Sunday, November 18, 2012

Car Book Sale di Central Market

Saya rasa cerita dari blogspot CATATAN SI MERAH SILU ini sesuai dikongsikan di sini...


Siang tadi saya, isteri dan anak-anak pergi ke Central Market yang terletak di tengah bandar raya Kuala Lumpur.


Kami mahu menyertai acara Car Book Sale yang diadakan buat julung kalinya di sini. 


Apa itu Car Book Sale? Sila rujuk artikel-artikel lama berikut : -






Sebelum ini acara serupa sudah diadakan beberapa kali di perkarangan Perpustakaan Kuala Lumpur, sebelah belakang Dataran Merdeka.


Cuma kawasan itu kurang dikunjungi orang. Maka kali ini penganjur mahu mencuba Central Market yang diketahui sentiasa menarik ramai pengunjung.








Acara dijadualkan bermula 2.30 petang tetapi kami sampai 10 minit lewat.


Ini disebabkan gangguan cuaca. Boleh kata rata-rata tempat di sekitar Lembah Klang dilanda hujan lebat dari pagi sehingga ke jam 2 petang.


Kami datang membuka gerai ad-hoc seperti halnya dalam penyertaan sebelum ini. Cuma kali ini ada extra kerana kami meletakkan banner HIKMAH sekali.




Kalau ada yang bertanya apa itu HIKMAH jawab saya bacalah artikel HIKMAH 4 Nov - Satu kejayaan ulung yang tak disangka.






Secara rata saya dapati sambutan terhadap Car Book Sale di Central Market cuma sedikit sahaja lebih baik berbanding di perkarangan Perpustakaan KL. Nampaknya tidak begitu ramai pengunjung lalu di kawasan hadapan ini sedangkan setiap dari kami harus membayar sewa tapak RM50 untuk satu kereta 3 jam berbanding percuma di perpustakaan. Nasib baik ada beberapa orang datang membeli buku-buku saya. Itupun bukannya orang yang lalu lalang tetapi mereka yang mendapat berita melalui Internet dan Facebook bahawa saya akan membuka gerai di sini, sama sahaja halnya dengan keadaan di perpustakaan.



No comments:

Post a Comment