hari sahaja lagi daripada sekarang." Secara lisan tarikh dan cadangan berkaitan semuanya telah dipersetujui. Tapi nantilah saya bercerita tentangnya. Hari ini saya mahu berkongsi sedikit cerita tentang satu acara yang berlangsung di UPM (Universiti Putra Malaysia) hujung minggu baru ini.
Inilah maklumat yang berlegar di Internet tentang majlis 2-3 minggu kebelakangan itu.
Walaupun sudah bermula Jumaat 30 September saya dan isteri cuma datang pada hari Ahad 2 Oktober, hari terakhir acara.
Ia diadakan di persekitaran Muzium Warisan Melayu, dalam Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.
Muzium memiliki beberapa rumah tradisional Melayu berusia sekitar 100 tahun yang dipindahkan dari beberapa negeri. Rujuk tulisan berkenaan dalam artikel Menggamit warisan Daulah Melayu di UPM di blogspot CATATAN SI MERAH SILU.
Kalau tak salah ingatan ini adalah kali ke-2 saya bertandang ke sekitar ini.
Pemandangan dan keadaan di satu bahagian.
Komponen utama temasya nampaknya diadakan di bawah khemah panjang.
Sebelum itu kita lihat dahulu pameran dan jualan di sebuah rumah tradisional berdekatan.
Lihat artikel Exhibition at UPM's Rumah Terengganu di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Pergi ke khemah panjang...
Pelbagai senjata dipamerkan dan dijual.
Ada pentas untuk perkongsian ilmu. Namun saya diberitahu perkongsian utama ilmu dibuat di tempat lain. Lihat artikel seterusnya..
No comments:
Post a Comment