Monday, April 6, 2015

HIKMAH Seri Menanti - Langkasuka dan persediaan malam hari

Salam semua. Sukacita dimaklumkan bahawa acara ke-13 HIKMAH sudah selamat dilaksanakan di Ladang Alam Warisan, Seri Menanti hari Sabtu. Sekarang bolehlah cerita mula dikongsi.



Sudah diberitahu pada artikel HIKMAH Seri Menanti - Bersedia untuk membuka laluan lama 6 hari lalu bahawa acara kali ini diadakan bertindan dengan satu program beliau yang dijadualkan bermula Jumaat malam Sabtu membawa ke tengah hari Ahad. Jumaat 3 April saya dan keluarga sampai ke ladang jam 9 malam untuk menyertai program.



Ada tayangan filem "Queen of Langkasuka" untuk malam itu.



Tetapi disebabkan kesesakan lalu lintas di Lebuh Raya PLUS diikuti jalan ke Kuala Pilah para pelajar yang menyertai program, datang dengan 3 buah bas cuma dapat sampai hampir tengah malam.



Mereka tidak dapat mengikut tayangan yang sudah tamat ketika itu.



Apa yang dilakukan adalah taklimat tentang acara induk HIKMAH yang akan berlangsung siang nanti serta persediaan yang perlu dilakukan melibatkan mereka...



Malam itu juga digantung sepanduk HIKMAH selain beberapa perkara yang patut. Jam 3 pagi baru mereka boleh berhenti dan masuk tidur.


No comments:

Post a Comment