Friday, December 25, 2015

Bertari silat di Pasir Salak

Bersambung daripada artikel Bersyair dan bergurindam di Pasir Salak.


Ahad 20 Disember 2015 selepas Zuhur hadirin berkumpul lagi untuk lanjutan acara.











Jika malam sebelumnya ada pertandingan gurindam, sajak dan syair, siang pula menyaksikan pertandingan silat.





Selepas pertunjukkan dilakukan oleh sahabat-sahabat daripada Penjurit Kepetangan diikuti persembahan oleh guru-guru daripada aliran lain baru pertandingan dibuka.
































Selepas itu para pemenang menerima hadiah.


Hadirin bergambar sebelum acara ditutup dan mereka bersurai...












Thursday, December 24, 2015

Bersyair dan bergurindam di Pasir Salak

Salam semua. Sudah lebih 3 bulan blogspot ini tidak dikemaskinikan. Biar dikongsikan satu cerita yang berkenaan...


Pada artikel ke-215 di blogspot ini iaitu artikel sebelum ini ada diberitahu bahawa sebelum dan selepas acara ke-15 HIKMAH diadakan di Beruas 8 Ogos, pihak kami terlibat dengan acara-acara di Pasir Salak. Lihat artikel-artikel berikut :-


1.  Sekitar WB River Fest 29-31 Mei 2015

2. Sekitar Festival Rakyat @ Pasir Salak - Ribut taufan yang 'menyambut' PM Najib

3. Sekitar Festival Rakyat @ Pasir Salak - Sabtu yang lebih tenang



Sabtu malam Ahad 19 November 2015 sekali lagi kami ke Pasir Salak untuk majlis yang berkaitan. Ada pertandingan silat, gurindam dan syair yang mana pihak penganjur acara-acara yang kami hadiri sebelum ini turut terlibat sama.











Majlis kali ini turut dianjurkan oleh sahabat-sahabat kami yang membawa aliran persilatan Penjurit Kepetangan warisan Megat Terawis. 








Turut hadir adalah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Ali Rustam dalam kapisiti sebagai presiden PESAKA, Persatuan Silat Kebangsaan Malaysia.


Majlis dirasmikan oleh timbalan Menteri Pertanian, Dato Seri Tajuddin Abdul Rahman yang juga merupakan ahli parlimen Pasir Salak.


Bergambar beramai-ramai selepas perasmian.


Kemudian pertandingan syiar/gurindam/sajak pun dimulakan...





Kebetulan di bawah pentas ada rekahan cat. Ia kelihatan seperti seorang pahlawan sedang mengatur langkah dalam keadaan santun merendah diri...


Friday, September 11, 2015

Acara kelima belas HIKMAH di Dewan Orang Ramai Kampung Banjar, Beruas 8-9 Ogos 2015



Iham untuk mengadakan acara di Beruas terbit penghujung 2014 setelah satu peristiwa mengingatkan penulis merangkap presiden dan pengasas HIKMAH tentang Batu Bersurat Beruas yang katanya pernah menarik perhatian ramai tahun 1980an. Menurut jalan cerita yang terdapat dalam kitab Hikayat Merong Mahawangsa ia terasa sesuai diadakan selepas majlis di Lembah Bujang yang merupakan acara ke-12 HIKMAH berlangsung pertengahan Januari 2015 . Acara di Beruas pun diumumkan sebagai yang ke-13 dengan tarikh 21 Februari 2015 menjadi pilihan. Namun tinggal seminggu sebelum tarikh, pihak penganjur tempatan memohon agar ia ditunda sekurang-kurangnya 2-3 bulan lagi.

Tarikh baru 6 Jun pun dipilih menjadikannya acara yang ke-15 menggantikan majlis di Chenor, Pahang yang dijadualkan berlangsung awal Mei. Sebelum itu telah diputuskan bahawa acara ke-15 harus menjadi penutup acara-acara HIKMAH buat beberapa lama, sekurang-kurangnya untuk tahun 2015. Ini memang ikrar penulis memikirkan bahawa sudah begitu banyak acara HIKMAH diadakan di merata Semenanjung Malaysia membawa luar negara ke Aceh sedangkan salah satu tujuan asal HIKMAH itu sendiri muncul iaitu menghilangkan mental block yang mengganggu satu projek penulisan buku tahun 2012 pula seperti dilupakan... buku sampai sekarang tak siap dengan penulisannya tertunda hampir 3 tahun kini.

Ikrar penulis adalah selepas projek buku tersebut dapat dijayakan kembali sehingga terbit di pasaran baru difikirkan jika mahu diadakan apa-apa lagi acara HIKMAH selepas ini. Permintaan memang ada dan ia bukan setakat untuk satu dua tempat. Ketika tarikh 6 Jun menghampiri, sekali lagi pihak penganjur tempatan di Beruas meminta ia ditunda, kali ke ke selepas sambutan haru raya Aidilfitri. Hal ini menyebabkan muncul pula satu acara berkaitan di Pasir Salak sebagai ganti sementara.

Apabila HIKMAH Beruas akhirnya dapat diadakan 8 Ogos diikuti sesi lawatan lapangan ke tempat-tempat bersejarah keesokan harinya 9 Ogos, timbul hal-hal lain yang menyebabkan ada terasa sedikit 'kekurangab'. Apabila HIKMAH dibawa terlibat dengan satu lagi acara di Pasir Salak selepas itu baru apa yang kurang itu dapat dilengkapkan. Dengan ini juga cukuplah apa-apa yang perlu diceritakan tentang HIKMAH Beruas yang merupakan acara ke-15 HIKMAH, penutup buat. tahun 2015 dan terakhir buat beberapa lama. Segala yang perlu telah dikumpulkan dalam artikel ini yang merupakan ke-215 di blogspot HIKMAH... 



Persediaan untuk acara...



12. Lokasi tepat HIKMAH Beruas 8 Ogos dan atur cara terbaru

13. Lawatan lapangan HIKMAH Beruas, shooting "Daulah Melayu" dan pertukaran lokasi acara


Apa yang berlaku sepanjang acara...


1. HIKMAH Beruas - Antara atur cara yang dirancang dengan undangan rumah terbuka yang tiba-tiba muncul

2. HIKMAH Beruas - Busana, makanan, pedang dan mimbar. Menyelesaikan hal tertunggak...

3. HIKMAH Beruas - Sajian malam warga tempatan

4. HIKMAH Beruas - Lawatan lapangan dan konvoi kawan-kawan


Kertas kerja atau/dan perkongsian rasa yang telah dipersembahkan...


1. Dinar Dirham vs Wang Kertas dan Penipuan Perbankan – Amirul Haji Mohamad, jururunding kewangan Islam, aktivis dinar dan dirham

2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail kini wartawan bebas

3. Busana Melayu : Antara Tradisional dan Klasik - Johan Iskandar, pengkaji dan aktivis busana, pengasas Komuniti Keris Warisan

4. Teori Membangun Umat Cemerlang. : Rahsia Pemakanan para Rasul dan Kesan Amalan Harian Mereka daripada Sudut Sains - Idris Zainal Abidin, pengkaji sejarah dan pengusaha makanan sunnah.

5. Ikonografi Zulfikar di Alam Melayu : Kibaran Panji-panji Perjuangan Melayu Islam – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni ukir dan khat

6. Kesatuan dalam Kepelbagaian : Identiti Ragam Hias Gunungan Mimbar Sultan Iskandar Muda (1607-1636) – Dr Harleny Abd Arif,  doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris 

7. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis siri buku "Berpetualang ke Aceh"

8. Beruas sebagai satu tapak kebangkitan akhir zaman – Zuhriah Dato’ Shahruddin, motivator/trainer, seorang anak Beruas


Acara susulan yang ada kena-mengena...


1. Melengkapkan gerak HIKMAH Beruas di Pasir Salak

2. Sekitar Festival Rakyat @ Pasir Salak - Ribut taufan yang 'menyambut' PM Najib

3. Sekitar Festival Rakyat @ Pasir Salak - Sabtu yang lebih tenang



Thursday, September 10, 2015

Sekitar Festival Rakyat @ Pasir Salak - Sabtu yang lebih tenang




Esoknya hari Sabtu kami kembali ke tapak festival hampir jam 11.30 pagi.








Kami telah bermalam di Pasir Salak Resort. Selepas berehat beberapa lama singgah pula ke beberapa tempat sebelum ke tapak festival.








Sampai ke khemah yang diperuntukkan untuk kegunaan HIKMAH ada kawan-kawan lain iaitu mereka yang tidak sempat masuk hari Jumaat telah muncul dengan barangan mereka.











Bergambar bersama Puan Maimoon (kiri sekali) daripada Persatuan Warisan Bandor, orang yang mengajak HIKMAH memeriahkan acara.




Beliaulah yang memperuntukkan satu khemah untuk HIKMAH, sedangkan satu khemah lagi di sebelah adalah untuk kegunaan orang-orang beliau. Namun hari Sabtu ini beliau telah berpakat dengan kawan-kawan HIKMAH untuk berkongsi kedua-dua khemah. Barangan masing-masing diatur sebegitu rupa sehingga nampak seolah-olah kami datang daripada satu kumpulan yang sama....


















Suasana hari Sabtu itu terasa lebih tenang, tidak seperti malam sebelumnya yang terlalu ramai orang kemudian kena hujan ribut taufan.







Kami dimaklumkan TPM Dato' Zahid Hamidi ada di sekitar lalu mungkin melawat festival.










Tapi setelah beberapa lama saya tak nampak beliau muncul, katanya sebab mesyuarat di bahagian berdekatan tak habis lagi.







Tak tahulah jika beliau datang malam. Yang pasti saya dan keluarga meninggalkan festival sebelum Maghrib kerana mahu berehat di resort sebelum bertolak kembali ke Lembah Klang. Walaupun festival berlangsung sehingga lewat Ahad, kami tidak dapat bersama kerana mahu menghadiri acara lain di Kuala Lumpur. Nasib baik sempat menyempurnakan suatu perkara 'tertunggak' petang itu. 

Adapun penglibatan HIKMAH dalam acara di Pasir Salak ini saya rasakan seperti 'ekor-ekor penghabisan' daripada acara ke-15 HIKMAH di Beruas 8-9 Ogos. Seperti ada disebut dalam artikel Melengkapkan gerak HIKMAH Beruas di Pasir Salak 2 minggu lalu, acara di Beruas ada terasa sedikit tergantung kerana saya tidak sempat menyampaikan sedikit amanat akibat turut disibukkan dengan kerja-kerja penggambaran dokumentari. Alhamdulillah amanat ini dapat disampaikan kepada beberapa orang petang Sabtu yang tenang di Pasir Salak. Dengan ini selesailah cerita ini sebagai pelengkap apa yang kurang  di Beruas sebulan lalu.