Salam malam Jumaat. Oleh kerana acara ke-16 HIKMAH di Janda Baik akan berlangsung Sabtu hingga Ahad tentunya akan ada yang memerlukan penginapan di sana sekurang-kurangnya untuk Sabtu malam Ahad. Maka itu biar dimaklumkan begini :-
1. Penginapan percuma disediakan dalam kawasan rumah Pak Habib iaitu tempat acara berlangsung sepanjang 2 hari itu. Biar diberitahu sekali lagi, rumah tersebut terletak di dalam kawasan taman seluas 8 ekar dengan sebuah sungai berjeram mengalir di tepi. Dalam kawasan ada 7-8 buah rumah.
2. Namun penginapan percuma DALAM RUMAH cuma diberikan kepada urusetia HIKMAH, para pembentang dan tetamu istimewa.
3. Pun begitu, hadirin atau peserta lain dipersilakan bermalam percuma DALAM KAWASAN RUMAH. Anda boleh bermalam di sekian banyak pondok (pondok-pondok ada lebih 10 buah kalau tak salah semuanya selesa dan berukuran paling kecil pun 8 x 8 kaki). Anda juga boleh bermalam di dewan-dewan dan surau. Cuma kena bawa sleeping bag/selimut/toto dan bantal sendiri.
4. Hadirin/peserta juga dibenarkan berkhemah dalam kawasan rumah. Tentang kemudahan seperti air dan tandas jangan risau. Semuanya mencukupi untuk menampung kehadiran ramai orang, insyaallah.
5. Sesiapa yang mahu penginapan lebih selesa boleh menyewa sendiri sekian banyak chalet yang terdapat di Janda Baik. Lihat sahaja senarai yang kelihatan pada papan tanda dalam gambar atas. Anda boleh menghubungi beberapa tempat yang disenaraikan di sini (sila klik). Saya cadangkan juga chalet milik seorang kawan iaitu Zaini Guesthouse. Sila klik sini...
No comments:
Post a Comment