Gambar diambil dari website sini
Salam semua. Dalam artikel HIKMAH
IV di Kelantan satu setengah bulan lagi? yang dibuat lebih 3 minggu lalu saya ada menyebut mahu mengadakan acara terbaru HIKMAH di sekitar Kuala Besar, Kota Bahru mungkin di Masjid Kampung Che Latif. Ini dibuat agar dapat menumpang kemeriahan satu acara berkuda di Pantai Che Mah yang terletak berdekatan 13-17 Mac. Katanya ia akan melibatkan lebih 1,000 kuda, ada permainan tradisional Melayu seperti wau, gasing, dan wayang kulit. Pada 16 Mac, Sultan Kelantan dijadualkan akan menyempurnakannya. Fikir saya mungkin boleh didapatkan ruang untuk kami menyerahkan Pernyataan HIKMAH Melaka kepada sultan.
Rujuk Pernyataan
HIKMAH Melaka - Blue print kebangkitan Islam akhir zaman? Pengumuman pun dibuat di Facebook dengan event page atau muka surat acara bagi HIKMAH IV dibuka Ahad 3 Februari iaitu tepat seminggu setelah HIKMAH III tamat. Tentang acara telah lalu itu boleh rujuk artikel-artikel berikut :-
Video sekitar HIKMAH III di Lumut 27Januari 2013
Tidak lama setelah rancangan untuk mengadakan HIKMAH IV diumumkan, ada orang menawarkan penggunaan masjid persendirian di PCB atau Pantai Cahaya Bulan. Tetapi saya tetap mahu mendapatkan Masjid Kampung Che Latif yang terletak lebih dekat iaitu sekitar 1.7 km dari tempat acara berkuda. Fikir saya kalau masjid itu dah memang tak boleh dapat baru saya akan mengambil tawaran masjid di PCB yang saya kira terletak sekitar 7 km lebih jauh. Beberapa hari selepas itu muncul pula tawaran untuk mengunakan Masjid Almarhum Tuan Guru Haji Musa di Bukit Marak...
Saya baru terfikir hendak menolak kerana Bukit Marak terletak lebih jauh lagi, sekitar 25 km ke selatan gitu. Tiba-tiba terdetik di hati lihat dahulu apakah perkembangan terbaru acara berkuda. Setelah menyemak FB mereka baru saya tahu acara telah ditunda 5 minggu ke hadapan dan lokasi dialih ke Kota Bahru. Kalau begitu tiada gunanya saya mahu mengejar tarikh yang sudah ditolak terlalu jauh, tidak perlu menumpangnya lagi dan dengan itu tak payahlah mencari tempat sekitar itu. Saya pun menghubungi pihak yang memberi tawaran masjid di Bukit Marak, masjid milik keluarga lalu bersetuju.
Sambil itu ada orang mencadangkan agar saya membuat HIKMAH IV samada di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Bachok atau tempat aktiviti seni bernama Akademi Nik Rashiddin (ANR) di Pantai Kandis. Cadangan yang diberi nampak cukup serius apabila orang tersebut memberikan nombor telefon yang boleh dihubungi untuk mendapatkan tempat. Pihak yang memberi tawaran Bukit Marak pula rupanya harus menunggu kata putus ahli keluarga yang lebih kanan. Setelah beberapa hari menunggu saya pun meminta isteri untuk menghubungi ANR lalu terus mendapat persetujuan muktamad untuk menggunakan premis.
Persetujuan ini diterima Jumaat minggu lepas iaitu 8 hari lalu, Ia ada diumumkan di FB. Pada malamnya saya sendiri menghubungi ANR lalu mendapat kepastian lagi tentang persetujuan tersebut. Kira-kira 5 hari kemudian, baru kepastian untuk menggunakan masjid keluarga di Bukit Marak diterima. Tetapi ketika itu saya sudah mengatur persiapan untuk mengadakan acara di ANR.
Oh. Keadaan ANR sebagai satu tempat aktiviti seni dan mengadungi pameran berkaitan terutama ukiran tradisional kayu lama dan baru seperti mengulangi keadaan acara pertama HIKMAH atau HIKMAH I yang diadakan di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012. ANR menonjolkan seni lama Melayu terutama yang dikatakan bermotif Langkasuka. Yayasan pula memang tempat seni Islam termasuk khat malah tempat pembuatan mushaf Al-Quran. Rujuk artikel-artikel lama berikut :-
HIKMAH 4 Nov - Dari pagi ke Zuhur berkongsi ilmu
HIKMAH 4 Nov - Lepas Zuhur hampir ke Maghrib masih tak balik-balik!
Video klip sekitar HIKMAH 4 Nov
Hari ini, Sabtu awal pagi 23 Februari, baru saya tergerak untuk mengumumkan penggunaan ANR di blogspot ini. Biar dimaklumkan juga, in sya Allah hari Selasa nanti saya akan bergerak ke Kelantan untuk menguruskan perkara. Cadangnya saya akan bermalam/beriktikaf di Masjid Tok Kenali di Kubang Kerian, KB sebelum bergerak ke ANR hari Rabu. Saya akan cuba mengambil sebanyak mungkin gambar sesuai yang boleh dikongsikan juga meninjau hal-hal berkaitan seperti jalan yang boleh diambil untuk sampai ke sana dan kemudahan yang ada seperti tempat penginapan dan makan minum berdekatan.
Sekarang biar diletakkan atur cara tentatif untuk HIKMAH IV setakat ini. Ia akan diperbaiki dari semasa dan semasa dan boleh berubah. Namun apa yang ditunjukkan ini boleh dikatakan hampir pasti. Cuma harus diingatkan tidak seperti HIKMAH I di Shah Alam 4 Nov, HIKMAH II di Melaka 25 Nov dan HIKMAH III di Lumut kali ini kami tidak menyediakan makanan. Saya akan mendapatkan kepastian bagaimana hendak menangani masalah ini dari pihak ANR, samada terdapat kedai berdekatan atau haruskah kita membuka ruang untuk orang berniaga makan di dalam kawasan ANR. Apapun siapa tahu akan muncul insan mulia mahu menaja makanan nanti?
8 – 9am : Pendaftaran (peserta boleh terus memilih kumpulan untuk aktiviti petang seperti Perkerisan, Persilatan dan Kebudayaan)
9 – 9. 30 : Sesi terbuka sesiapa nak bersilat atau buat pertunjukan seni/kebudayaan (setakat ini Persatuan Gayung Kelantan sudah menyatakan minat mahu membuat persembahan)
9.30 : Selawat pembukaan oleh Sheikh Raja Aman Al-Kubra
9.45 : Kata-kata aluan oleh pemilik Akademi Nik Rashiddin, Puan Rosnawati
10 : Ucapan pengenalan oleh Pengasas dan Presiden HIKMAH, Radzi Sapiee
10. 15 : Sesi pembentangan pagi – Kertas I
10.45 : Kertas II
11.15 : Kertas III
11.45 : Rehat 15 minit
12pm : Sesi pembentangan tengah hari – Kertas IV
12.30 : Kertas V
1 : Kertas VI
1.30 : Rehat Zuhur
2. 30 : Sesi pembentangan petang – Kertas VII
3 : Kertas VIII
3. 30 : Hal-hal lain seperti cetusan rasa dan sajak
4 : Sesi berkumpulan seperti Perkerisan, Persilatan dan sebagainya. Kali ini kami tidak mengharapkan apa-apa maklum balas seperti pada HIKMAH I, II dan III. Sebaliknya sesi dibuat semata-mata untuk peserta berkenalan dan berkongsi minat dalam bidang kegemaran masing-masing.
4.30 : Rehat Asar
5 : Panji-panji hitam dan Perjanjian Bangkok 1909 – Radzi Sapiee
5.15 : Doa/Hizb Bahr? Untuk Pembatalan sihir/pasak Perjanjian Bangkok 1909 (harus dikaitkan dengan Perjanjian Burney 1826)
5.30 : Acara bebas
Cadangan kertas kerja
1. Sejarah dan tempat-tempat signifikan di Kelantan – Kelab Pencinta Sejarah Kelantan
2. Siapakah Melayu? – Tuan Haji Halim Bashah, penulis dan wakil dari Perpustakaan Kelantan
3. Motif Langkasuka dalam kesenian Melayu – Puan Rosnawati, pemilik ANR
4. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Md Arif, calon PhD seni UPSI
5. Kepentingan salasilah dalam mencari jati diri dan peranan di akhir zaman – Megat Iskandar, setiausaha persatuan keluarga Megat Terawis
6. Ekonomi Islam berdasarkan Dinar dan Dirham – Keperluan minimum untuk menjayakan sebuah negara yang betul-betul Islam – Amirul HM, perunding kewangan Islam dan dinar dirham
7. Sejarah Kelantan membawa ke Dinasti Raja-raja Jembal dan kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong
Cetusan rasa, lain-lain
1. Sajak Melayu – Tun Farul aktivis silat dan busana, ahli Istiadat Penjurit Kepetangan
2. Panji-panji hitam dan Perjanjian Bangkok 1909 – Radzi Sapiee
No comments:
Post a Comment