Lagi perkembangan tentang acara ke-16 HIKMAH yang akan berlangsung di Janda Baik 30-31 Jan 2016.
Petang semalam isteri saya kembali ke rumah dengan membawa muatan barangan lebih separuh penuh kereta.
Pagi tadi baru saya alih keluar untuk disimpan di dalam rumah. Ia adalah barangan sumbangan daripada FAMA, singkatan untuk (Federal Agricultural Marketing Authority - FAMA). Atau bahasa Melayunya, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan.
Ia adalah agensi yang dipertanggungjawab untuk mengurus, menyelaras, mengawal, memperbaik pasaran produk-produk pertanian termasuklah buah-buahan dan sayur-sayuran untuk pasaran tempatan, eksport serta import. Barangan yang diurus secara rata adalah produk kampung orang Melayu lalu dipasarkan atas nama Agromas.
Kami menerima sejumlah barangan untuk digunakan pada HIKMAH Janda Baik. Ada yang menjadi hidangan peserta, ada yang akan dijadikan hadiah untuk pertandingan melukis, mewarna dan sebagainya, atas nama aktiviti kanak-kanak.
Ya, kali ini kami akan mengadakan aktiviti kanak-kanak. Insyaallah ada permainan tradisional sekali agar anak-anak dapat terurus dan tidak jemu ketika orang dewasa sedang sibuk mendengar pembentangan ilmu.
Seperti biasa pada mana-mana acara HIKMAH kami menyediakan tapak perniagaan percuma lalu pihak FAMA menyatakan akan membuka gerai menjual dan mempromosi barangan mereka. Tetapi dijangka penjualan buku akan jadi paling menonjol di Janda Baik. Ini disebabkan banyak pihak termasuk Khazanah Fataniyah telah menyatakan akan terlibat sama. Apatah lagi acara diadakan di rumah penulis buku politik Pak Habib @ S.H.Alattas yang sudah menghasilkan berpuluh buah judul...
No comments:
Post a Comment