Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan. Lebih kurang setengah jam lalu iaitu selepas jam 1 petang saya telah berjaya memuatnaik ke Youtube semua video yang mahu dipaparkan tentang aktiviti HIKMAH V atau HIKMAH Isra' dan Mi'raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu sepanjang ia berlangsung di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013. Sejumlah 15 video telah dimuatnaik membentuk lebih 9 jam paparan dan mengambil masa 4 hari berterusan untuk dimuatnaik (saya memakai Streamyx paling murah, pakej 512 Kb). Sekarang biarlah dikumpulkan video-video untuk siang Khamis 6 Jun, hari kedua acara yang jatuh pada siang 27 Rejab, tarikh Isra' dan Mi'raj. Video-video lain juga akan dikumpulkan mengikut hari nanti.
Secara ringkas isi video dan aktiviti sepanjang hari boleh dirujuk dan dipadankan dengan penceritaan dalam artikel HIKMAH
Isra' dan Mi'raj : Tok Pulau Manis, Syarif Muhammad al-Baghdadi dan pengembalian
sistem khalifah yang dibuat 14 Jun. Cuma video-video ini sepatutnya dipaparkan dalam bentuk wide screen, skrin lebar. Tetapi saya telah membuat kesilapan sebelum penyuntingan yang menyebabkan paparan tidak selebar yang patut. Biar dicopy paste kenyataan yang telah dibuat di Facebook saya 5 jam lalu...
--------------------
MAAF JIKA VIDEO HIKMAH V KELIHATAN MEMBUJUR
Adus. Baru saya terperasan. Adapun video untuk HIKMAH V semuanya saya dan isteri rakam dalam format Sony AVCHD Full HD wide screen (aspect ratio 16:9). Tetapi untuk menjimatkan masa membuat penyuntingan sambil mengecilkan memory supaya upload tidak terlalu lama saya telah terlebih dahulu mengecilkan file sambil menukar ke format .wmv. Setelah itu baru disunting menggunakan Windows Moviemaker. Selepas siap mengupload 13 daripada 15 video yang dibentuk, satu proses yang memakan masa 4 hari tanpa henti sejak awal pagi Khamis kerana Streamyx saya cuma 512 Kb, baru saya tersedar gambarnya nampak bujur. Baru saya sedar rupa2nya semua video yang saya upload memiliki aspect ratio 4:3.
Saya pun check balik apa tak betul. Lek eleh, masa tukar pada .wmv file tu saya ikut automatik setting 320 x 240 yang bersamaan aspect ration 4:3. Padahal kalau nak maintain 16:9 saya boleh tukar jadi 426 x 240. Tapi apa boleh buat? Saya dah sunting kesemuanya pada saiz dan format tersebut dan dah lama upload. Pada ketika ayat ini ditulis video ke-14 sudah pun masuk 67%, tinggal 86 minit lagi nak selesai.
Maka menganggau le saya mencari dalam web cara bagaimana video dalam Youtube yang telah diupload pada 4:3 boleh ditonton secara automatik oleh sesiapa pada 16:9. Cara mudah yang diberi adalah masukkan perkataan "yt:stretch=16:9" pada video tag. Saya cuba tapi tak menjadi. Sedangkan ramai orang kata ia berkesan. Rupa2nya tak semua format boleh dibuat begini. Kalau pakai .mp4 misalnya tentu dah ok. Format .wmv takkan dapat diubah lagi...
Cara lagi satu lebih susah. Kena install Mozilla Firefox kemudian hidupkan satu kemudahan yang dipanggil Greasemonkey lalu gunakan ia untuk memasukkan satu Javascript yang boleh dicari dalam website tertentu. Ini akan menyebabkan muncul toggle button pada Youtube yang menunjukkan aspect ratio 16:9 dan 4:3, lalu boleh diubah sesuka hati. Tetapi ada risiko Javascript mungkin akan membuat kerja lain seperti menjadi Trojan Horse, Spyware dan sebagainya Selain itu saya tak pasti jika pengguna lain akan automatik dapat setting 16:9.
Kalau setakat untuk tontonan saya sahaja ada banyak cara boleh digunakan agar video yang diupload pada 4:3 boleh ditonton pada 16:9. Cara-cara ini boleh digunakan untuk sesiapa sahaja termasuk orang lain yang ingin menonton video saya. Tetapi ia tidak akan berlaku secara automatik. Cara yang pasti adalah buat balik kerja dari mula. Allah! Takkan nak convert balik semua video ke 16:9, satu proses yang memakan masa beberapa jam kemudian upload kembali kesemuanya, satu proses akan memakan masa 4 hari tanpa henti di rumah saya?
Kesimpulannya saya harus akur video yang asalnya direkod pada 16:9 kini 'terpahat' di Youtube pada 4:3. Itulah yang rata2 penonton akan dapat kecuali mereka mengambil inisiatif sendiri untuk mengubah tontonan menjadi 16.9. Maka itu maaf jika video2 HIKMAH V yang saya kongsikan dengan penuh penat-lelah ini kelihatan membujur. Saya harap ia tidak menjejaskan penyampaian ilmu dan penghayatan acara.
No comments:
Post a Comment