Monday, April 16, 2018

Haul Sheikh Abdullah al-Qumairi 2.0 - Perasmian sekolah tahfiz Darul Hashimiah

Salam semua. Merujuk kepada artikel Gerak HIKMAH dan majlis hol almarhum Sheikh Abdullah al-Qumairi 2.0 yang dipersembahkan hampir seminggu lalu. Sukacita dimaklumkan majlis yang dimaksudkan selamat dilangsungkan 2 hari lalu. Sekarang biar dikongsikan cerita.


Pagi Sabtu 14 April 2018. Saya, keluarga dan sejumlah ahli undangan khas telah bermalam di lokasi utama acara. Ia adalah satu tempat peranginan persendirian yang diberi nama Anjung Menjaro. Letaknya di kawasan peranginan Titi Hayun di satu bahagian kaki Gunung Jerai di Yan, Kedah.


Majlis ini mengandungi beberapa komponen. Untuk komponen pertama kami berjalan kaki ke satu lagi pusat peranginan persendirian milik pihak yang sama lebih dekat ke kaki gunung.


Pusat peranginan ini mahu dijadikan satu sekolah tahfiz...





Satu majlis pelancaran pun diadakan untuk itu...





Sampai sahaja ke majlis saya diminta naik ke atas pentas. Saya diminta menjadi MC sementara untuk memulakan majlis disebabkan MC sebenar disibukkan dengan satu urusan.


Dalam atur cara asal saya lihat majlis ini adalah untuk pelancaran sekolah tahfiz bernama Darul Islah. Tengok-tengok dah ditukar nama menjadi Darul Hashimiah. Apapun saya menjalankan tugasan yang diberikan secara spontan. Selepas membuka dengan kata-kata ringkas sambil menyebut nama dif-dif kehormat saya memanggil pihak-pihak yang patut  untuk membaca doa selamat kemudian memberikan kata-kata aluan.



Beberapa lama kemudian baru MC sebenar muncul mengambil-alih. Baru saya dapat mengikuti majlis dan mengambil gambar  dari tempat-tempat di belakang...









































No comments:

Post a Comment