Saturday, October 5, 2019

Acara HIKMAH ke-21 - Dari makam Sultan Malikus Saleh ke Banda Aceh membawa barakah kewalian sultan...

Salam petang Sabtu 6 Muharram. Pada ketika ini saya sedang berada di UiTM (Universiti Institut Teknologi Mara) di kampus utamanya di Shah Alam untuk mengikuti satu majlis ilmu yang mana saya akan menjadi pembentang bagi hari kedua iaitu pada petang Ahad 6 September. Mengambil manfaat waktu rehat sebelum bermula sesi petang hari ini jam 2.30 ingin saya melepaskan satu cerita. Bersambung penceritaan daripada artikel Acara HIKMAH ke-21 - Pondok sebelah kompleks makam dan kemilau kegemilangan lama kerajaan Islam Samudera Pasai.


Pagi Isnin 2 September 2019 bersamaan 2 Muharram 1441 Hijriah. Setelah berjaya menjayakan sesi permulaan acara ke-21 HIKMAH  di kompleks makam Sultan Malikus Saleh diikuti sesi petang lawatan ke bangunan-bangunan berkenaan hari dimulakan dengan santai, tidak lagi terkejar-kejar seperti hari-hari sebelumnya. Lihat artikel Membuka acara ke-21 HIKMAH di makam Sultan Malikus Saleh setelah 1,400 km mengembara pusing Aceh dan utara Sumatera diikuti Acara HIKMAH ke-21 - Pondok sebelah kompleks makam dan kemilau kegemilangan lama kerajaan Islam Samudera Pasai. Saya dan keluarga telah bermalam di sebuah pondok berhadapan kompleks makam. Kelihatan dalam gambar pagar kompleks dilihat dari pondok.

Dalam artikel Bersedia untuk acara ke-21 HIKMAH di Kompleks Makam Sultan Malikus Saleh 1 September 2019 yang dipersembahkan pada 26 September iaitu 2 hari sebelum ke Aceh ada diberitahu bahawa acara akan dibuat secara berpanjangan daripada 1 hingga 3 September. Ini kerana selepas makam Malikus Saleh 1 September acara akan diadakan di Banda Aceh 3 September. Oleh itu tarikh 2 September di tengah-tengah pun termasuk dalam acara walaupun ia lebih berupa perjalanan ke Banda Aceh dengan ada beberapa tempat bersejarah mahu diziarahi.


Jam 12.30 tengah hari, selepas menziarahi beberapa makam berkenaan kami meninggalkan kompleks makam Sultan Malikus Saleh dan kawasan sekitarnya yang merupakan tapak pusat kerajaan Samudera-Pasai untuk menuju ke Banda Aceh kira-kira 285 km perjalanan. Jam 2 dalam kereta tergerak untuk membuat update berikut berserta gambar di Facebook dan WhatsApp




MEMBAWA BARAKAH SULTAN WALI KE BANDAR ACEH DAN LANJUTAN ACARA KE-21 HIKMAH

Selepas menziarahi beberapa makam penting tinggalan kerajaan Samudera-Pasai kami kembali sebentar ke makam pengasas kerajaan, nenda as-Sultan Malikus Saleh. Ini adalah ziarah perpisahan sebelum bergerak ke Banda Aceh. Semoga barakah sultan bertaraf wali ini berpanjangan lalu turut meliputi bahagian kemuncak acara ke-21 HIKMAH yang akan diadakan di Muzium Pedir/MAPESA, Banda Aceh pagi esok iaitu pada hari Selasa 3 September 2019 bersamaan 3 Muharram 1441 Hijriah.



Selepas jam 7, sudah masuk waktu Maghrib, ketika sudah sampai ke daerah Pedir atau Pidie kami menerima poster berserta maklumat berikut melalui WA...




UNDANGAN ACARA

MAJELIS SILATURRAHIM PENGGIAT SEJARAH & BUDAYA ACEH - MALAYSIA

Mengundang Bapak/Ibu/Sdr/Sdri sekalian untuk menghadiri acara tersebut yang Insya Allah dilaksanakan pada:

HARI :
Selasa 3 Muharram 1441 H
PUKUL : 09 -12 WIB
TEMPAT :  Sekretariat bersama MAPESA - Pedir Museum,
Jl. Bahagia No : 47 Punge Blang Cut, Kec. Jaya Baru  Bandar Aceh Darussalam  23116 ( Dekat Kapal PLTD Apung )

Peta : Mapesa Aceh
Jl. Bahagia, No : 47, Punge Blang Cut, Kec. Jaya Baru, Kota Banda Aceh, Aceh 23116

https://maps.google.com/?cid=15694294745497384376

Di isi dengan :
Diskusi Sejarah & Budaya

Pembicara :
1. Mohd Fahrul Razie Mohammad Sapiee ( Presiden Hikmah Malaysia ) Penulis Buku Berpetualang ke Aceh)
Judul : "Jejak Aceh di Semenanjung Tanah Melayu "

2. Masykur Syafruddin ( Direktur PEDIR Museum ) Judul : " Nisan, Manuskrip dan Numismatik sebagai Sumber Penulisan Sejarah Aceh "

Atas perhatian dan kehadiran Bapak/Ibu/Sdr/Sdri sekalian kami ucapkan terima kasih.


Nah. Begitulah sempoinya kami dalam mengadakan acara. Esok pagi 3 September akan berlaku lanjutan di Banda Aceh sedangkan poster dan atur cara baru dapat malam sebelumnya. Lokasi tepat acara pun baru diketahui dalam 2-3 hari sebelum itu. Untuk mengetahui apa yang berlaku sepanjang perjalanan lihat artikel Perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera - Faktor Bani Abbasiyah dalam pemerintahan kerajaan Samudera-Pasai dan Aceh Darussalam di blogspot CATATAN SI MERAH SILU


No comments:

Post a Comment