Salam Jumaat. Pada artikel
HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda sukses... sudah disebut betapa acara ke-10 HIKMAH yang diadakan di Banda Aceh 29 Mac lalu begitu berjaya. Turut disebut juga cerita tentang perjalanan acara cuma akan dibuat apabila penceritaan perjalanan keseluruhan saya dan keluarga di Aceh 23-30 Mac
blogspot CATATAN SI MERAH SILU sampai pada giliran harinya. Setakat ini 2 hari perjalanan telah diabadikan melalui penulisan. Sila lihat artikel berikut :-
Misi HIKMAH Aceh - Dari Lampulo ke Lampuuk
Untuk sampai pada penceritaan acara HIKMAH yang berlaku 29 Mac iaitu pada hari ke-7 kami di Aceh kita harus menunggu 5 hari penceritaan lagi. Namun pada hari ke-3 perjalanan yang diceritanya baru dimulakan di blogspots saya yang lain tadi berlaku satu peristiwa yang sangat kena-mengena dengan HIKMAH. Maka itu biar diceritakan di sini...
Perjalanan membawa saya dan keluarga singgah ke markas Komunitas Pakaian Adat Aceh, sebuah NGO yang mahu melestarikan pemakaian busana tradisional Aceh, berpusat di Pidie.
Mereka ini adalah antara penganjur utama acara ke-10 HIKMAH yang dijadualkan berlangsung 29 Mac - acara diadakan atas permintaan mereka beberapa bulan lalu ketika bertandang ke Kuala Lumpur. Lihat artikel
Membawa HIKMAH ke Aceh yang dibuat pada hari ulangtahun ke-9 Aceh dilanda Tsunami. Maka fikir saya mahu singgah di sini untuk membincangkan penganjuran majlis...
Tengok-tengok ramai yang menyambut sedangkan saya fikir mahu berbincang dengan seorang dua. Malah ramai yang berpakaian adat lengkap dan mereka rupanya sudah menunggu saya beberapa jam.
Nasib baik saya ada membawa tanjak dalam kereta. Maka saya pun pakailah. Kami mula berbual-bual tentang perkembangan usaha pelestarian budaya di Aceh. Turut dibincangkan adalah perkembangan kemajuan Aceh demi menghidupkan kedudukan lamanya sebagai sebuah kerajaan besar yang pernah menjadi pusat dakwah Islam seluruh Nusantara/Alam Melayu. Lihat video di bawah...
Terasa kehadiran saya sangat dihargai oleh mereka. Seorang menunjukkan senjata pusaka yang dimilikinya.
Hadirin semakin bertambah dengan kehadiran adik-adik yang masih bersekolah.
Setiap yang saya katakan diberikan perhatian seolah-olah saya seorang ketua penting masyarakat.
Tidak lama kemudian muncul seorang wartawan dari akhbar Serambi Indonesia lalu mula menemuramah. Saya pun bercerita tentang HIKMAH dan bagaimana boleh timbul rancangan untuk membawanya ke Aceh...
Saya turut ditanya tempat-tempat bersejarah di Malaysia yang ada kaitan dengan Aceh sebelum menjamu selera.
Seterusnya kami sekeluarga dibawa menyertai sambutan maulidur rasul di sebuah rumah.
Setelah beberapa hari saya mendapat tahu lawatan ke markas Komunitas Pakaian Adat Aceh ini diabadikan pada akhbar...
Gambar keluar besar di muka surat 11 seolah-olah mengingatkan pada tarikh saya pertama kali sampai ke beberapa tempat bersejarah di Pidie 11.11.11. Semoga ini menguatkan hubungan silaturrahim para pejuang kedaulatan agama, bangsa dan negara di Malaysia dengan yang ada di Aceh. Semoga orang-orang Aceh pula dapat lebih maju ke hadapan membina kembali kekuatan lama bumi Serambi Mekah yang sudah hilang. Amin.
No comments:
Post a Comment