Salam buat para pembaca yang dimuliakan. Hari ini biarlah dipersembahkan video-video untuk hari ke-3 acara HIKMAH Isra' dan Mi'raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu. Hari Isnin ini adalah hari ke-13 kita berpuasa bulan Ramadhan. Video-video pula menunjukkan aktiviti hari Jumaat 28 Rejab. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke-66 di blogspot HIKMAH.
Video-video ini boleh dipadankan dengan penceritaan dalam artikel HIKMAH Isra' dan Mi'raj : Dari khilafah Uthmaniyah ke Tokku Paloh dan mushaf quran Terengganu (dibuat 20 Jun). Kecuali video ke-2 dari atas, semua video saya proses, sunting dan muatnaik sendiri. Video ke-2 itu didapati sudah dimuatnaik sebulan lalu, mungkin oleh anak murid kepada ustaz yang bercakap. Seharusnya video-video lain juga terpapar lebar kerana direkod dalam format wide screen atau skrin lebar. Namun saya tersilap setting ketika memproses video. Setelah mengambil masa yang lama untuk memuatnaik begitu banyak video menunjukkan aktiviti 4 hari acara baru tersedar kesilapan. Rujuk penerangan yang dibuat dalam artikel sebelum ini, Video HIKMAH V - Sekitar Khamis siang hari Isra' dan Mi'raj @ hari kedua acara.
No comments:
Post a Comment