Salam wahai para pembaca sekalian, keluarga/ rakan-rakan HIKMAH yang dimuliakan. Ketika ini tinggal seminggu sahaja lagi sebelum acara ke-12 HIKMAH diadakan di Lembah Bujang 17-18 Januari 2015. Oleh itu bolehlah lokasi tepat acara dipaparkan bersama pengisian yang telah dapat ditetapkan.
Ini adalah peta Google Map berserta laluan yang boleh digunakan untuk sampai ke tempat acara. Laluan berwarna biru adalah yang terdekat daripada tol Lebuh Raya PLUS Sungai Petani Selatan sedangkan yang kelabu adalah laluan jika keluar lebuh raya daripada tol Sungai Petani Utara. Tempat yang hendak dituju adalah sebuah rumah unik di Taman Lembah Bujang. Jaraknya cuma 16.9 km daripada tol selatan menghala ke pekan Merbuk, selatan Gunung Jerai.
Zoom-in terus ke kawasan perumahan. Ia terletak berdekatan MRSM (Maktab Rendah Sains Mara) Merbok.
Laluan yang ditunjukkan adalah yang difikirkan terbaik untuk sampai ke rumah. Alamat tepat adalah :-
No 23E, Jalan Lembah Bujang 11/1.
Taman Lembah Bujang,
08100 Bedong,
Kedah Darul Aman.
Koordinat GPS pula adalah 5°42'23.31"N 100°26'00.63"E
Pergi ke lokasi seperti dinyatakan dan akan kelihatanlah rumah dengan rekabentuk unik ini. Tuan rumah memanggilnya Pondok A.M. Bawa Muhaiyaddeen. Ia sempena nama seorang ahli Sufi dari Sri Lanka yang mencipta nama di Amerika Syarikat tahun 1970an dan 80an. Memandangkan tarikh acara adalah pada Sabtu 17 Januari 2015 bersamaan 26 Rabiulawal 1436 Hijriah, musim Maulidur Rasul, sambutan berkenaan akan dibuat...
Atur cara ringkas :-
8 - 9 : Kedatangan tetamu
9 - 10 : Maulidur Rasul
10 - 10.45 - Pembukaan – Ucapan-ucapan aluan dan sebagainya
Rehat 15 minit
11 - 1 - Sesi pembentangan tengah hari
Rehat makan tengah hari/Zohor
2.30 - 4.30 Sesi pembentangan petang
Rehat minum petang/Asar
5 : Taklimat penutup
hari
Tajuk-tajuk pembentangan akan dipersembahkan menurut turutan seperti berikut :-
a.
Mencari Kebenaran dalam Hikayat Merong Mahawangsa - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH, penulis trilogi novel
"Berpetualang ke Aceh"
b.
Tarikan Mistik Gunung Jerai dan Sekitarnya - Tuan Che Ross/ Idrus, pemilik rumah tempat acara merangkap wakil Pusaka
Gayong Lembah Bujang juga Gurun
c.
Masjid Kuno Pengkalan Bujang Kurun ke-9 – Dr Harleny
Abd Arif, pengkaji seni visual, khusus dalam penelitian mihrab dan mimbar
masjid
d.
Hindu dan Buddha berasal daripada agama Islam - Tuan Hasan Yusof, pegawai penyelidik Mahkamah Syariah Melaka, penulis
buku "Sultan-sultan Soleh di Nusantara"
Kami sedang menunggu kepastian daripada Profesor Dato' Dr Mokhtar Saidin, ketua penyelidik daripada USM (Universiti Sains Malaysia), Pulau Pinang yang bertanggungjawab membuka tapak arkeologi Sungai Batu untuk menyerikan majlis ini. Beliau diminta membentang kertas kerja bertajuk (tentatif) Sungai Batu sebagai Tapak Tamadun Tertua di Asia
Tenggara. Prof Mokhtar akan memberikan kepastian pada 15 Januari kerana berada di Peshawar, Pakistan sehingga 14 Januari.
Atur cara lawatan lapangan :-
9.30 – 10 : Kedatangan peserta
10-10.45 : Penerangan lapangan dari tapak ke tapak
10.45 – 11.30 : Sesi penghayatan tapak sejarah menurut 10
kumpulan di 10 bahagian tapak
11.30 – 12 : Maklum balas oleh setiap wakil kumpulan
Kami juga bercadang untuk membuat lawatan/ziarah ke makam Sultan Muzaffar Syah I Kedah. Lihat Rupa baru makam Sultan Muzaffar Shah I Kedah (New look of tomb of Sultan Muzaffar Shah I Kedah). Kebetulan tarikh 18 Januari adalah hari keputeraan Sultan Kedah yang juga merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia sekarang. S
elepas itu peserta dijemput bertandang ke restoran Gulai Stesen
berhadapan Jabatan Pertahanan Awam, Taman Jubli, Sungai Petani untuk sesi
santai menggamit kembali pembentangan dan lawatan lapangan sambil menikmati
juadah ringan.
Seperti biasa pada setiap acara HIKMAH, sesiapa yang sayangkan Melayu dan Islam boleh datang dan penyertaan adalah percuma. Boleh juga datang berniaga terus on the spot. Digalakkan memakai busana Melayu bertanjak, bersampin dan berkeris.
No comments:
Post a Comment