Wednesday, February 12, 2014

HIKMAH VIII di Sungai Buaya - Santai hingga ke petang



Keadaan ketika jam 3.07 petang.





Setelah hampir 4 jam lewat dari jadual asal, sesi pembentangan ilmu pun dimulakan.


Aktivis seni rupa Melayu, saudara Mohd Zahamri Nizar mengulangi sambil memperbaiki kertas kerja bertajuk "Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19" yang pernah dibentangkannya pada HIKMAH V di Terengganu Jun lepas. Lihat HIKMAH Isra' dan Mi'raj : Dari khilafah Uthmaniyah ke Tokku Paloh dan mushaf quran Terengganu.


Cukuplah dengan sejumlah peserta/hadirin mengikutinya dari pelbagai arah...






Seperti biasa ilmu dicerna dalam keadaan santai.


Jam 3.50 gitu pembentang kedua, Puan Harleny Abdul Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris) membuka kertas kerja bertajuk "Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran".


Ini adalah tajuk baru dari beliau yang seperti Zahamri telah beberapa kali membentang pada acara HIKMAH.


Apabila mendapati suara yang dilontarkan dari sistem audio ringkas milik saya kurang kedengaran di belakang kemah saya meminta hadirin agar membawa kerusi ke hadapan.


Kalau ikut jadual asal harus ada pembentangan ketiga dari saya sendiri, dengan tajuk "Rumahku Syurga : Mencari Perhentian dalam Perjalanan". Namun apabila mendapati pembentangan Harleny tamat hampir waktu Asar saya fikir cukuplah, biar kita berehat dan berbual-bual santai.


Hadirin/peserta boleh minum petang dan bersolat.




Buat pertama kali sejak HIKMAH mengadakan acara tidak dibuat sesi berkumpulan menurut minat seperti perkerisan, persilatan dan sebagainya. Sesungguhnya acara kali ini juga merupakan 'pemanas'/perasmi rumah. Konsepnya harus jauh lebih santai dari acara-acara sebelumnya.


Dah lepas jam 6.30 baru terfikir hendak mengambil gambar beramai-ramai.


Cukuplah dengan sedikit yang masih tinggal sebelum acara ditutup. Yang penting rumah baru ini telah mendapat barakah kunjungan sahabat-sahabat seperjuangan.





No comments:

Post a Comment