Monday, November 12, 2012

Budaya dan tamadun sebagai sumber kebangkitan orang Melayu

Salam semua. Hari ini Selasa 12/11/12 saya terasa mahu berkongsi sedikit lagi maklum balas yang diperolehi daripada sesi berkumpulan semasaa acara "Suai Kenal HIKMAH" 4 Nov. Kiranya ini sambungan daripada artikel "Suai Kenal HIKMAH" 4 Nov - Maklum balas sesi berkumpulan.


Malam semalam ketika menggeladah beg yang dibawa ke "Suai Kenal HIKMAH" saya terjumpa kembali beberapa helai kertas yang tercatat isi perbincangan kumpulan "Kebudayaan". Kumpulan ini diterajui pelakon terkenal Puan Maimon Mutalib. Saya paparkan sahaja sebagai gambar. Sila klik untuk besarkan dan baca,







Kecuali gambar kedua yang merupakan maklum balas tentang acara, isi kertas secara rata tidak mengikut format yang diminta iaitu 3 maklum balas tentang acara, 3 cadangan tajuk untuk pembentangan akan datang dan 3 perkara yang mahu diangkat kepada pihak atasan sebagai cadangan untuk mendaulatkan Melayu dan Islam. Saya dapati beberapa kertas maklum balas yang dikemukakan kumpulan lain juga tidak mengikut format. Maka seseorang itu harus meneliti lebih mendalam untuk mendapatkan pati perbincangan yang boleh diangkat secara ringkas tetapi tuntas.


----------------


Satu lagi yang mahu dikongsikan adalah maklum balas daripada kumpulan "Ketamadunan dan kerajaan" yang terajui Puan Lily Hashim. Maklum balas ini tertera dalam blogspot beliau, "Anak Bukit Gantang in Putrajaya. Lihat sini. Maklum balas yang diletakkan di Internet memudahkan kerja saya mengambil isi dan memanjangkannya di blogspot dan Facebook HIKMAH agar dapat ditatap lebih ramai pembaca. Saya ambil bahagian yang merupakan maklum malas yang mahu diangkat ke pihak atas sebagai begini...




Perlu pentingnya  mengekalkan Raja Berpelembagaan dan kuasa politik yang ada 

Payung umat Melayu Islam di Malaysia  tetap Rajanya . Sistem monarky bukan warisan feudal kerana Raja Berpelembagaan ini adalah Ketua Ugama Islam yang mana adalah "above politics". Peri penting TAAT pada Pemerintah selagi pemerintah beugama Islam boleh dirujuk dalam bab Taat Pada pemimpin Hadis Sahih Bukhari  dan Kitab Munyatul Musolli.

Kuasa politik dan Raja di dunia Melayu saling berkait. Perlembagaan Persekutuan (Malaysia) dan Singpura asalnya sama tapi setelah Singapura keluar dari Malaysia maka, dengan kuasa politik PAP "Singapore for Singaporians" dihapuskan 3 perkara penting iaitu ;

- yang berkait dengan Ugama Islam sebagai Ugama sesebuah negara, 
-Raja/YDP Agong sebagai peneraju utama dalam sesebuah pemerintahan dan 
-hak Melayu sebagai pribumi. 



Islam Ahlul Sunnah Wal Jamaah menjadi benteng umat Islam di Malaysia

Umat Melayu Islam lupa bahawa Wahhabi dan Syiah yg meresap dalam party politik memecahbelahkan umat Islam. Mereka lupa bahawa Syeikh Al Mandili yang menjadi rujukan sebagian besar ahli PAS menyatakan bahawa umat Islam wajib bekerjasama sesama Islam. Syeikh Al Mandili mengharamkan tahaluf Siyasi (kerjasama ) dengan kafir untuk meruntuhkan Kerajaan Islam yang ada.



Kekalkan jatidiri Melayu

Nabi Muhammad saw  tidak pernah mengatakan cintakan bangsa itu adalah assobiyah. Konsep assobiyah yang sebenar telah di hijack dari kecintaan atau perasaan jumud kepada perkumpulan kecil seperti politik. 

Umat Islam Melayu di Nusantara telah menerapkan dan membudayakan Islam dalam kehidupan seharian. Malah ilmu alam dan sains yang advance telah diserapkan dalam seni persilatan yang amat rapat dengan bangsa Melayu. Ada code rahsia yang diperturunakan dari keturunan dulu kepada generasi masa depan.




Untuk pengetahuan maklum balas yang dipinta bukan untuk main-main. Pada acara HIKMAH yang akan diadakan di Melaka 25 Nov sesi berkumpulan akan diadakan lagi di mana kali ini saya lebih bersedia untuk mendapatkan maklum balas terbaik. Semuanya akan saya rangkumkan dan pertajamkan menjadi 10 perkara yang insyaallah akan saya angkat kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam pada satu majlis busana dan persilatan di Melaka 2 Dis. Dan ada kemungkinan selepas itu pihak kami akan cuba mengangkatnya ke Istana Negara untuk tatapan Yang di-Pertuan Agong pula. Harap maklum.



2 comments:

  1. adakah raja2 yg berada di Malaysia sekarang ialah perwaris yg sebenar? adakah mereka berhak dipertahankan? sedangkan datuk nenek moyang merekalah yang telah menjual negara ini pada penjajah. dan rakyatlah yang berjuang melawan penjajah.

    ReplyDelete
  2. Yang perlu dipertahankan adalah institusi beraja itu sendiri, bukan individunya. Kita doakan agar raja2 sekarang sedar dan diberikan hidayah supaya dapat membentuk peribadi yang sesuai dengan peranan sebagai ketua agama Islam dan ketua adat Melayu. Kalau tidak mungkin sahaja akan timbul raja2 dari keturunan dahulu yang lebih berwibawa untuk memikul amanah. Jangan kerana marahkan nyamuk kelambu hendak dibakar pula.

    ReplyDelete