Friday, December 5, 2014

Membuka x-file Beruas - Misteri batu bersurat piramid bertulisan ayat al-Quran

Salam semua. Merujuk pada artikel Mencari Batu Bersurat Beruas - Misi untuk acara ke-13 HIKMAH nanti? yang dibuat Selasa 25 November iaitu 10 hari lalu. Berlaku rentetan beberapa perkara yang memberangsangkan untuk acara. Ini adalah salah satu daripadanya...


Tidak lama selepas artikel tersebut disiarkan Profesor Dato' Dr Othman Yatim menghubungi mengajak saya berjumpa. Rabu selepas Maghrib saya, isteri dan anak-anak pun sampai ke rumahnya. Kami berbual panjang tentang acara.


Rupa-rupanya beliau mahu meminjamkan satu fail lama mengandungi keratan-keratan akhbar tentang penemuan barangan-barangan purba/artifak di Beruas. 


Cuma disebabkan sibuk dengan hal lain malam semalam baru saya dapat betul-betul menelaah fail lalu mengatur isinya mengikut kronologi atau turutan masa.






Pagi Jumaat tadi pula baru saya berkesempatan untuk mengambil gambar semua keratan akhbar dalam fail. Ternyata kesemuanya daripada tahun 1986..


.


Beruas sedang mencuri perhatian Malaysia dengan cerita-cerita penemuan barangan purba/artifak. Ia dipercayai tinggalan kerajaan lama Beruas, sebuah kerajaan Melayu Islam yang pernah berdiri di atas runtuhan kerajaan purba Gangganegara. Anda boleh klik atau buka gambar dalam windows baru untuk bacaan yang lebih terang.





Paling menarik adalah tentang batu bersurat yang katanya  berbentuk piramid, diliputi ayat-ayat Al-Quran. Cuma ia sebenarnya ditemui secara tidak sengaja 10 tahun sebelum cerita keluar. Apabila mahu dicari tahun 1986, tiada siapa dapat menemuinya...














1 comment:

  1. biasanya apabila sesuatu bukti sejarah ditemui disesuatu kawasan, pemilik tanah, ahli politik, ahli perniagaan dan orang-orang yang berkepentingan dengan segera akan menghilangkan kesan-kesan sejarah tersebut kerana bimbang kawasan tersebut akan digezetkan oleh pihak muzium sebagai tapak warisan/arkeologi yang boleh menyebabkan sesuatu kawasan tersebut tidak boleh dibangunkan dalam suatu tempoh yg panjang. batu bersuarat beruas juga mungkin menerima nasib yang sama...

    ReplyDelete