Friday, January 16, 2015

HIKMAH Lembah Bujang - Persediaan akhir sebelum acara menjelang pagi Sabtu

Sukacita dimaklumkan saya, keluarga dan beberapa orang ahli keluarga HIKMAH daripada jauh sudah berada di Kedah, bersedia untuk menjayakan acara ke-12 HIKMAH yang akan berlangsung di Taman Lembah Bujang, Sabtu iaitu esok 17 Januari bermula jam 7 pagi.


Petang kami singgah di tempat acara untuk melihat beberapa persiapan terakhir.








Alhamdulillah, rumah milik persendirian yang diberi nama Pondok A.M. Bawa Muhaiyaddeen ini sudah sedia untuk menerima tetamu. Tentang lokasi dan kedudukan tepat sila masuk artikel HIKMAH Lembah Bujang - Lokasi tepat dan pengisian.



Daripada serambi rumah boleh kelihatan puncak Gunung Jerai. Oh, sebelum ke rumah ini kami telah terlebih dahulu bertandang ke puncak tersebut.






Adapun pada artikel HIKMAH Lembah Bujang - Lokasi tepat dan pengisian.yang ditulis seminggu lalu itu saya ada menyatakan sedang menunggu kepastian daripada ketua penyelidik daripada USM (Universiti Sains Malaysia), Prof Dato' Dr Mokhtar Saidin apakah beliau dapat menyumbang sedikit ilmu pada acara. Tengah hari Khamis iatu semalam baru beliau memberikan kepastian. Biar dicopy and paste pengumuman yang kemudian saya  buat dalam Facebook... 


------------------



PERSETUJUAN PROF MOKHTAR SAIDIN UNTUK MENYERTAI HIKMAH LEMBAH BUJANG - ATURAN TERBARU PEMBENTANGAN


Salam semua. Seperti dijanjikan beliau, Prof Dato' Dr Mokhtar Saidin, ketua penyelidik daripada USM yang membuka tapak arkeologi Sungai Batu telah menjawab e-mail saya untuk memberikan kepastian hari ini samada akan melibatkan diri pada HIKMAH Lembah Bujang 17 Januari iaitu Sabtu ini ataupun tidak. Sukacita dimaklumkan beliau bersetuju untuk terlibat dan membentang. Cuma beliau mohon agar diberi ruang sebelah pagi kerana petang ada program lain.

Prof Mokhtar juga bersetuju untuk memberikan taklimat di tapak arkeologi Sungai Batu pada keesokannya Ahad 18 Januari. Beliau mahu memulakannya pada jam 9 pagi di POS A (kena semak balik yang manakah Pos A kerana tapak ini memiliki beberapa pintu masuk). Oleh itu beliau memohon semua dapat hadir tepat pada masanya kerana harus menghadiri progam lain pada sebelah petang. Cuma atas sebab tertentu, sesi penghayatan tidak dibenarkan. Ini adalah cadangan di mana peserta mahu dibahagikan kepada 10 kumpulan untuk memerhatikan 10 bahagian tapak lalu memberikan maklum balas untuk dikongsikan kepada semua.


Secara rata atur cara pada hari Sabtu tetap seperti dahulu iaitu seperti berikut :-


8 - 9 pagi : Kedatangan tetamu

9 - 10 : Maulidur Rasul

10 - 10.45 - Pembukaan – Ucapan-ucapan aluan dan sebagainya

Rehat 15 minit

11 - 1 - Sesi pembentangan tengah hari

Rehat makan tengah hari/Zohor

2.30 - 4.30 Sesi pembentangan petang

Rehat minum petang/Asar

5 : Taklimat penutup hari



Cuma aturan pembentangan sahaja berubah menjadi seperti ini :-


1. Sungai Batu sebagai Tapak Tamadun Tertua di Asia Tenggara - Profesor Dato' Dr Mokhtar Saidin, Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) Universiti Sains Malaysia (USM)

2. Masjid Kuno Pengkalan Bujang Kurun ke-9 – Dr Harleny Abd Arif, pengkaji seni visual, khusus dalam penelitian mihrab dan mimbar masjid

3. Tarikan Mistik Gunung Jerai dan Sekitarnya - Tuan Che Ross/ Idrus, pemilik rumah tempat acara merangkap wakil Pusaka Gayong Lembah Bujang juga Gurun

4. Hindu dan Buddha berasal daripada agama Islam - Tuan Hasan Yusof, pegawai penyelidik Mahkamah Syariah Melaka, penulis buku "Sultan-sultan Soleh di Nusantara"

5. Mencari Kebenaran dalam Hikayat Merong Mahawangsa - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH, penulis trilogi novel "Berpetualang ke Aceh"



Untuk sesi lawatan lapangan hari Ahad pula atur cara jadi begini :-

8.30 – 9 pagi : Kedatangan peserta

9 : Taklimat lapangan oleh Profesor Dato' Dr Mokhtar Saidin, Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) Universiti Sains Malaysia (USM).

Oleh kerana sesi penghayatan yang dicadangkan tidak dibenarkan kita tukar jadi sesi lawatan bebas selepas taklimat. Selepas itu eloklah kita beramai2 berziarah ke makam Sultan Muzaffar Syah I Kedah yang terletak berdekatan dan mengadakan majlis tahlil ringkas. Apalagi ketika itu, 18 Januari adalah hari keputeraan Sultan Kedah merangkap Yang di-Pertuan Agong sekarang.






Satu maklumat tambahan saya baru perolehi petang tadi - Orang kuat silat gayong atau lebih tepat, Pusaka Gayong, Cikgu Abdul Majid Mat Isa (ada yang sebut Dato' Paduka) telah bersetuju untuk merasmikan majlis. Insyaallah berjumpa kita pagi nanti di Lembah Bujang ya. Salam perjuangan untuk kedaulatan Melayu dan Islam... :]



No comments:

Post a Comment