Wednesday, November 7, 2012

Perlembagaan, Melayu dan raja-raja dalam menghadapi cabaran akhir zaman



Pembentang kedua adalah seorang lagi sahabat yang pernah duduk sebilik zaman kolej, saudara Faizal Ahmad yang kini sudah menjadi seorang peguam ternama di Johor Bahru. Kertas kerjanya bertajuk "Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja". Biar ditunjukkan slaid...



























Sampai ke slaid yang dilabelkan dengan persoalan nombor 5 seperti di atas, cerita tentang perlembagaan disambung oleh seorang lagi sahabat sekolej malah sebilik kami yang turut mengambil jurusan undang-undang di England iaitu saudara Shamsul Yunos.



Bekas wartawan akhbar berbahasa Inggeris The Malay Mail yang juga menulis dalam bidang automotif ini bercakap tentang "Tujuh wasiat raja-raja Melayu" yang pernah dipopularkan oleh YTM Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah suatu masa dahulu. Beliau secara selamba meneruskan tanpa pertolongan slaid. Pembentang seterusnya Sheikh Muhammad Zaid juga bercakap terus apa yang berada di hati dan fikirannya. Begitu juga Tengku Syawal dari Singapura yang bukan pembentang tetapi diminta berkongsi rasa tentang nasib Melayu di Singapura. Tak perlulah dipanjangkan di sini. Lihat sahaja apa yang sudah tertulis dalam artikel HIKMAH 4 Nov - Dari pagi ke Zuhur berkongsi ilmu.



No comments:

Post a Comment