Tergerak saya untuk berkongsi sedikit perkembangan terbaru dalam tempoh 24 jam...
Sejam tadi saya tergerak untuk membuat pengumuman berikut di Facebook. Sedikit sebanyak ia melibatakan acara ke-13 HIKMAH yang akan berlangsung di Ladang Alam Warisan, Seri Menanti, Negeri Sembilan hari Sabtu ini. Maka biar dicopy and paste di sini :-
RANCANGAN PERJALANAN TERDEKAT UNTUK DOKU "DAULAH MELAYU" INSYAALLAH
Salam. Tergerak saya untuk menyatakan ini bila teringat bahawa 6-7 minggu lalu saya ada menyebut akan ke London di England, Leiden di Belanda dan Lisbon di Portugal untuk membuat penyelidikan bagi satu siri dokumentara tentang Alam Melayu. Saya ada meminta para pembaca termasuk kawan2 lama memberikan maklum balas apakah tempat yang elok dituju demi mendapatkan maklumat juga kesan visual terbaik dalam masa terhad untuk menggambarkan kebesaran tamadun Melayu. Kemudian saya menyebut rancangan ditunda ke selepas April lepas tu senyap.
Ketika itu juga saya menyebut rancangan adalah untuk 26 episod sepanjang sejam setiap satu tanpa menyatakan doku akan diberi nama "Daulah Melayu". Disebabkan ada kekangan bajet yang muncul kemudian kami harus menghadkan pada 13 episod, kecuali bajet asal dapat dijana dalam tempoh pelaksanaan doku. Sebetulnya perkara dan rancangan perjalanan yang lebih konkrit telah diluruskan seawal sebulan lalu. Hari ini baru timbul gerak untuk berkongsi, apabila terbetik dalam fikiran mungkin ada orang terfikir saya tidak serius tentang rancangan perjalanan setelah lama senyap sedangkan dahulu sibuk meminta maklum balas.
Dengan ini biar dikongsikan point by point apa yang telah diluluskan untuk berkongsi, Kebenaran sebenarnya telah diperolehi seawal sebulan lalu...
1) Nama projek "Daulah Melayu"
2) Rancangan asal 26 episod sepanjang sejam setiap satu. Tapi buat masa ini ia harus dipendekkan ke 13 episod sepanjang sejam setiap satu namun boleh dikembangkan kembali ke 26 episod apabila perlu
3) Bajet asal RM3.8 juta
4) Bajet terjamin dapat RM1 juta
5) Bajet yang terjamin dapat itu adalah dalam bentuk grant daripada satu badan menurut kontrak dan syarat2 tertentu. Ia akan dilepaskan secara berperingkat dalam tempoh 2 tahun kerana ketika proposal dibuat sudah ada pihak bersedia untuk mendapatkan baki RM2.8 juta untuk keseluruhan projek
6) Rancangan asal adalah mengeluarkan 13 episod untuk siaran tahun hadapan diikuti 13 episod lagi. Sekarang kami cuba berusaha mendapatkan 13 episod untuk tahun hadapan dengan separuh bajet terjamin dijangka cuma boleh diperolehi selepas setahun daripada sekarang
7) Namun kami akan berusaha mendapatkan dana tambahan dan menampung apa2 kekurangan menggunakan cara lain yang akan diumumkan kemudian
8) Tim "Daulah Melayu" insyaallah akan memulakan usaha dengan melibatkan diri dalam acara ke-13 HIKMAH yang akan diadakan di Ladang Alam Warisan, Seri Menanti, Negeri Sembilan Sabtu ini.
9) Sesi berkumpulan HIKMAH kali ini mahu digunakan untuk mendapatkan maklum balas yang boleh membantu pengisian dokumentari
10) Selain lawatan pendek seperti itu perjalanan pertama insyaaallah akan dibuat pada bulan Ramadhan menaiki kereta atau kenderaan darat serupa. Saya dan beberapa orang ahli akan membuat perjalanan pusing Semenanjung hingga ke selatan naik Pantai Timur lalu masuk ke Thailand melalui Pengkalan Kubor di Kelantan naik ke Patani hingga ke Songkhla (Singgora) sebelum masuk kembali Malaysia melalui Hatyai
11) Perjalanan London-Leiden-Lisbon insyaallah akan dibuat bulan September iaitu selepas raya
12) Saya juga akan menangani episod dan segmen melibatkan Aceh lalu akan membuat perjalanan ke sana, mungkin pusing hingga ke Barus dan Medan dalam propinsi (setingakt negeri) Sumatera Utara tapi tarikh belum ditetapkan
13) Dan saya rasa tak salah berkongsi ini. Asalnya saya cuma seorang penyelidik, penasihat, konsultan dan ahli panel skrip. Rancangan akan dihoskan seorang personaliti televisyen. Tetapi memandangkan saya cukup pengetahuan, tidak perlu dicoaching lagi dan boleh bercakap di hadapan kamera video pihak penerbit telah meminta saya menjadi hos dan saya telah bersetuju.
Doakan usaha kami ini berjaya ya kawan2. Adalah menjadi hasrat kami mahu melibatkan seramai mungkin anak2 Melayu yang sayangkan agama dan bangsa lalu merasakan ini adalah projek bersama, bukan usaha atau milik kami sahaja...
----------------------
Siang semalam pula saya diberitahu sedikit masalah yang boleh menggangu kelancaran atur cara. Alhamdulillah ia dapat selesaikan pada malamnya. Dengan itu biar dicopy paste update yang dibuat di FB...
ATUR CARA TERBARU HIKMAH SERI MENANTI 4 APRIL IAITU SABTU INI
Salam semua. Dukacita dimaklumkan, sahabat kami tuan Amirul Haji Mohamad yang dijadualkan membentang kertas kerja tentang dinar dan dirham jatuh sakit diserang denggi lalu harus dimasukkan ke dalam wad. Doakan sahabat yang sudah banyak kali membentang secara sukarela dalam acara2 HIKMAH ini cepat sembuh ya. Selain itu tuan Bshamsul Atoque yang dijadualkan membentang tentang 7 Wasiat Melayu pula tiba2 ada komitmen keluarga hari Sabtu. Maka itu beliau yang juga sudah banyak kali membentang secara sukarela bersama HIKMAH tidak dapat turun ke Seri Menanti.
Nasib baik sahabat lain, Puan Norbaini Hassan dapat menangani topik dinar dirham lalu sudi menjadi pengganti bagi Amirul. Selain itu seorang lagi sahabat lama, tuan Mohd Zahamri Nizar bersedia untuk mengisi slot yang ditinggalkan Shamsul dengan salah satu topik terawal ketika HIKMAH mula2 muncul 2 setengah tahun lalu iaitu tentang motif pedang Zulfiqar, pedang utama Nabi Muhammad SAW.
Sambil itu saya fikir elok dibentangkan sekali sedikit pengenalan tentang HIKMAH memandangkan power point tentangnya pun masih ada dalam simpanan saya. Dengan ini biar atur cara terbaru HIKMAH disenaraikan begini. Sekali lagi semua dijemput datang untuk memeriahkan. Harap dapat pakai busana tradisional Melayu ya... :-
ATUR CARA HIKMAH SERI MENANTI 4 APRIL SABTU INI
8.00 – 9.00 am : Kedatangan peserta dan sarapan pagi
9..00 - 10.00 : Pembukaan, ucapan alu-aluan dan sebagainya.
Pengenalan HIKMAH oleh presiden dan pengasas Radzi Sapiee.
10.00am - 12.30 pm : Pembentangan pagi :-
1. “Dinar Dirham vs Wang Kertas dan Penipuan Perbankan” oleh Norbaini Hassan, jururunding kewangan Islam, aktivis dinar dan dirham
2. "Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara" – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni ukir dan khat
3. “Tipu Daya Dajjal dan Illuminati untuk Menakluki Dunia” oleh Mohd Khalid Yahya @ Muhammad Nurani Maarif, penulis buku “Membongkar Misteri Dajjal”, pengerusi AKAR (Akademi Kajian Rumpun Nusantara)
12.30 – 2.00 pm : Rehat, solat dan makan tengah hari
2.00 – 4.30 pm : Pembentang petang :-
1. “Teknologi Melayu lama : Bukti Bangsa yang Berkebolehan” oleh Hasan Yusof, pegawai penyelidik Mahkamah Syariah Melaka
2. “Negeri Sembilan sepintas lalu : Dari Melaka ke Seri Menanti” oleh Aziz Hj Mohd Gorip, Kurator, Lembaga Muzium Negeri Sembilan
3. “Jalan Penarikan : Membuka Laluan Lama” oleh Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH, penulis siri buku “Berpetualang ke Aceh”
4.30 - 5.15pm : Rehat Asar dan minum petang
5.15 - 6pm : Sesi berkumpulan - Mengisi "Daulah Melayu". Sesi akan dimulakan dengan sedikit pengenalan oleh pihak penerbit dokumentari.
No comments:
Post a Comment