Salam pagi Jumaat. Setelah beberapa lama sampailah masa untuk menunjukkan kedatangan rombongan HIKMAH ke makam Sultan Malikus Saleh.
Pada artikel Sambutan Komunitas Pakaian Adat Aceh di Pidie yang dibuat 11 April iaitu Jumaat 2 minggu lalu telah disebut saya dan keluarga mula keluar dari Banda Aceh untuk menziarahi beberapa tempat sebelum acara ke-10 HIKMAH diadakan 29 Mac 2014. Perjalanan seterusnya itu telah dihuraikan pada blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Lihat artikel berikut...
Misi HIKMAH Aceh - Berkejar ke Perlak sebelum bermalam Jumaat di makam Malikus Saleh
Setelah beberapa lama perjalanan pun membawa kami ke makam Sultan Malikus Saleh, pengasas kerajaan lama Samudera dan Pasai pada lewat malam Jumaat. Paginya Jumaat 28 Mac 2014 saya dan keluarga disertai rombongan 15 orang dari Malaysia yang sampai ke Banda Aceh petang Khamis.
Turut bersama adalah seorang sahabat yang datang dengan penerbangan dari Pulau Pinang ke Medan. Beliau telah bermalam di surau berdekatan makam.
Saya, isteri dan anak-anak juga ibu bapa telah bermalam di rumah anak penjaga makam yang terletak kira-kira 200 meter dari makam. Kelihatan dalam gambar ibu saudara yang datang bersama rombongan 15 orang memeluk anak saya Rasyid.
Rombongan ini diatur oleh Ustaz Mahyuddin (memandang ke kamera), pemilik syarikat Anjung Hikmah.
Banner HIKMAH pun dinaikkan melambangkan kami sudah sedia bersama untuk menjayakan acara.
Syukur alhamdulillah. Dapat juga kami bertemu di makam raja orang-orang salih ini. Sebelum itu ada kebimbangan mereka cuma dapat berjalan di sekitar Banda Aceh sahaja kerana takut kekurangan belanja. Ini disebabkan keadaan telah menyebabkan rombongan harus bayar lebih untuk tiket kapal terbang. Jumlah hari berada di Aceh juga harus ditambah untuk mendapatkan harga tambang pergi balik terbaik. Tetapi ini juga bermakna pertambahan satu malam sewa hotel selain belanja sewa kenderaan dan makan minum.
Saya tahu ramai yang mengikuti rombongan anjuran Anjung Hikmah ini menyimpan hajat untuk menziarahi makam Sultan Malikus Saleh. Maka itu saya cadangkan sebaik sahaja sampai di lapangan terbang di Banda Aceh terus naik kenderaan untuk ke Lhokseumawe 6 jam perjalanan. Dari situ tinggal 20 km sahaja gitu ke makam.
Alhamdulillah ini dapat dilaksanakan dengan lancar lalu bertemulah kami di hadapan makam raja besar bertaraf wali ini. Ustaz Mahyuddin memimpin tahlil. Biar ditambah beliau bertanggungjawab menjayakan acara ke-7 HIKMAH di Melaka 5 bulan lalu. Lihat Acara ketujuh HIKMAH di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 Nov 2013.
Kelihatan Ustaz Ikhwan yang datang bersendirian dari Medan kusyuk bertahlil. Beliau bertanggungjawab menjayakan acara ke-9 HIKMAH di Pulau Pinang 2 bulan lalu. Lihat Acara kesembilan HIKMAH di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Feb 2014.
Tanpa kehadiran para penyokong kuat seperti mereka tidak mungkin HIKMAH dapat bergerak jauh. Saya pun membawa mereka bersama menziarahi beberapa tempat. Lihat artikel HIKMAH group visit to the tomb of Sultanah Nahrisyah dan On to the tomb of Tun Sri Lanang di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
No comments:
Post a Comment