Saturday, January 4, 2014

Festival Adat Istiadat Warisan Melayu di Balik Pulau


Sabtu minggu lepas saya dan keluarga telah pergi ke satu tempat bernama Dataran Warisan Alang.


Letaknya di Balik Pulau iaitu bahagian 'belakang' Pulau Pinang.










Ada acara dipanggil "Festival Adar Istiadat Warisan Melayu" sedang dilangsungkan.


Dapatlah menikmati masakan enak kampung sambil menyaksikan persembahan silat.




Kemudian ada persembahan Maulud oleh kumpulan bernama Syamsul Haq dari Sungai Petani, Kedah kalau tak salah ingatan.




Sambil mendengar Maulud sempat melihat keadaan di sekeliling. Tertarik dengan susunan barangan lama ini.


Saya dan sejumlah hadirin sempat menyertai Maulud di atas pentas apabila alunan semakin menyentap jiwa. Tapi saya tak memiliki gambar itu. Yang ada gambar kami beramai-ramai selepas Maulud.


Kemudian ada permainan sepak raga lewat petang.


Malam pula ada ceramah yang mengaitkan silat dengan perjuangan Islam.


Acara bersambung lagi hari Ahad.




Prof Madya Dr. Mahani dari USM bercakap tentang sejarah kedatangan Islam dan penempatan awal Melayu di Pulau Pinang.




Ini diikuti bicara santai tentang jati diri Melayu oleh pegawai dari Agensi Dadah Kebangsaan, En. Fauzi kalau tak salah ingatan.




Penganjur majlis merangkap pengendali Dataran Alang Warisan, saudara Nazarruddin Abdullah memberikan kata-kata penghargaan.


Persembahan silat menyerikan lagi acara.




Sahabat kami, Ustaz Mahyuddin dari Anjung Hikmah, Banting, Selangor membacakan sajak tentang Melayu Mukmin sebelum membacakan doa penutup. Sebenarnya HIKMAH telah diminta membantu mengisi majlis. Tetapi permintaan ini tidak dapat dipenuhi kerana satu, saya dan isteri sudah begitu penat selepas menjayakan acara di Melaka 30 Nov (lihat Acara ketujuh HIKMAH di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 Nov 2013). Kedua kami telah lebih awal berjanji dengan satu pihak lain untuk membawa HIKMAH ke bahagian lain Pulau Pinang, dijadualkan pada 22 Feb 2014.


Cukuplah sahabat kami Anjung Hikmah juga Koperasi Hulubalang Melayu Kuala Langat yang pernah sama-sama menjayakan HIKMAH VII di Melaka menolong untuk acara ini. Bergambar lagi beramai-ramai...


Insyaallah semua yang hadir akan turut membantu menjayakan acara 22 Feb yang dijadualkan menjadi acara ke-9 HIKMAH. Semoga orang Melayu dan Islam di Pulau Pinang dapat bersama bersatu hati mendaulatkan agama, bangsa dan negara dalam menghadapi cabaran akhir zaman.


No comments:

Post a Comment