Bersambung daripada artikel Haul Sheikh Abdullah al-Qumairi 2.0 - Perarakan Maulidur Rasul dan majlis di pentas utama.
Jam 3.13 petang kami meninggalkan Yan menuju ke arah selatan Gunung Jerai.
Asalnya kami bergerak dalam konvoi lebih 10 buah kereta. Tetapi disebabkan kereta yang betul-betul di hadapan kereta kami bergerak perlahan kami terpisah daripada kumpulan besar.
Jam 3.52 kami sampai ke destinasi iaitu makam Sultan Muzaffar Syah Kedah untuk sesi ziarah.
Tengok-tengok cuma ada sedikit orang sahaja di sana/ Ah? Apakah majlis tahlii dan zikir yang mahu diadakan untuk almarhum sultan yang merupakan raja Kedah pertama memeluk Islam tahun 1136 Masihi hasil didikan dan dakwah Sheikh Abdullah Qumairi telah selesai? Kami terlambat sampai lalu orang lain semua sudah pulang?
Rupa-rupanya kami termasuk antara orang yang sampai awal. Kumpulan besar yang tadi kelihatan sudah jauh meninggalkan kami pula yang terpisah-pisah tersalah jalan...
Kami pun duduk menunggu di makam.
Jam 4.12 baru kumpulan besar sampai bersama tetamu-tetamu kehormat...
Peserta pun mula mengambil tempat duduk dalam kawasan makam...
Sebaik sahaja semua bersedia majlis tahlil dan zikir pun dimulakan...
Selepas bacaan doa dan sebagainya majlis diteruskan dengan tausiyah tentang kaifiat menziarahi kuburan dan makam terutama milik orang besar sepert baginda sultan yang menjadi asbab rakyat Kedah malah Alam Melayu masuk memeluk Islam. Ketika itu sudah turun hujan lebat mencurah-curah kilat berdentum dasyat seolah-olah mahu menyatakan sesuatu tentang keadaan.
Selepas jam 5 baru hujan reda dan langit kembali cerah. Hadirin pun mula beredar...
Terbentanglah pemandangan indah Gunung Jerai selepas hujan seolah-olah memberikan restu untuk kami meneruskan majlis. Walaupun antara kami ini ada bermacam ragam dan arah tujuan saya percaya suatu hari nanti hati-hati kami akan disatukan untuk bergerak dalam landasan yang sama atas nama Allah SWT dan Rasul demi perjuangan dan kebangkitan sebenar Islam akhir zaman. Insyaallah... :]
No comments:
Post a Comment