Wednesday, November 7, 2012

Mata wang syariah dan Melayu : Penipuan dalam kewangan dan perlembagaan?

OK. Malam ini saya terasa mahu berkongsi sedikit isi beberapa pembentangan yang dibuat pada acara "Suai Kenal HIKMAH" di Yayasan Restu, Shah Alam Ahad 4 Nov. Untuk pengetahuan isi-isi ini akan dibentangkan kembali pada acara penuh yang akan diadakan di Melaka 25 Nov ini.



Pembentang pertama adalah sahabat lama saya dari zaman kolej, saudara Amirul Mohamad, seorang peguam lulusan England yang kemudian menjadi jururunding kewangan Islam. Saya telah meminta setiap pembentang agar memberikan sedikit summary ataupun rumusan yang boleh dikongsikan di Internet agar senang dibaca oleh semua. Di bawah adalah maklum balas beliau...




Saya diminta oleh Pengasas & Penganjur HIKMAH iaitu Saudara Radzi Sapiee untuk membuat rumusan pembentangan saya.

RUMUSAN Pembentangan:-

(1) Matawang Melayu Islam yang pada fitrahnya sudah mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW mengalami perubahan kerna ditipu secara halus oleh penjajah apabila Nota Hutang diperkenalkan.

(2) Perlembagaan Malaysia diterapkan nilai Sekularisma dengan adanya "Federal & State List". Perkara berkaitan Islam Dan Adat Melayu di bawah naungan Sultan(State List) tetapi kenapa "Perbankan Islam" di bawah Kerajaan Persekutuan(Federal List)?

(3) Kembalikan pengunaan Matawang Sunnah & Perbetulkan Perlembagaan. 




Agar artikel ini lebih menarik saya telah mengambil keputusan untuk memaparkan sebahagian slaid yang digunakan Amirul. Saya cuma meletakkan tak sampai 1/3 daripada slaid yang ada, itupun sudah didownsize. Untuk mengikuti pembentangan penuh datanglah ke acara di Melaka 25 Nov ini. Anda juga boleh melihat blogspot Amirul di sini






























No comments:

Post a Comment