Alhamdulillah, tajuk ini harus sudah cukup untuk menerangkan keadaan.
Pagi Jumaat sekumpulan anak muda Pagoh telah mula menyiapkan lokasi untuk acara yang akan berlangsung 8 Nov iaitu esok hari Sabtu bersamaan 15 Muharram. Petang selepas jam 3 saya dan keluarga pula sampai bersama beberapa orang anak muda dari Kampung Temiang, kampung ibu saya di Muar untuk mencukupkan apa yang perlu.
Kami juga telah menyiapkan sejumlah meja di serambi masjid untuk jualan. Tetapi ini dikhaskan untuk jualan berbentuk penulisan iaitu buku dan kitab-kitab memandangkan 4 orang dari pembentang pada acara ke-11 HIKMAH ini adalah juga penulis buku. Selain itu ruang disediakan untuk pameran berkaitan termasuk salasilah raja-raja.
Namun jangan risau. Seperti dijanjikan tapak perniagaan percuma dibuka kepada semua tanpa perlu mendaftar pun, boleh walk-in dan terus berniaga. Cuma harap gunakan kerusi meja sendiri ya. Kalau takda niaga atas tikar pun tak mengapa. Pandai-pandailah cari tempat yang sesuai kerana ruang cukup banyak asal tidak mengganggu perjalanan acara.
Antara yang awal masuk dan sudah lama bekerjasama dengan kami adalah Khazanah Fathaniyah, penerbit penulisan bermutu tentang ulamak-ulamak silam Melayu, diasaskan oleh almarhum Ustaz Wan Saghir.
Menariknya, saya diberitahu ini adalah penglibatan mereka yang ke-313 dalam mana-mana acara sejak Khazanah Fathaniyah diasaskan. Semoga ini menjadi petanda baik perjuangan Melayu dan Islam. Untuk lain-lain butiran tentang acara, sila masuk artikel sebelum ini Berkat 10 Muharram - Sokongan jabatan agama untuk meneruskan acara.
No comments:
Post a Comment