Sempena hari ini ada tarikh yang cantik iaitu 31/1/31 saya tergerak untuk mengumumkan rancangan baru apalagi ketika ini sudah masuk malam Jumaat. (Tapi saya letak gambo je dulu ya...).
------------ (setelah beberapa lama) --------------
Ingatkan nak sambung cerita selepas Isyaq, tak pun tengah malam. Tapi entah kenapa saya tak tahan penat lalu tertidur lama. Pagi Jumaat 1 Februari 2013 baru dapat menyambung cerita.

OK. Sebelum HIKMAH III diadakan di Lumut 27 Januari 2013, satu mesyuarat kecil melibatkan beberapa pendokong HIKMAH telah diadakan di Tasik Titiwangsa sejurus sebelum satu acara silat (lihat
Majlis
perjumpaan Dunia Seni Silat Melayu di Taman Tasik Titiwangsa). Antara perkara dibangkitkan adalah bagaimana telah wujud perspektif negatif tentang arah tujuan HIKMAH dan siapa di belakangnya. Kami mendapat tahu ada beberapa pihak menganggap HIKMAH adalah alat sebuah parti politik... kerana acara kedua kami di Melaka 25 November 2012 disokong Ketua Menteri Melaka sementara Menteri Besar Perak pula dijangka akan menghadiri HIKMAH III. Untuk menepis pandangan serong ini, acara HIKMAH seterusnya dicadangkan harus diadakan di Kelantan, kalau boleh sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Ini kerana Kelantan dikaitkan dengan parti politik yang tak sebulu dengan yang di Melaka, juga di Perak.
Polisi kami di HIKMAH sejak mula, tidak akan menyebut nama mana-mana parti politik juga para pemimpin mereka kecuali dalam kapasiti rasmi dan jawatan bukan parti seperti ketua menteri. Kami juga cuba mengelakkan untuk menyindir mana-mana pemimpin kerana tidak mahu menyinggung ahli parti politik yang berkaitan. Polisi kami adalah penyatuan umat Melayu dan Islam tanpa mengira kencenderungan dan latar-belakang politik. Alhamdulillah, setakat ini acara-acara kami telah berjaya membawa ramai antara mereka duduk bersama. Malah ia turut dihadiri ahli persatuan persilatan juga kumpulan keagamaan daripada pelbagai aliran yang kadangkala ada di antara mereka tidak sebulu, semuanya atas nama mahu mendaulatkan Melayu dan Islam.
Lagipun cadangan untuk mengadakan acara di Kelantan memang kena pada tempat dan masanya. Sebenarnya selepas acara pertama HIKMAH diadakan di Shah Alam 4 November 2012 sudah ada orang Kelantan menyatakan mahu membawa acara ke tempat mereka. Lebih seminggu selepas itu baru kami mendapat permintaan agar acara diadakan di Perak. Perkara ini disebut pada atas blogspot di bawah tajuk "Terbitnya HIKMAH". Ayat pada perenggan akhir tajuk disebut begini :-
Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur
bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil
itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.
Sekarang yang diperlukan adalah lokasi dan pengaturan logistik. Bagaimana mahu mengadakan majlis? Bagaimana kewangan dan belanjanya?
Biar dimaklumkan walaupun HIKMAH sudah berjaya mengadakan 3 acara boleh tahan besar dalam tempoh 3 setengah bulan ini bukan bermakna kami memiliki banyak sumber kewangan. Ingat. Kita bermula dengan HIKMAH I di Shah Alam sebagai acara sukarela di mana seorang pendokong membelanjakan wang sendiri untuk mendapatkan tempat, seorang pendokong lain memastikan tempat itu dapat. Lain-lain adalah sumbangan peribadi pendokong lain seperti tajaan makanan, juga pertolongan sukarelawan untuk menjayakan acara. Tidak seorang pembentang mahupun moderator menerima bayaran. Semuanya sanggup datang dengan duit poket sendiri.
Untuk acara kedua HIKMAH di Melaka kami lebih bernasib baik kerana disokong persatuan sana yang dapat membawa penyertaan kerajan negeri. Maka itu kami mendapat dewan percuma, pembentang, moderator dan urusetia diberi penginapan. Sarapan pagi dan tengah hari kami pula ditaja seorang pengusaha makanan atas dorongan seorang pendokong kami yang merupakan pelakon veteran terkenal. Apabila acara sampai di Perak, kami diduga sudah mampu membuat acara secara besar-besaran. Walhal kami cuma bernasib baik kerana pendokong merangkap ketua pihak penganjur di Perak berani mengeluarkan duit sendiri untuk menjayakan acara. Sekurang-kurangnya beliau berduit dan datang dari keluarga yang berada.
Acara akan datang di Kelantan belum nyata bagaimana mahu mendapatkan belanja dan sebagainya. Selepas beberapa lama cadangan dibuat saya dapati belum ada di antara pihak kami dapat mengatur sesuatu yang kukuh. Sesungguhnya membuat cadangan itu mudah. Tetapi melaksanakannya? Sebab itu kadangkala saya naik angin dan bersikap skeptik apabila orang mencadangkan macam-macam tentang acara kami di Internet. Sungguh senang betul bercakap itu dan ini kemudian terasa diri sebagai orang yang terkehadapan mengatur perkara. Lainlah kalau lepas beri cadangan terus buat follow-up. Terus mengambil inisiatif menghubungi mana-mana pihak yang patut agar cadangan dapat dizahirkan.

Ditakdirkan Allah, selepas makan pagi di sebuah restoran saya telah membaca salah satu akhbar yang disediakan. Tertarik saya pada satu artikel menyebut satu acara besar kuda akan diadakan. Acara itu turut dimeriahkan dengan beberapa perkara yang terkait dengan budaya keMelayuan, lokasinya berdekatan kuala Sungai Kelantan saya kenal malah kami sekeluarga pernah bermalam di sebuah masjid berdekatan, pada malam tahun baru 2011. Apa yang dikemukakan terasa sesuai dengan matlamat penubuhan HIKMAH mendaulatkan Melayu dan Islam.
Terus terbit ilham, alangkah baiknya kalau dapat menumpang majlis ini untuk HIKMAH IV. Namun apabila melihat websitenya saya dapati ia kelihatan agak komersial. Kemungkinan untuk mendapatkan ruang tanpa bayaran atau kadar yang murah terasa tipis. Tidak mengapa. Pada saya HIKMAH IV tidak perlu lagi dibuat secara besar-besaran seperti Perak. Pada saya buat di masjid pun boleh, buat di dewan sekolah pun boleh. Malah antara tempat yang saya fikirkan adalah sebuah medan makan atau medan selera tepi Sungai Kelantan yang terletak sekitar 4.7 km dari kuala. Walaupun tak cukup kemudahan, tidak ada slaid seperti pada HIKMAH I, II dan III kita masih boleh mengadakan satu acara yang bermakna. Yang penting kita dapat berkumpul dengan suasana penuh ukhuwah seperti pada acara terdahulu dan dapat berkongsi ilmu dan rasa.
Kita tak perlu buat acara sepenuh hari. Cukuplah acara separuh hari yang dapat menerbitkan rasa perjuangan misi bersama kemudian kita pergi sekumpulan sehati sejiwa sematlamat sebagai tetamu ke acara berkuda. Walaupun acara itu dijangkakan bermula 13 Mac 2013, tarikh sasaran saya adalah Sabtu 16 Mac. Menurut keratan surat khabar di atas, ketika itu Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V akan berangkat mencemar duli. Adalah menjadi harapan kami resolusi yang dibuat berdasarkan maklum balas dari acara berkumpulan HIKMAH I dan HIKMAH II, resolusi 10 perkara yang diumumkan di hadapan Muzium Istana Kesultananan Melaka 2 Disember 2012 dapat disampaikan kepada sultan untuk tatapan dan tindakan Majlis Raja-raja.
Lihat
Pernyataan
HIKMAH Melaka - Blue print kebangkitan Islam akhir zaman? Resolusi ini telah diangkat ke pejabat Ketua Menteri Melaka pada acara di hadapan muzium istana. Untuk langkah seterusnya kami mahu mengangkatnya ke hadapan Tuanku Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tetapi baginda tidak dapat berangkat untuk HIKMAH III. Sesi berkumpulan semasa acara pula digunakan untuk mendapatkan cadangan cara-cara untuk melaksanakan setiap perkara, Namun ada kumpulan yang belum memberikan maklum balas penuh.
Adalah menjadi harapan saya semasa acara berkuda di Kelantan nanti, penganjur dapat memberikan ruang 5-10 minit untuk saya mengulangi isi perkara kemudian menyampaikan resolusi bertulisan Jawi kepada baginda sultan. Sekarang rancangan kami tentang HIKMAH IV di Kelantan sudah dibuka kepada umum diharap ada pihak terutama dari sana dapat menawarkan pertolongan. Mungkin ada yang boleh berhubung dengan pihak penganjur acara berkuda agar sesuatu dapat diatur untuk kita mencapai matlamat bersama. Mungkin ada yang sudi menawarkan tempat yang lebih sesuai kalau tak pun mengatur penggunaan masjid, dewan atau medan makan berdekatan?
Mungkin juga akan ada mereka yang sudi menaja makanan untuk peserta juga keperluan lain seperti tempat penginapan untuk pembentang, moderator dan urusetia. Saya, isteri dan anak-anak sendiri tiada masalah kerana sudah biasa bermalam di tempat-tempat umum di Kelantan seperti Masjid Kampung Laut, Masjid Tok Kenali dan Masjid Kampung Che Latif, masjid yang terletak berdekatan kuala Sungai Kelantan tempat saya dan keluarga pernah bermalam. Seterusnya saya berniat mengajak kawan-kawan, kenalan dan peserta yang mahu. Selepas HIKMAH IV nanti apa kata kita bermalam di Masjid Brunei Darussalam di Danau Tok Uban? :]
31/1/13,,,, Festival Kuda di Kelantan? Menarik jugak ni...
ReplyDeletesalam ya akhi radzi, mohon tn dan sahabat2 dpt pertimbang lg tarikh yg mgkn kita tak mahu bertindih atau terlalu hampir dgn pru13 yg masih misteri lg ni...
ReplyDeleteWassalam. Saya diberitahu walaupun kemungkinan besar parlimen akan dibubarkan sebelum 16/3/13, pilihanraya sendiri akan dilaksanakan sekurang2nya seminggu selepas itu. Jadi tidak bertindih dengan PRU 13. Lagipun bukan senang hendak mendapat peluang ini. Walaupun acara berkuda itu mungkin bersifat komersial saya dapat merasakan aura aturan Qada' dan Qadar Allah yang seiring dengan perjuangan HIKMAH.
DeleteAssalamualaikum, Tuan, bolehkan hamba menyertainya? Hamba hanya lelaki melayu biasa jer, Ilmu apapun kosong jer, tapi dh lama ikut blog Merah silu.. Pertualang di Acheh. tu jer yg hamba tahu..
ReplyDeleteWassalam. Tentu boleh. Sejak HIKMAH I lagi kami membuka kepada semua. Cuma harapnya dapat datang pakai cara Melayu, berjubah pun boleh.
DeleteAssalamualaikum Saudara Radzi,
ReplyDeleteSaya ada bertanyakan pendapat mengenai 'HIKMAH' pada seorang atok yang berpengalaman di alam melayu yang pernah menjelajah membuat penyelidikan di segala ceruk rantau Nusantara ini seperti di Indonesia, Borneo, Sulawisi, Thailand, Sumatera dan Malaysia selama 7 tahun.
Ini jawapannya:
Jika kita bercakap berkenaan penyatuaan melayu, kita akan bertemu dengan terlampau banyak masalah yg bercelaru, kusut masai dengan tomahan dan kebencian. Kerana satu pihak ingin bersatu, satu pihak dgn agenda sendiri iaitu memecahbelahkan orang melayu supaya tidak bersatu, manakala dipihak yang lainnya, tidak mahu masuk campur dengan masalah perpecahan melayu. Kemudian ada pula campur tangan asing dengan agenda jahat mereka menjadi batu api dan menyebar propaganda memburuk-burukkan melayu, supaya melayu tidak bersatu.
Jadi macam mana ?
HIKMAH, pula skg timbul dgn agenda penyatuan melayu dengan mengenengahkan melayu berunsur Islam, Melayu berunsur adat, Melayu berunsur politik, melayu berunsur budaya dan melayu berunsur mistik...apa itu semua boleh menyatukan melayu ??? atok fikir mereka hanya bermimpi disiang hari.
Bilakah melayu akan bersatu ??...Bila ??? Bila??
Melayu hanya akan bersatu apabila Melayu berhadapan dengan "PERANG".. YA.. PERANG !. Selagi melayu hidup selesa, aman damai, tenteram.. mereka tak nampak pun melayu sebelah rumah dia itu adalah sebagai saudara mereka. Tegur sapa pun tak ada ? Kenduri kendara pun tak mahu jenguk. Malah sesetengah melayu dah hidup mengalahkan "mat saleh". Sombong.. bongkak sampai makanan melayu pun dah tak mahu jamah. Anak beranak bercakap org putih, dah tak tahu cakap melayu. Dgn sesama melayu pun dah cakap org putih... nak jaga standard, kelas dan mereka2 ini sudah mula mencebik bibir pd kawan satu sekolah mereka dulu di Kampung, malah bila berselisih pun dok pandang tempat lain. Ini melayu sekarang... inilah fakta, malah kalau nak dituliskan berkenaan melayu lupa diri ni, sampai esok pun tak habis.
Kita kembali tahun 1969 dulu....bila perang! apa berlaku. Ya... cu... ya, semua melayu waktu itu bersatu, berjuang bersama, mati bersama, susah bersama, makan sedulang, tidur gilir-gilir (berjaga kampung dan kawasan). Tapi melayu yg macam mana ? melayu yg asli hatinya melayu. Yg tak....menyorok bawah katil, lari masuk hutan, sembunyi bawah kolong. Nak tahu, siapa mereka itu sekarang ini ? Setengah menjadi pemimpin, setengah menjadi hakim, setengah menjadi org besar, peniaga berjaya, menjadi kaya raya dll. Mereka inilah yg ayah ibu mereka dahulunya menyorok bawah katil, bawah kolong, dlm hutan tadi. Sekarang mereka duduk diatas dengan bongkak dan sombong sedangkan kalau kami biarkan dan tidak melindungi ayah ibu mereka dahulu... tentu warisnya yg sombong bongkak itu pun tak pernah akan ujud di dunia sekarang ini. Mereka telah pun mati diwaktu itu lagi...
Ya cu...ini fakta, kerna waktu itu atok disitu, bersama2 pejuang, bersama2 pembela melayu. Apa nasib melayu yg gugur ? apa nasib mereka ? keluarga mereka ? Pernah tak kamu kenang jasa mereka ? Sedangkan mereka meletakkan nyawa sebagai benteng pertahanan untuk kamu semua hidup senang, mewah, bahagia diwaktu ini... Fikir dan renungkan sejenak. Sepatah pun tidak pernah kamu dengar keluarga mereka merungut, mengeluh. Kerana mereka pasrah...redha dengan keadaan terus hidup melayu...walaupun melayu-melayu yg ada dihari ini tidah pernah menghadiahkan bacaan fatihah pd mereka walau sekali pun. Tidak pernah ingat jasa-jasa mereka. Malah ego..sombong... bongkak yg kami nampak ???
Maka... bagaimana nak bersatu ???
Waalalua'lam...