Salam. Selepas solat Jumaat tadi sejumlah kawan-kawan HIKMAH telah berkumpul di Galeri Shah Alam untuk membuat persiapan akhir.
Sebuah banner HIKMAH telah digantung di satu pintu masuk....
Pintu masuk untuk kakitangan galeri ini boleh digunakan pelawat membawa masuk kereta ke dalam. Ia adalah pintu masuk belakang.
Pintu masuk utama terletak kira-kira 100 meter ke hadapan pintu masuk belakang. Ini adalah pemandangan dari halaman menghala ke pintu masuk tersebut.
Namun ia untuk kegunaan pejalan kaki sahaja. Kenderaan tidak dibenarkan masuk.
Pintu ini membawa terus ke dewan utama di mana acara HIKMAH VI akan dipusatkan.
Alhamdulillah kita dibenarkan menggunakan halaman di hadapan malah apa-apa ruang yang terbentang kecuali dewan-dewan tertutup di mana diadakan pameran anjuran pihak galeri sendiri dan pejabat.
Ini bererti sampai ke pinggir tasik kita boleh menjalankan aktiviti.
Naik ke dewan utama...
Tu dia. Kerusi sudah siap diatur. Awal pagi Sabtu kami juga akan membentangkan tikar.
Ahli-ahli kumpulan teater Islam PETRI dari Kota Bahru, Kelantan yang akan membuat persembahan turut membantu mengatur barangan sebelum membuat sedikit latihan.
Sungguh, Allah membantu usaha ini. Pada petang Rabu kami diberitahu galeri mengalami masalah PA sistem sementara projektornya tidak boleh dipakai. Alhamdulillah masalah ini dapat diselesaikan petang Jumaat hasil pertolongan kawan-kawan. Masalah seterusnya adalah bagaiman hendak mendapatkan paparan terbaik dari projektor memandangkan ini dewan terbuka lalu cahaya matahari boleh menyebabkan paparan menjadi kabur. Ketika kami sedang memikirkan hendak mencari kain ela yang besar untuk menutup sedikit dewan seorang rakan kami memberitahu ada membawa banner gergasi...
Tu dia. Banner gergasi replika Istana Melaka, katanya pernah digunakan untuk satu pameran di Perpustakaan Negara. Siapa sangka ia boleh jadi berguna di sini pula?
Itulah HIKMAH. Walaupun kami bergerak tanpa dana, timbul sahaja sumbangan atau pertolongan tidak dirancang yang menyebabkan acara tetap dapat berjalan.
Bergambar sebentar di pinggir tasik berlatarbelakangkan dewan utama.
Pemandangan pinggir tasik. Nak jalankan aktiviti hingga ke perahu yang kelihatan pun tidak menjadi masalah.
Peta ini menunjukkan kedudukan galeri berbanding tasik dan Kompleks PKNS. Jarak terus PKNS ke galeri cuma 170 meter.
Seperti telah disebut tadi ada pintu masuk belakang dan pintu masuk hadapan. Pintu masuk 1 merangkap pintu belakang boleh digunakan untuk membawa masuk kereta. Pintu masuk 2 adalah pintu hadapan merangkap pintu utama. Namun kenderaan tidak dibenarkan masuk tetapi boleh diletakkan di kawasan letak luar berdekatan. Untuk makluman ini adalah artikel ke-77 di blogspot ini. Atur cara untuk majlis yang diadakan hari Sabtu 7 September bersamaan 1 Zulkaedah ini boleh dilihat pada artikel HIKMAH Merdeka Raya.
No comments:
Post a Comment