Merujuk pada artikel Kehilangan dinar Melaka - Usaha untuk meminggirkan kuasa ekonomi sebenar Melayu? yang dipaparkan jam 12.08 tengah malam tadi. Hari ini timbul rasa untuk bercerita sedikit tentang apa yang berlaku semasa mesyuarat penganjuran HIKMAH Pagoh - Hol Almarhum Sultan Alauddin yang diadakan di masjid sebelah makam sultan petang Isnin. Tapi cuma mengenai hal video...
Saya datang ke mesyuarat membawa laptop atau komputer riba bersedia untuk menunjukkan paparan video acara-acara terdahulu HIKMAH. Fikir saya montaj (dari perkaraan Inggeris montage) memaparkan ringkasan-ringkasan daripada setiap 10 acara yang telah diadakan setakat ini telah tersimpan elok dalam fail yang dipanggil HIKMAHprocessed.
Bila masuk tengok-tengok masih ada satu lapisan fail. Patutnya kalau montaj sudah ditunjukkan thumbnail atau paparan kecil setiap video.
Masuk dalam fail pula tengok-tengok yang ada cuma video-video yang sudah disunting atau diproses tetapi belum digabungkan sambil diringkaskan menjadi montaj. Bila cari di tempat lain dalam laptop ternyata tiada video montaj. Yang ada cuma video yang sudah diproses. Itupun untuk acara 1-3 dan 7-10 HIKMAH, untuk acara 4-6 nampaknya dah hilang.
Nampaknya saya sudah tersilap persediaan. Tak dapatlah saya menunjukkan kepada mesyuarat bagaimana setiap 10 acara dapat dilangsungkan dengan jayanya. Yang dapat adalah paparan video diproses yang setiap satu memakan masa yang agak panjang. Untuk meringkaskan dan menjimat masa video harus 'dilompat-lompatkan' secara manual, main agak-agak...
Pagi tadi baru teringat untuk menyemak di dalam external drive. Tengok-tengok apa yang ada serupa dalam laptop. Apakah saya telah terpadam atau tidak sengaja terdelete video-video montaj? Saya pasti ada membuatnya untuk setiap 10 acara dan pernah memuatnaik kesemuanya ke Youtube.
Tetapi itu pada komputer lama yang rosak teruk beberapa bulan lalu. Yang saya pakai sekarang adalah komputer lain yang dibeli second hand secara top up duit sambil menyerahkan komputer lama. Nampaknya saya terlupa nak back up. Yang ada dalam external drive cuma video-video asal yang dirakam dalam format Sony AVCHD Full HD lalu memakan ruang memory yang sangat besar. Nak proses balik jadi ringan dan mudah untuk tatapan ramai memakan banyak kerja dan masa. Nak diringkaskan jadi montaj perlu satu lagi lapisan kerja atau proses. Malas dah nak buat...
Nasib baik saya berjaya menemui montaj untuk acara 1-5 HIKMAH yang disediakan untuk ditunjukkan pada acara ke-6 di Perkampungan Hang Tuah, Kampung Duyung, Melaka penghujung 2013. Nasib baik juga memang semua 10 montaj pernah dimuatnaik ke Youtube, 5 bulan lalu... selepas siap memaparkan semua yang patut tentang acara ke-10 di Aceh penghujung Mac. Montaj-montaj ini dimuatnaik untuk dikongsikan dalam artikel HIKMAH berehat dan Faktor 131. Ketika itu saya berniat untuk berehat lama daripada terlibat dengan apa-apa acara mendaulatkan Melayu dan Islam... setelah membatalkan niat untuk bersara.
Kini keadaan telah memanggil saya untuk keluar daripada rehat. Dengan itu biar dikongsikan kembali semua montaj berserta link membawa kepada artikel kompilasi yang mengumpulkan semua artikel berkaitan bagi setiap acara. Selamat menonton dan/atau mengulangkaji... :]
No comments:
Post a Comment