Salam semua. Malam ini sudah masuk 11 Rabiulawal 1435 Hijrah. Malam keesokannya masuklah 12 Rabiulawal, tarikh yang dikatakan hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, hari Maulidur Rasul. Siang nanti membawa ke hari seterusnya besar kemungkinan saya akan disibukkan dengan banyak perkara sehingga tidak sempat menjengok komputer dan Internet. Maka apa-apa yang ingin diperkatakan sempena sambutan Maulidur Rasul itu biar dikatakan malam ini juga.
OK. Saya tidak ingat pada artikel mana tetapi rasanya pernah menyebut rancangan untuk mengadakan HIKMAH di Grik, Hulu Perak sambil menyambut Maulidur Rasul kali ini. Acara mahu diadakan atas permintaan orang sana dan tarikh yang diberikan adalah Sabtu 18 Januari 2014, 4 hari selepas jatuh hari sambutan kelahiran Nabi itu. Namun Disember tahun lepas saya dimaklumkan bahawa pihak sana menghadapi masalah membuat persediaan terutama dari segi wang ringgit lalu meminta tarikh ditunda. Tidak dinyatakan berapa lama ia harus ditunda. Lalu buat beberapa minggu saya membiarkan perkara ini tergantung sahaja.
Hal ini mengingatkan betapa beberapa bulan lebih awal iaitu sejurus sebelum mengadakan HIKMAH VI di Shah Alam 7 September (lihat Acara keenam HIKMAH di Galeri Shah Alam 7 Sept 2013) ada permintaan untuk membawa HIKMAH ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Saya mencadangkan tarikh sekitar bulan Oktober. Ini kerana ketika itu saya telah menyimpan tarikh sekitar November dan Disember untuk HIKMAH kembali bertandang ke Melaka, demi memenuhi janji dari acara terdahulu di sana. Lihat Acara kedua HIKMAH di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 Nov 2012. Cadangan ke Bukit Mertajam itu juga diminta tunda oleh pihak sana, nampaknya akibat masalah serupa. Sementara itu HIKMAH pun meneruskan rancangan untuk bertandang ke Melaka tetapi setelah dipelawa pihak lain, bukan pihak dahulu. Maka jadilah ia penghujung November. Lihat Acara ketujuh HIKMAH di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 Nov 2013.

Sementara itu juga ada pihak dari bahagian lain Pulau Pinang memohon agar HIKMAH dibawa ke tempat mereka. Kelihatannya mereka lebih serius dan komited untuk menjayakannya lalu saya memberi tarikh Feb 22 hari Sabtu untuk acara berlangsung. Apabila pihak dari Grik meminta acara sebelah sana ditunda, saya terfikir mungkin HIKMAH di Pulau Pinang itu boleh diawalkan ke penghujung Januari agar dapat dijadikan sambutan Maulidur Rasul sekali menggantikan rancangan menyambutnya di Hulu Perak. Tiba-tiba ada pihak lain dari pulau sama memohon agar HIKMAH diadakan tempatnya penghujung Disember.
Pihak ini sudah siap sedia mengadakan majlis, cuma meminta kami agar bersama mengangkatnya ke satu peringkat yang lebih tinggi. Sayangnya permintaan ini terpaksa ditolak kerana saya sudah berjanji mengadakan acara dengan pihak sebelumnya. Dan lagi saya dan keluarga terikat dengan hal-hal menyiapkan rumah baru. Maka elok kami menyelesaikan ini dahulu sebelum memikirkan lagi apa-apa.

Namun saya dan keluarga datang juga ke majlis tersebut sebagai tetamu. Itulah yang ditunjukkan pada artikel sebelum ini, artikel Festival Adat Istiadat Warisan Melayu di Balik Pulau yang dibuat 8 hari lalu. Selain itu saya mengambil kesempatan untuk bermesyuarat dengan pihak yang dipersetujui membawa HIKMAH ke Pulau Pinang nanti. Mereka adalah ahli qariah Masjid Jamek Bayan Lepas. Lihat artikel Misi HIKMAH Pulau Pinang - Mesyuarat di Bayan Lepas dan mencari keMelayuan di Lebuh Aceh di blogspot CATATAN SI MERAH SILU.
Gambar ini menunjukkan saya bersama qariah setelah selesai bermesyuarat di tempat Bayan Lepas. Mereka telah bersetuju dengan tarikh cadangan 22 Februari. Adapun sebelum pergi ke Pulau Pinang itu saya dan isteri mendapati ada kemungkinan rumah baru kami dapat disiapkan pertengahan Januari dan kami dapat berpindah sebelum penghujung bulan. Timbul rasa mahu mengadakan majlis doa selamat untuk rumah baru atau housewarming. Alang-alang dah panggil orang ramai apa kata terus dijadikan satu majlis HIKMAH? Sambil itu boleh juga menggantikan acara di Grik yang telah ditunda, boleh dijadikan sambutan Maulidur Rasul sekali...
Gambar ini pula diambil dari artikel Jejak "Berpetualang ke Aceh" : 3 x 11 dan jejak warisan Bugis Aceh. Ia menunjukkan saya dan anak ketika kali berada di makam Sultan Malikus Saleh, ketika kali terakhir kami berada di Aceh penghujung 2011. Merujuk pada artikel Membawa HIKMAH ke Aceh, artikel yang dibuat pada 26 Disember lalu iaitu tepat 9 tahun selepas Aceh dilanda ombak besar tsunami yang mengorbankan lebih 200,000. Kawan-kawan di Aceh sedang berusaha keras untuk mengadakan acara walaupun tarikh cadangan 29 Mac sempena kedatangan saya dan keluarga 23-30 Mac itu sangat dekat dengan tarikh pilihan raya umum Indonesia 9 April. Kami telah merancang, kalau tak dapat diadakan acara penuh pun biar diadakan acara silaturrahim. Ada kawan kami pula sedang berusaha untuk membawa 100 peserta berbusana tradisional Melayu, bersampin, bertanjak, berkeris dari Malaysia.
Dengan ini biar diumumkan 3 acara HIKMAH yang berturut akan datang. Rasanya kenalah pada masanya apalagi ini merupakan artikel ke-103 di blogspot ini. Ia adalah 3 acara terawal untuk 2014. Malah event page untuk setiap acara telah mula dibuka di Facebook sejak 1 Januari. Biar diletakkan dengan sedikit perkembangan terbaru...
1. Rumah Syurgaku @ HIKMAH VII pada 8 Februari 2014
Atur cara belum dibina tetapi ini tidak menjadi masalah. Secara umumnya akan diadakan tahlil untuk rumah baru (gambar paling atas tu kira bayangannya) berserta sambutan Maulidur Rasul. Ada juga majlis ilmu dengan penekanan diberikan pada tema "Rumahku Syurgaku". Antara isi pembentangan adalah tentang falsafah ukiran kayu pada rumah tradisional Melayu.
Untuk event page sila klik sini.
2. Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX pada 22 Februari 2014
Atur cara tentatif baru sahaja dibincangkan malam semalam. Dengan itu bolehlah dikongsikan di sini...
8 pagi : - Pendaftaran peserta
8.30 : - Doa bacaan oleh Ustaz Mohd Ikhwan Ibnu Ismail
- Ucapan kata aluan Ketua Pemuda Qaryah Bayan Lepas,
En. Seri Lanang Dato' Hj Shamsuri
- Ucapan kata aluan Pengerusi Qaryah Masjid Al-Hidayah, Bayan Lepas,
Dato' Hj Muhammad Subky Hj Abdul Rauf
- Ucapan kata aluan Presiden HIKMAH, En. Radzi Sapiee
10.30 - Jamuan pagi
11 : Pembentangan
- Tajuk 1. Penempatan Awal Melayu di Pulau Pinang –
Prof.Madya Datin Dr.Mahani Musa, Pensyarah Kanan,
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM)
11.45 - Tajuk 2. Wang Fiat dan Keruntuhan Ekonomi Orang Melayu –
Prof Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera, Dekan, Institut Kewangan dan Perbankan Islam,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) bersama Amirul Hj Mohamad, pengacara program
televisyen “To The Point” dan “Islamic Finance Today” di Hypp TV, Unifi juga
perunding ekonomi Islam dan aktivis dinar dirham
12.30 : Jamuan makan tengah hari
2.30 : Pembentangan
- Tajuk 3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu –
Shamsul Yunos, blogger nasional dan wartawan bebas, bekas wartawan akhbar The Malay Mail
3.15 - Tajuk 4. Ancaman Terhadap Akidah Umat Islam –
Tun Suzana Othman, penulis buku “Ahlul Bait dan Raja-raja Melayu” bersama Ustaz Iqbal Parjin,
aktivis KEMUDI (Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)
4 - Tajuk 5. Mencari Diri dan Erti –
Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”
dan bekas wartawan akhbar The New Straits Times
4.30 -5 : Bengkel berkumpulan menurut minat
9.30 malam - Iktikaf & Qiamulail (Masjid Al-Hidayah)

3. HIKMAH Aceh : Kembali ke Makam Nenda @ HIKMAH X pada 29 Mac 2014
Atur cara juga belum ditetapkan bagi acara ke-10 HIKMAH ini. Yang dicadangkan antaranya adalah lawatan ke tempat-tempat bersejarah terutama di pusat Banda Aceh. Cadangan tajuk pembentang pula pernah ditanya pihak mereka lalu biar dikongsikan di sini sepertimana dihantar kepada mereka...
1. Sejarah hubungan Aceh-Semenanjung Malaysia
2. Kedatangan Islam melalui Aceh - dari zaman Perlak ke Samudera Pasai dan kemudian
3. Tentang situs bersejarah Lamuri - Kepentingannya dalam sejarah Aceh
4. Aceh selepas Tsunami - Kebangkitan satu daulah? (boleh masuk sekali penemuan dinar di Kampung Pande)
5. Kalau jadi Puan Akal Sari datang ada subjek mengenai masjid dan mimbar
6. Motif Zulfiqar di Alam Melayu - ini kertas kerja yang pernah dibentang kawan kita Zahamri di Shah Alam kemudian Melaka. Sebelum itu ia telah dibentangkan dalam satu seminar antarabangsa di Aceh, atas cadangan Dr Anabel Galop dari British Library, London
7. Berpetualang ke Aceh - dari saya sendiri tentang pengalaman lama mencari makna diri...
Kiranya 5-7 insyaallah kami bawa dari Malaysia. Yang lain minta kawan2 dari Aceh bentang.
Untuk event page sila klik sini.
Untuk event page sila klik sini.
Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa kali ini saya membuka 3 event page sekali gus, bukan seperti sebelum ini di mana selepas selesai satu acara baru dibuka page untuk acara seterusnya. Jawabnya adalah kerana 2 dari acara ini dibuat di tempat jauh dari pusat kami di Lembah Klang. HIKMAH VIII di rumah kami di Sungai Buaya, Rawang memang sudah harus diwar-warkan kerana sudah agak dekat tarikh, tinggal kurang sebulan lagi HIKMAH IX di Pulau Pinang pula cuma 2 minggu selepas itu. Kalau diwar-warkan hanya selepas HIKMAH VIII selesai tentu akan terkejar-kejar apalagi lokasinya agak jauh ke utara.
HIKMAH X di Aceh pula memang harus diwar-warkan awal walaupun dijadualkan berlangsung lebih sebulan selepas HIKMAH IX. Ini kerana ia mahu dibuat di luar Malaysia lalu memerlukan lebih persediaan dan persiapan. Untuk menjimatkan belanja, tiket tambang murah kapal terbang harus ditempah cepat selain, mendapatkan penginapan, mengatur jadual perjalanan dan cuti. Mereka yang berminat boleh menghubungi Ustaz Mahyuddin dari Anjung Hikmah di 019-5064949.
Dengan ini rasanya lepaslah tanggungjawab saya untuk bercerita tentang 3 acara terawal HIKMAH ini. Selamat menyambut Maulidur Rasul. Allahummasoli ala Muhammad wa ala ali Muhammad... :]

No comments:
Post a Comment